Khamis, 14 Mac 2013

01 di pagoh - Google Blog Search

01 di pagoh - Google Blog Search


Operasi kilang Honda <b>di Pagoh</b> dihentikan sementara | Arena Kereta

Posted: 26 Oct 2011 05:41 PM PDT


Nak Samsung Galaxy SIII mini dengan harga RM999? Klik Sini!

Only one month left to win yourself prizes up to RM10,000! 

Honda Jazz 2011 1 Operasi kilang Honda di Pagoh dihentikan sementara

Honda Malaysia Sdn Bhd (Honda Malaysia) telah mengumumkan operasi kilang mereka di Pagoh, Melaka terpaksa dihentikan buat sementara waktu akibat kekurangan bekalan komponen disebabkan banjir yang berlaku di Thailand.

Banjir yang masih berlarutan telah menyebabkan banyak kilang dan pembekal di Thailand terpaksa menghentikan operasi, termasuklah kilang Honda Automobile (Thailand) Co., Ltd. dan kebanyakan pembekal utama lain yang membekalkan bekalan untuk Honda Malaysia. Buat masa ini Honda Malaysia sedang berusaha untuk mendapatkan bekalan dari sumber lain sehingga keadaan di Thailand kembali pulih.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Mr. Yoichiro Ueno dalam pengumumannya turut memohon maaf kepada semua pelanggan atas kelewatan penghantaran kenderaan yang ditempah, selain menghargai setiap sokongan pelanggan yang memahami.

Tambah beliau lagi, mereka kini sedang berusaha-sedaya upaya untuk memulihkan kembali pengeluaran kenderaan mereka di Malaysia. Berita baiknya ialah model CBU seperti Insight, Stream dan Freed tidak terjejas, kecuali model Jazz yang diimport dari Thailand, yang mana setakat ini Honda Malaysia masih mempunyai stok yang mencukupi untuk memenuhi permintaan semasa.

Asian Honda Motor Co., Ltd. baru-baru ini telah menyumbang 100 juta baht (RM10 juta) kepada Persatuan Palang Merah Thai untuk membantu mangsa-mangsa banjir di Thailand.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads