Rabu, 20 Mac 2013

01 di pengerang - Google Blog Search

01 di pengerang - Google Blog Search


TERKINI! Projek Rapid <b>Pengerang</b> Bakal <b>Di</b> Batalkan? | Pencacai <b>...</b>

Posted: 27 Jan 2013 12:48 AM PST

KUALA LUMPUR 27 JANUARI: Firma minyak dan gas dari Jerman, Badische Anilin und Soda Fabrik (BASF) menarik diri dari projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid) di Pengerang, Johor.

Setiausaha Gabungan NGO Pengerang (GNP), Kapten Hasnul Ahmad, berkata BASF selaku pelabur terbesar projek kontroversi berkenaan, menarik diri kerana memikirkan reputasi syarikat pada masa depan."Isu alam sekitar, pemilikan tanah dan kampung warisan punca BASF tarik diri. Isu Rapid bukan saja jadi isu nasional tapi sudah menjadi isu dunia.

"Mungkin tak tahan dengan tekanan dan himpunan (anti-Rapid), (maka) BASF tarik diri," katanya kepada Keadilan Daily, hari ini.Beliau juga menyifatkan penarikan syarikat berpangkalan di Eropah itu sebagai kejayaan rakyat hasil tekanan badan bukan kerajaan (NGO) dan  penduduk tempatan dan sokongan Pakatan Rakyat.

BASF pada kenyataan rasmi 21 Januari lalu membuat pengumuman rasmi untuk menarik diri dari projek yang dianggar bernilai RM60 bilion itu.Perjanjian Utama (HOA) ditandatangai kedua-dua pihak pada 5 Mac 2012 dengan BASF melabur RM4 bilion dalam projek Rapid.Mengikut terma perjanjian, sebuah entiti baru akan ditubuhkan dengan BASF memegang 60 peratus kepentingan manakala Petronas 40 peratus yang kini mencari rakan niaga baru.

Kedua-dua pihak merancang untuk memiliki, membangun, membina, mengoperasi fasiliti pengeluaran produk petrokimia di Rapid.Pada kenyataan media itu, Hasnul bagaimanapun kesal berikutan kerajaan Johor langsung tidak membuat pengumuman rasmi berhubung penarikan syarikat berkenaan."Itu tanggungjawab mereka. Sepatutnya buat pengumuman kerana rakyat ialah pemilik kepentingan," kata Hasnul. ~keadilandaily

Cipan, Tapir & Tenuk (C++): Siapa Untung <b>Di Pengerang</b>?

Posted: 21 Jan 2013 02:34 AM PST

Bhai... Nih aper citer kat Pengerang nih... Bukan main gempak itu hari diorang siap kempen dan lancarkan serta sign MOU berbagai di Pengerang.... La nih nampak maca ader tanda-tanda nak terbongkang... Hahaha

BASF ngan Petronas pon tak dapat cari jalan tengah dalam kerjasama... Walhal itu hari beriya-iya kecoh dan gempak pada launching RAPID...

Nampak macam samer jer dengan aper yang telah berlaku kat Mersing... Ala... Projek Laguna Mersing tue ... Yang ini pon terbongkang gak... Macam mana tak terbongkang... Ader puak yang dok berkira-kira untung besar... Laba besar... Belum aper-aper dah bagitau nak pow itu ini begitu begini ...

Bukan kecik punya worang bhai... Level tinggi... Ader kuning lagi... Hahaha.. Nak cakap payah... Tak cakap kalu lagi payah...

Hahaha... Sendiri mau ingat la bhai... Hahaha... Gua rasa lu boleh agak siapa itu orang kan.... Hahahaha... So... Siapa yang untung di Pengerang nih???

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads