01 di pagoh - Google Blog Search |
- Jimmy Neutron: Seharian <b>di Pagoh</b> :D
- muhyuddin menang <b>di pagoh</b>. anwar ibrahim <b>...</b> - yong suka kuning
- BLOG JOHOR: 01 <b>di pagoh</b> - Google Blog Search
Jimmy Neutron: Seharian <b>di Pagoh</b> :D Posted: 15 Feb 2013 06:07 PM PST Hi there! Sebelum tu, nak cakap terima kasih dekat sesiapa yang sudi follow blog ni :') Sangat terharu tau. Yela, blog ni bukan ada apa sangat. Just cerita pasal kehidupan aku je :) Kalau ada info yang membantu pun, bukannya banyak sangat. Apa-apa pun, terima kasih. Mekaseh jugak kepada silent reader sekalian, sebab sudi baca hasil coretan keyboard aku ni :D HE HE HE. ☺ Cukup dengan intro yang merapu. Disebabkan idea nak buat intro takde, merapu terlebih dahulu tak salahkan ? :D Okey okey. Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT aku dapat jejakkan kaki kat rumah Nazurah. Ingat tak kisah Nazurah? Kalau tak ingat cuba baca entri "Pray for My friend" ni. Alhamdulillah dia dah sihat dah sekarang :D Seceria yang aku kenal dulu. Rumah dia kat Pagoh, dan tu kali pertama aku hang out dengan member pergi tempat jauh dari rumah :O HO HO HO.. Kan dia eksiden kan? Korang ada tengok tak gambar kereta dia yang eksiden tu? Mestilah belum. Meh aku tunjukkan. Ni gambar kereta dia. Terukkan ? Alhamdulillah, Allah selamatkan dia. Dan sekarang dia dah sihat macam selalu. Masa datang rumah dia, huru hara aku dengan member dalam kereta, sebab nak cari rumah dia je. Riuh sakan. Memang kalau bukak radio kuat-kuat pun, kiteorang punya suara lagi kuat! HE HE HE ♥ Rindu jugak kat diaorang ni sebenarnya. Rindu nak riuh-riuh macam dulu, rindu nak memekik sama-sama. HA HA HA ♥♥♥ Agak susahlah jugak nak mencari rumah dia. HO HO HO. Kiteorang dalam kereta dah macam apa, tapi lagi kesian kat drebar, ye dak? ☻ Sampai-sampai rumah Jula (Nazurah), tengok-tengok dia tengah makanan rambutan. Dia cakap nak tunggu depan rumah, tapi tengah makan rambutan disebalik dedaun pokok rambutan. Memang tak nampaklah yang dia ada kat situ -____- Masuk je rumah, mak dia hidang bihun sup dengan soto. Dalam kesejukan di musim hujan waktu tu, memang sedap giler makan sup panas :D Terima kasih makcik :) Malu kami dibuatnya ;) Berbual-bual dengan Jula, tanya keadaan dia. Alhamdulillah okay. Sebab dia eksiden, tak perlulah aku mention kat sini. Hihihi.. Maaf ye kalian. Having a great day with you guys. Laughing together like we always do. Chit chatting about spouse or "jodoh" like we used to talk. HA HA HA. :) And the best part is, eating bihun sup, which remind us about Mi Sup Pak Salleh :O Tapi yang penting Jula dah sihat. Alhamdulillah dapat gathering macam ni dekat rumah Jula. Suasana yang sangat best bagi aku. Rumah dia pun awesome! Nanti aku dah kahwin, aku nak rumah macam ni. Tenang je, dalam kampung. Ehemm eheemm.. *gurau je* Mak Jula dah pelawa datang raya nanti. HE HE HE :3 Aku tak tau kenapa, tapi aku suka struktur rumah tu. ^__^ Akhirnya, pukul 4 lebih, baru gerak balik. Susah nak gathering macam ni selalu, sebab masing-masing dah busy dengan hal masing-masing. Rindu gila kat korang semua. ♥ ♥ ♥ ♥ ♥ Lagi-lagi si Wanie. HA HA HA.. Huru hara punya orang. :D. Dia ingat lagi kisah aku dengan Nas.. Terharu.. sobsobsob T-T. Si Nona, bawak kereta laju bak hang O.o. Kalau ada bumper kat depan tu, memang terpelanting korang dalam kereta. HE HE HE. Ilah yang kat sebelah macam biasa, story telling. Aku memang suka dengar dia cerita :3 Si Sue dengan aku jadi budak baik, diam je tak bercakap pun dalam kereta. HA HA HA.. Tapi aku lagi baiklah dari dia. HI HI HI. ☻ Hanin pulak jumpa kiteorang promote tudung-tudung yang dia jual. Takpe nin, nanti aku tolong promote kan kat blog aku ye :3 Saadah a.k.a nurse-to-be, aku bangga dengan dia :D Bagi aku, nurse ni kira hebat tau. Dia belajar apa yang doktor belajar. Dia pun boleh tau penyakit itu ini, dan boleh tau ubat apa yang sesuai untuk pesakit. Bangga woi! Macam doktor dah. Sherah Jamarudin :) Aku suka tengok dia ni, baik je, sopan santun~. Tak macam aku, gelak tak ingat dunia, jalan tak sopan langsung -___- Erna pulak selalu kena bahan dengan Saadah. Jula yang pakai skirt biru tu :) Sihatkan dia? Alhamdulillah. Cuma dia punya rabun je makin naik. Sabo eh Jula. Hati-hati masa berjalan, nanti tak nampak apa yang kat depan tu, main langgo je.. HO HO HO.. Kepada yang takde, harap-harap nanti kita boleh gather ramai-ramai. Baru syokk :D Miss uolls, girls :3 Okeylah.. That's all. Thanks for reading and viewing. Stay tuned :3 | ||||
muhyuddin menang <b>di pagoh</b>. anwar ibrahim <b>...</b> - yong suka kuning Posted: 25 Jan 2013 06:02 PM PST Siapa yang akan menang dan kalah pada PRU13? Berdasarkan angin La Nina yang bertiup kencang, keadaan berikut akan berlaku pada PRU 13: Najib akan menang di Pekan. Tetapi kemenangan itu amat tipis, dan nyaris kalah. Segala usaha akan digembeling untuk menangkan Najib sehingga ada kawasan di Pahang akan terabai. Cadangan Yong: Pakatan Rakyat perlu exploit situasi ini dengan baik. Pahang boleh ditawan! Muhyiddin tiada masalah menang di Pagoh. Ramai orang Johor masih setia pada UMNO dan mahu PM dari Johor. Telah 2 kali tertipu kerana ketua demer kantoi. Dato' Onn Jaafar keluar UMNO. Hussein Onn dijatuhkan oleh Mahathir. Jadi kali ini demer akan pastikan Muhyiddin menang untuk jadi PM. Cadangan Yong: Salahuddin Ayob tak usah le nak harakiri di sini. Hero poyo Bagan Datuh ini akan menang di Bagan Datoh. Dia menang bukan kerana dia best sangat. Tapi orang Jawa Bagan Datoh sayang pada Zahid. Juga, calon PR Bagan Datoh tidak cukup menyerlah. Raja ini akan kalah jika bertanding di Lembah Pantai. Anak muda menyampah dengan Menteri ini. Tiada apa-apa kelebihan dimilikinya. Memindah pemilih tidak akan membantu kerana bukan semua akan turun mengundi. Cadangan Yong: Kekalkan Nurul Izzah di Lembah Pantai. Pembakar jambatan ini akan kalah di Jelebu. Anak muda menyampah kat Rais Yatim dan bininya. Cadangan Yong: Hishamuddin Rais patut bertanding di sini. Khairy dijangka akan mempertahankan kerusi Rembau, walaupun Chedet tak suka. Tapi dia akan kalah. Penyokongnya tinggal orang tua je. Semakin kuat dia menyalak menyerang PR, semakin menyampah anak muda kepadanya. Cadangan Yong: Khairy elok keluar je dari UMNO sebelum kena tendang. TGHA akan menang di Marang. UMNO tak bersungguh-sungguh di sini kerana mengharap beliau adalah UMNO-friendly. UMNO ingat, kalau BN kalahpun, Haji Hadi diharap boleh dipujuk untuk bentuk UG. Jadi, Haji Hadi perlu diberi kemenangan. Cadangan Yong: Haji Hadi tak payah harakiri nak menentang Najib di Pekan. Tak payah sebut lagi. TGNA akan menang di mana-manapun beliau bertanding. UMNO akan berusaha keras untuk menentang beliau dan menyusahkan jenteranya, walaupun demer tahu akan kalah. Cadangan Yong: Bersedialah untuk menentang serangan UMNO yang mungkin termasuk bersifat peribadi kepada TGNA. DSAI akan menang tidak kira di mana dia bertanding. Kerana itu demer cuba buat DSAI sebuk dengan kes mahkamah, termasuk Khairy yang flip-flop. Mereka akan terus menyerang DSAI dengan isu porno semata-mata kerana perasaan "spiteful" dan benci yang mendalam. Cadangan Yong: DSAI perlu berhati-hati dengan orang yang rapat dengan dia kerana demer boleh jadi duri dalam daging. Nurul akan terus mendapat undi dari anak muda. Tapi UMNO akan memberi tentangan yang hebat. Nurul diserang kerana dia anak DSAI. Cadangan Yong: Teruskan usaha menangi hati anak muda melalui manifesto khas untuk anak muda. Ulama ini akan menang sebab ramai orang PAS sayang dia. Penyokong UG tiada masalah. Yang tak sior UG akan tetap memilihnya kerana benci UMNO. Cadangan Yong: Harun Taib toksah le sokong Nasharuddin Mat Isa lagi. Mamat ini akan kalah tak kira di mana dia bertanding. Jadi..adalah lebih bijak jika PAS tak calonkan dia. Rugi saja 1 kerusi. UMNO takkan bagi peluang kepadanya untuk menang. Cadangan Yong: Gugurkan saja dia sebelum dia ditendang oleh pemilih. Ramalan pegawai Bank Islam yang kena gantung itu pulak boleh di baca di sini. Ramalan Yong tiada kaitan dengannya. Ramalan dan cadangan Yong berdasarkan sintesis terhadap senario sekarang. Bagaimana dengan yang lain? Bagaimana dengan nasib Hassan Ali dan katak-katak PKR? Tunggu sintesis Yong seterusnya. JOM KITA REALISASIKAN KERAJAAN BERKEBAJIKAN | ||||
BLOG JOHOR: 01 <b>di pagoh</b> - Google Blog Search Posted: 26 Feb 2013 03:04 AM PST Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
|
You are subscribed to email updates from di pagoh - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan