Jumaat, 1 Mac 2013

01 di pagoh - Google Blog Search

01 di pagoh - Google Blog Search


BLOG JOHOR: 01 <b>di pagoh</b> - Google Blog Search

Posted: 26 Feb 2013 03:04 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Anwar Jatuh Terduduk <b>Di</b> Pengkalan <b>Pagoh</b> | AIDC

Posted: 13 Feb 2013 10:39 PM PST

AIDCNews – 14/02/13 – Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan jatuh terduduk ketika menjejaki bumi Pengkalan Pagoh, Ipoh, Perak, lapor Sungai Rapat Online.

"Menurut saksi yang mengambil gambar sebaik sahaja Anwar Ibrahim menjejakkan kaki di bumi Pengkalan Pegoh dia terus jatuh macam nangka busuk.

"Nasib baik berjaya diselamatkan oleh 6 orang pengawal peribadinya dan mereka memimpin Anwar Ibrahim terus ke pentas ceramahnya di hadapan Markas Pas Kampung Pengkalan Pegoh, " lapornya.

Anwar dilaporkan hadir ke Pengkalan Pagoh pada 13 Februari untuk sesi ceramahnya, namun beliau hanya sempat berceramah kira-kira 15 minit sahaja dan terus pulang.

Bersebelahan ceramah Anwar adalah ceramah BN oleh Ummi Hafilda Ali.

BLOG JOHOR: 01 <b>di pagoh</b> - Google Blog Search

Posted: 01 Feb 2013 03:03 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Nik Abduh Sedia Tanding <b>Di Pagoh</b> Jika Parti Arah | MyNewsHub

Posted: 15 Nov 2012 12:21 AM PST


KOTA BHARU – "Saya macam Presiden (Pas). Apa yang diputuskan oleh parti, itulah yang saya yang… (saya tanding). Tak tanding pun tak apa," demikian reaksi Timbalan Ketua Pemuda Pas Pusat,  Nik Abduh Nik Abdul Aziz berhubung saranan supaya beliau mencabar Tan Sri Muhyiddin Yassin di kerusi Parlimen Pagoh pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Beliau mengulas cadangan perwakilan dari Kelantan, Ahmad Marzuk Syaari ketika membahaskan ucapan dasar Ketua Pemuda Pas pagi tadi.

Ketika ditanya sama ada beliau bersedia sekiranya diarahkan pucuk pimpinan parti berbuat demikian, Nik Abduh berkata, "bersedia di mana-mana."

"Itu keputusan kita bersama bahawa apabila kita diamanahkan, itu yang disuruh oleh parti… kita akan (ikut)," katanya.

Marzuk dalam perbahasannya berkata, Pemuda Pas perlu menyahut cabaran untuk bertanding di luar zon selesa sebagai bukti kesungguhan sayap parti itu.

"Sekarang ini bukan sekadar Kelantan, tetapi agenda untuk menuju ke Putrajaya, mana mungkin kita tidak mampu bertanding di mana-mana kerusi dicalonkan kalau sekiranya kita mengatakan kita hendak ke Putrajaya.

"Memandangkan sekarang ini, yang sebaiknya kita letak Timbalan Ketua Pemuda kita, kita calonkan bertanding di Pagoh, di Johor," katanya.

Jawapan Nik Abduh dilihat senada dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini bahawa beliau sedia menjadi calon di mana-mana kerusi Parlimen termasuk menentang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di kerusi Parlimen Pekan.

Abdul Hadi merupakan Ahli Parlimen Marang.

Beliau sebelum itu mengejutkan negara apabila menyatakan beliau sedia bertanding di Parlimen Pekan jika diputuskan demikian oleh parti. – SinarHarian

Iklan Teks:

Artikel Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

IPTS dipelawa operasi <b>di Pagoh</b> - Kementerian Pengajian Tinggi <b>...</b>

Posted: 07 Nov 2012 06:06 PM PST


Kuala Lumpur: Institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) dan universiti antarabangsa dipelawa membuka kampus cawangan di Hab Pendidikan Tinggi Pagoh (HPTP), Muar yang dijangka siap tiga tahun lagi.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata hab pendidikan seluas 200 hektar itu akan menempatkan empat institusi pengajiari tinggi awam (IPTA) yang dibina secara berpusat dalam satu kampus. Pembangunan komersial Beliau berkata, Sime Darby Property Berhad akan membangunkan hab itu secara berfasa membabitkan pembinaan kampus cawangan Universiti Tun Hussein Onn (UTHM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Pusat Penyelidikan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Politeknik Pagoh.
Katanya, turut dibangunkan, Bandar Universiti Pagoh sekali gus menjadikan Pagoh kawasan pembangunan baru dilengkapi kemudahan asas dan komersial dengan menawar peluang pekerjaan kepada lebih 25,000 rakyat sekitar.

"Kerja tanah projek ini akan dimulakan sebulan dua ini, dan apabila siap akan menempatkan lebih 10,000 pelajar.
"Saya harap bila bermula ada pihak lain termasuk universiti luar negara berminat membangunkan kampus di sini termasuk IPTS tempatan," katanya selepas menyaksikan majlis menandatangani Perjanjian Konsesi (CA) HPTP di sini semalam.
Turut hadir, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Ketua Setiausahanya, Datuk Ab Rahim Mohd Noor; Pengerusi Sime Darby Berhad, Tim Musa Hitam; Pengerusi Sime Darby Property Berhad, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman dan Pengarah Urusan Sime Darby Property Berhad, Datuk Abd Wahab Maskan. Pada majlis itu, peijanjian ditandatangani Ab Rahim mewakili Kementerian Pengajian Tinggi manakala Sime Darby oleh Abd Wahab. Kerjasama Awam Swasta Sementara itu, Mohamed Khaled berkata, pembangunan HPTP menerusi konsep Kerjasama Awam Swasta (PFI) membabitkan kos RM992.6 juta dan bakal menjadi hab pendidikan pertama dimiliki kerajaan.
Beliau berkata, konsep itu dapat mengurangkan kos apabila kemudahan bersama dapat dikongsi secara optimum.
"Melalui PFI, pihak swasta akan bina pada harga ditetapkan. Kemudian kerajaan akan bayar dalam tempoh 20 tahun dan selepas itu ia akan menjadi milik kementerian," katanya.
Sementara itu di Batu Pahat, Muhyiddin meluangkan masa melawat mangsa banjir, Pungot Ehsan, 72, yang uzur di Kampung Parit Yusof sebelum menyerahkan sendiri wang ihsan kepadanya.
Sumber: Berita Harian, M/S: 4
Tarikh: Khamis, 8 November 2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads