Sabtu, 23 Mac 2013

01 di pengerang - Google Blog Search

01 di pengerang - Google Blog Search


NUAR TAK LALU MAKAN <b>DI PENGERANG</b> - TENGGARA is <b>...</b>

Posted: 25 Jan 2013 09:20 AM PST

Laaa...kenapa pulak macam tak lalu aje nak makan Pak Nuar ni? Hidangan kat Pengerang malam tadi bukan main hebat lagi. Nasi beryani, sate dan macam-macam lagi. Datang duduk aje kat meja, terus hidangan datang.
Nak tahu kenapa? Program Pakatan kat Pengerang malam tadi yang diumpan dengan makanan yang sedap-sedap serta amoi seksi yang menyanyi, tak dapat sambutan. Nuar tak lalu makan, tapi mata pak lebai PAS yang hadir, terbeliak!
Kalau ikut standard, Nuar tu orang nombor 1. Kesian, walaupun punya hebat kononnya orang Pengerang dikatakan menentang rancangan RAPID, tapi yang hadir cuma lebih kurang 700 orang sahaja. 90 meja yang disediakan dengan setiap meja untuk 8 orang, banyak yang kosong, tak penuh! Dari pemerhatian aku, rasanya 70 % darinya adalah Cina dan kebanyakan Melayu yang hadir, bila aku tanya rupanya datang dari Felda yang berdekatan. Melayu Pengerang tak datang!!! ...mereka dah kaya hasil pampasan tanah yang diambil oleh kerajaan.
Ya lah, mana Nuar nak lalu makan, ko tengok dan bandingkan le majlis Nuar yang diumpan dengan nasi beryani serta nyanyian amoi seksi dibandingkan dengan majlis TS Muhyiddin yang tak ada nasi beryani, malahan hujan pulak.
  

IdaMan: Ugutan Bunuh NGO <b>Pengerang</b>, Laporan Polis Telah <b>Di</b> Buat

Posted: 15 Feb 2013 12:00 AM PST

Pengerusi Gabungan NGO Pengerang, Anis Afida Mohd Azli menemui sebuah batu nisan tergantung di pagar rumahnya

Beberapa ahli jawatankuasa Gabungan NGO Pengerang telah menerima batu nisan yang tertera nama mereka pada pagi semalam ekoran penentangan mereka terhadap Projek Pembangunan Kompleks Bersepadu Petroleum Pengerang (PIPC) di Pengerang.

Menurut pengerusi Gabungan NGO Pengerang, Anis Afida Mohd Azli, beliau menemui sebuah batu nisan tergantung di pagar rumahnya dengan maklumat seperti berikut:

Al-Fatihah
Anis Afida Binti Mohd Azli
Lahir Pada 25 April 1988
Kembali Ke Rahmatullah Pada Hari Jumaat
15 FEB 2013
Bersamaan 4 Rabiulakhir 1434
Amin

Gabungan NGO Pengerang merupakan antara NGO yang menentang projek PIPC sejak awal tahun lalu. NGO tersebut turut disokong oleh parti komponen Pakatan Rakyat.

Projek ini ialah projek kedua terbesar di Johor selepas projek Rapid di Johor yang bertujuan untuk membina rangkaian pengedaran gas dan minyak.

"Pada hemat saya, perbuatan ini lebih kepada ugutan bunuh. Hal ini kerana batu nisan adalah tanda perkuburan yang lebih sinonim untuk individu yang telah meninggal dunia," kata Anis dalam satu kenyataan media hari ini.

Selain Anis, seorang penduduk Pengerang yang dikenali sebagai Yahaya Maspie dan setiausaha cabang PKR Pengerang Taufik Tahir turut menerima ugutan sama.

Batu nisan untuk Taufik telah dihantar ke bilik gerakan PKR Pengerang di Kampung Teluk Ramunia.

Ekoran itu, satu laporan polis telah dipanjangkan kepada bahagian siasatan jenayah Ibu Pejabat Daerah Kota Tinggi dan Ibu Pejabat Kontinjen Johor.

Sementara itu Anis turut menegaskan bahawa ugutan bunuh yang diterimanya tidak menggentarkan beliau dari pada meneruskan perjuangannya.~ fmt

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads