Salam ukhwah blogger yang dihormati. Alhamdulillah hari ini  kita masih lagi diberi nikmat iman dan akal. Teruskan kehidupan kita dengan  riang dan gembira. Baru-baru ini saya berniaga di ekspo parit raja, johor.  Memang meriah dengan ramainya gerombolan manusia berpusu-pusu memasuki pasar.  Senario di pasar parit raja sukar digambarkan melalui perkataan, hanya mereka  yang melihat dan pergi sahaja dapat membuat kesimpulan sebenar.
      Dalam sibuk berniaga menjual baju budak-budak kecil. Seperti  lazimnya saya dapat pelbagai pengalaman dan pengajaran yang mungkin kita boleh  ambil sebagai iktibar. Firstly, kesibukan di sini bolehlah saya  analogikan macam orang mengerjakan saie, sofa dan marwah. Betul punya ramai,  sampai berhimpit-himpit. Maka timbullah masalah-masalah kegoyangan iman  berlainan jantina. Ada yang mengambil kesempatan, meraba-raba, berpelukan,  saling berpegang tangan (takut kekasihnya diambil kesempatan), padahal dia yang  nak ambil kesempatan. Bagi mereka ruangan ekspo-ekspo inilah sebagai peluang  yang tidak boleh dilepaskan untuk buat perkara yang dikeji itu.
      Abang-abang dan akak-akak, mari kita kira balik, berapalah  sangat amalan kita dibulan ramadhan ni. Siang beramal, malam menggatal. Setiap  apa yang seronok di dunia ini sekejap. Mereka yang tak dapat mengejar dunia  akan rasa kegagalan, manakala mereka yang sudah menikmati nikmat dunia akan  merasa kekurangan. Heyy wanita janganlah terpedaya kepada kekasih yang nakkan "body"  je. Lepas dah dapat rasa, pakwe kamu tu akan tinggalkan punya. Kalau tak kena  tinggal pun, asyik kena marah je. Kamu pula akan sentiasa serba salah, sebab  tubuh kamu telah diratah free. Nak marah pakwe takut dia lari, lalu kamu  redha je dengan apa yang kaum laki ni lakukan.
      Lelaki ini kalau nak tahu, dia suka benda yang belum dicuba.  Lebih-lebih lagi barang yang berharga pada wanita. Maksiat ini enak bagi yang  kurang imannya. Ibarat cuba sekali pasti nak lagi. Lepas mereka dah dapat  barang berharga tersebut, mereka akan cari yang lebih berharga. Contoh,  mula-mula mereka ajak kalian keluar makan, maka benda yang berharga adalah  bagaimana nak pegang tangan kalian. Kedua, selepas dapat pegang tangan, mereka  akan berfikir cara mendapat kan pelukan seorang wanita. Setelah berjaya misi  berpelukan, mereka akan ajak kalian ke kamar, taman-taman atau tempat yang  sunyi. Disebabkan serba salah kalian kerana body telah dijamah, maka  kalian ikutkan je kehendak kaum lelaki (pakwe). Lalu disinilah, syaitan akan  membawa rombongan daripada pangkat jeneral hingga prebet untuk memastikan  hasutan dan bisikannya menemui kejayaan dipenghujungnya.
      Masa berpelukan  ibarat dijamah, bila dah berjaya mendapatkan  mahkota paling berharga, diri kalian ibarat diratah.(yurm3x). Analoginya ibarat  meratah tulang ayam, sedap gitukan. Syaitan dan kuncu-kuncunya pun berkata "wahai  anak buahku, jom cari orang lain pulak, kita telah peroleh kejayaan pertama".  Si lelaki akan berkata "you menyesal ke, jangan risau I akan bertanggungjawab" itu  kira bagus punya ayat dalam masa yang sama ayat tersebut bukanlah yang  dikehendaki oleh syara' islam. Kalau yang jahat sikit "ok, sekarang you boleh  cari jantan lain, I dah takda papa hubungan lagi dengan you". Si lelaki hanya  boleh berkata bertanggungjawab, tetapi mampukah dia bertanggungjawab di depan  ALLAH di akhirat kelak. Setakat bertanggungjawab sebagai suami di dunia boleh  la. Tapi siapa pula yang hendak menanggung azab kalian (wanita) diakhirat  kelak.
      Fuhh memang dasyat ayat manis seorang jejaka. Sehingga yang  wanita retak "keayuannya". Sudah-sudahlah bermain cinta yang belum tentu baik  kesudahannya. Yang pastinya kemungkaran dan kemaksiatan pasti berlaku walaupun  sedikit. Bagi mereka yang belum terjerumus kea lam penzinaan, cepat-cepatlah  kembali kepada jalan yang lurus(islam). Ketahuilah, hebat mana pun keimanan  didada kita, kita pasti akan tewas jika kita menjinak-jinakkan diri kea rah perbuatan  fasya'. Fasya' adalah perbuatan yang berkaitan kemaluan, keghairahan, nafsu  sex, sumbang mahram dan mukadimah zina. 
      Al-hasilnya, sama-samalah kita ingatkan diri kita  masing-masing, supaya sentiasa mengingati ALLAH dan balasannya diakhirat kelak.  Setiap amalan baik walaupun sebesar zahrah, akan dibalas berdasarkan kebaikan  tersebut. Setiap amalan jahat walaupun sebesar zahrah, akan dibals berdasarkan  kejahatan tersebut. Saya ada serangkap pantun.
        Mahkota indah  perlu dijaga,
    Ibarat berlian di  dalam peti,
    Bercintalah kita  kepada yang ESA,
    Insyallah, jumpa  cinta sejati.
                                                      
       
Tiada ulasan:
Catat Ulasan