Isnin, 18 Mac 2013

01 di parit jawa - Google Blog Search

01 di parit jawa - Google Blog Search


Ain & Afi, <b>Parit Jawa</b>, Muar | acaii jawe

Posted: 12 Mar 2013 06:09 PM PDT

Bismillahirrahmanirrahim

Semalam aku tengok rancangan di TV tentang masalah anak-anak yang lemah dalam pelajaran dan bagaimana mengatasinya. Ada ibu bapa yang sedih anak mereka lemah sebegitu. Subhanallah. Sebenarnya Allah maha adil dan perancangan Allah kadangkala tak sama dengan apa yang manusia rancang. Jujurnya pada pendapat aku, pelajar yang lemah dalam pelajaran dan 'bermasalah' pada usia remaja kebanyakkannya merekalah yang menjaga ibu bapa bila mereka dah tua kelak.

Banyak sangat contoh ini berlaku di sekeliling kita. Ibu bapa yang mempunyai ramai anak. Hampir semuanya belajar di universiti dan mendapat kerja yang bagus kecuali seorang. Satu hari nanti mereka semua akan meninggalkan ibu bapa di kampung cari rezeki di luar. Hanya sorang inilah yang menjaga sakit demam ibu bapanya. Menjaga rumah dan boleh diharap bila berlaku apa-apa kecemasan. Anak-anak lain yang berjaya semua bagi alasan kerja dan sukar mendapat cuti. Melawat ibu bapa jarang sekali. Nah, sekarang anak mana yang paling dapat banyak pahala & paling berbakti kepada ibu bapanya? Ibu bapa yang telefon tu mesti tak lihat dari sudut ini.

Aku update majlis bertandang pasangan Ain & Afi yang diadakan di Parit Jawe, Muar. Pertama kali aku sampai sini sebenarnya. Nak juga aku cari lokasi penggambaran cerita 'Parit Jawa' tu tapi tak berkesempatan,hehe. Majlis ini sebenarnya berlangsung serentak dengan majlis perkahwinan adik Afi. Jadi ada dua pasangan pengantin dalam majlis ni:)



Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Biasanya kalau kali pertama buat majlis kahwin memang ramai sangat tetamu yang datang. Walaupun gerimis petang tu tapi dapat juga adakan sesi outdoor sebentar. Lokasinya memang cantik tapi tempat ni memang ramai orang lalu lalang. Jadi banyak main tight shoot je:) Tahniah sekali lagi atas ikatan yang terjalan. Pakat hidup baik-baik:) Semoga berkekalan bahagia dalam rahmat dan mawaddah sampai ke syurga,ameen. Jumpa next entry.

Wassalam.

Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

TRR Muar Batu Pahat: <b>Parit Jawa</b> Jamboree

Posted: 07 Mar 2013 12:06 AM PST

Parit Jawa Jamboree
ride visit Muar

Salam sejahteran dan salam 1 Malaysia kepada semua sahabat yang menyertai Parit Jawa Jamboree 2013. Parit Jawa Jamboree 2013 telah menutup tirainya. Pihak penganjur menyusun 10 jari memohon kemaafan sekiaranya terdapat kekurangan dalam menjayakan Parit Jawa Jamboree ini. Pihak penganjur mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua sahabat yang memberi sokongan dan tunjuk ajar sepanjang Parit Jawa Jamboree ini berlangsung. Sekali lagi pihak penganjur memohon jutaan kemaafan di atas apa sahaja kekurangan sepanjang penganjuran Parit Jawa Jamboree ini. Semoga kita berjumpa lagi dimasa hadapan. Tahniah dan syabas kepada semua sahabat yang menyertai Parit Jawa Jamboree ini. Sekian.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads