Parit Jawa adalah satu pekan di daerah
Muar,
Johor,
Malaysia. Terletak diantara 15km dari
bandar Muar dan 39km dari bandar
Batu Pahat.
Pada asalnya dahulu nama Parit Jawa adalah 'Padang'. Ia merupakan sebuah jajahan di dalam negeri Johor, yang terletak di bahagian pantai barat Daerah Muar yang mempunyai rupa bentuk geografinya yang luas, rendah, rata dan tidak berbukit-bukit.
[1]Luas Padang asalnya ialah kira-kira 13 km dengan lebar 6 km iaitu dari
Parit Perupuk hingga ke Parit Jawa. Walau bagaimanapun, panjang jajahan Padang ini berubah-ubah dari masa ke semasa tertakluk kepada zaman pemerintahan dan pentadbiran:
- Zaman Belanda (1641-1825) - Keluasan Padang hanya dari Parit Perupuk hingga ke Parit Pinang Seribu sahaja.
- Zaman Sultan Abu Bakar (1863-1895) - Keluasan Padang mengunjur sehingga ke Sungai Balang.
- Zaman Inggeris dan selepas Merdeka (1990an) - Keluasan Padang hanya terhad kepada kawasan Parit Jawa dan sekitarnya.
Oleh sebab itu ada yang mengatakan dan adalah dipercayai bahawa wilayah Padang itu sendiri merupakan kawasan Parit Jawa sekarang, dan malahan nama sebutan dalam Bahasa Cina dan loghat-loghatnya bagi Parit Jawa sehingga sekarang masih menggunakan sebutan 'Padang' (
Bahasa Cina:巴冬,
Hanyu Pinyin: Bā Dōng,
Teochew &
Hokkien: Pa Tang ) walaupun nama panggilan rasminya Bahasa Melayu zaman kini adalah Parit Jawa.
[2]. Nama ini berasal dari dari parit yang digali oleh peneroka-peneroka orang jawa yang berasal dari kepulauan
Jawa,
Indonesia yang telah membuka kawasan ini. Dalam tahun 1886, bagi Muar dan Kesang diletakkan dibawah tadbiran Residen atau State Commissioner for Muar (
Bahasa Melayu:
Orang Besar (Pesuruhjaya Negeri) Daerah Muar) Ungku Sulaiman Daud, daerah Parit Jawa pula ditadbirkan oleh Penolong Residen. Parit Jawa terkenal dengan pengeluaran kelapa dan pinang oleh peneroka berbangsa Jawa, manakala penangkapam ikan dan hasil laut serta perdagangan oleh peneroka berbangsa Cina.
Ia terkenal dengan makanan lautnya kerana hidangan gulai ikan
asam pedas Melayu dan ikan bakar hasil daripada masakan turun temurun masyarakat nelayan tempatan. Pantai Leka di Parit Jawa kini telah dibangunkan untuk tujuan riadah serta tarikan pelancong. Parit Jawa juga terkenal kerana merupakan kawasan persinggahan burung-burung migrasi dalam perjalanan musim penghijrahan mereka yang telah menjadikan Parit Jawa satu tempat istimewa peminat-peminat burung-burung migrasi untuk memerhati geligat mereka dan mengambil gambar mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan