ads

Selasa, 19 Mac 2013

01 di pagoh - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

01 di pagoh - Google Blog Search


Jimmy Neutron: Seharian <b>di Pagoh</b> :D

Posted: 15 Feb 2013 06:07 PM PST

Hi there! Sebelum tu, nak cakap terima kasih dekat sesiapa yang sudi follow blog ni :') Sangat terharu tau. Yela, blog ni bukan ada apa sangat. Just cerita pasal kehidupan aku je :) Kalau ada info yang membantu pun, bukannya banyak sangat. Apa-apa pun, terima kasih. Mekaseh jugak kepada silent reader sekalian, sebab sudi baca hasil coretan keyboard aku ni :D HE HE HE. ☺
Cukup dengan intro yang merapu. Disebabkan idea nak buat intro takde, merapu terlebih dahulu tak salahkan ? :D Okey okey. Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT aku dapat jejakkan kaki kat rumah Nazurah. Ingat tak kisah Nazurah? Kalau tak ingat cuba baca entri "Pray for My friend" ni. Alhamdulillah dia dah sihat dah sekarang :D Seceria yang aku kenal dulu. Rumah dia kat Pagoh, dan tu kali pertama aku hang out dengan member pergi tempat jauh dari rumah :O HO HO HO.. Kan dia eksiden kan? Korang ada tengok tak gambar kereta  dia yang eksiden tu? Mestilah belum. Meh aku tunjukkan.

Ni gambar kereta dia. Terukkan ? Alhamdulillah, Allah selamatkan dia. Dan sekarang dia dah sihat macam selalu. Masa datang rumah dia, huru hara aku dengan member dalam kereta, sebab nak cari rumah dia je. Riuh sakan. Memang kalau bukak radio kuat-kuat pun, kiteorang punya suara lagi kuat! HE HE HE ♥  Rindu jugak kat diaorang ni sebenarnya. Rindu nak riuh-riuh macam dulu, rindu nak memekik sama-sama. HA HA HA ♥♥♥ Agak susahlah jugak nak mencari rumah dia. HO HO HO. Kiteorang dalam kereta dah macam apa, tapi lagi kesian kat drebar, ye dak? ☻ Sampai-sampai rumah Jula (Nazurah), tengok-tengok dia tengah makanan rambutan. Dia cakap nak tunggu depan rumah, tapi tengah makan rambutan disebalik dedaun pokok rambutan. Memang tak nampaklah yang dia ada kat situ -____- Masuk je rumah, mak dia hidang bihun sup dengan soto. Dalam kesejukan di musim hujan waktu tu, memang sedap giler makan sup panas :D Terima kasih makcik :) Malu kami dibuatnya ;) Berbual-bual dengan Jula, tanya keadaan dia. Alhamdulillah okay. Sebab dia eksiden, tak perlulah aku mention kat sini. Hihihi.. Maaf ye kalian.
Having a great day with you guys. Laughing together like we always do. Chit chatting about spouse or "jodoh" like we used to talk. HA HA HA. :) And the best part is, eating bihun sup, which remind us about Mi Sup Pak Salleh :O Tapi yang penting Jula dah sihat. Alhamdulillah dapat gathering macam ni dekat rumah Jula. Suasana yang sangat best bagi aku. Rumah dia pun awesome! Nanti aku dah kahwin, aku nak rumah macam ni. Tenang je, dalam kampung. Ehemm eheemm.. *gurau je* Mak Jula dah pelawa datang raya nanti. HE HE HE :3 Aku tak tau kenapa, tapi aku suka struktur rumah tu. ^__^
Akhirnya, pukul 4 lebih, baru gerak balik. Susah nak gathering macam ni selalu, sebab masing-masing dah busy dengan hal masing-masing. Rindu gila kat korang semua. ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ Lagi-lagi si Wanie. HA HA HA.. Huru hara punya orang. :D. Dia ingat lagi kisah aku dengan Nas.. Terharu.. sobsobsob T-T. Si Nona, bawak kereta laju bak hang O.o. Kalau ada bumper kat depan tu, memang terpelanting korang dalam kereta. HE HE HE. Ilah yang kat sebelah macam biasa, story telling. Aku memang suka dengar dia cerita :3 Si Sue dengan aku jadi budak baik, diam je tak bercakap pun dalam kereta. HA HA HA.. Tapi aku lagi baiklah dari dia. HI HI HI. ☻ Hanin pulak jumpa kiteorang promote tudung-tudung yang dia jual. Takpe nin, nanti aku tolong promote kan kat blog aku ye :3 Saadah a.k.a nurse-to-be, aku bangga dengan dia :D Bagi aku, nurse ni kira hebat tau. Dia belajar apa yang doktor belajar. Dia pun boleh tau penyakit itu ini, dan boleh tau ubat apa yang sesuai untuk pesakit. Bangga woi! Macam doktor dah. Sherah Jamarudin :) Aku suka tengok dia ni, baik je, sopan santun~. Tak macam aku, gelak tak ingat dunia, jalan tak sopan langsung -___- Erna pulak selalu kena bahan dengan Saadah. Padan mukaa, kesian Erna, sabo eh~ Tapi yang penting Jula dah sihat, dan dia boleh gelak macam dulu. Aku memang suka dengar dia gelak. Hahaha. Lawak~ Tengok dalam gambar yang kat bawah ni, siapa lagi cun? Mestilah yang depan sekali tu kan? Yang pakai baju dan tudung maroon? :3 Mengaku je laa~ Miahahaha.

Jula yang pakai skirt biru tu :) Sihatkan dia? Alhamdulillah. Cuma dia punya rabun je makin naik. Sabo eh Jula. Hati-hati masa berjalan, nanti tak nampak apa yang kat depan tu, main langgo je.. HO HO HO.. Kepada yang takde, harap-harap nanti kita boleh gather ramai-ramai. Baru syokk :D Miss uolls, girls :3 Okeylah.. That's all. Thanks for reading and viewing. Stay tuned :3
Thanks for dropping by :)

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG JOHOR

Copyright 2010 All Rights Reserved