ads

Ahad, 31 Mac 2013

01 di pengerang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

01 di pengerang - Google Blog Search


FEEZZYFZ: US5billion <b>Di Pengerang</b>, Johor

Posted: 29 Jan 2013 06:11 PM PST

US5billion Di Pengerang, Johor

Posted in , ,

Satu berita baik kepada seluruh rakyat Johor terutama yang tinggal di Pengerang, Johor. Qatar Holding LLC bakal melabur US5billion dalam projek petrochemical di Pengerang, Johor.

Dr Hussien Ali Al Abdulla berkata kepada pihak media beliau bakal melabur di malaysia sebanyak US10billion dalam pelbagai bidang termasuk kewangan dan hospitaliti.

Projek ini bakal memberi rakyat Johor peluang pekerjaan dalam bidang profesional. Ia juga membantu membantu graduan mendapat pekerjaan yang lebih baik berbanding sebelum ini.

Reuter melaporkan Pengerang bakal mengumpul pelaburan bernilai lebih RM170billion sebelum beroperasi pada 2016.

Syabas sekali lagi kepada Malaysia yang telah menjadi perhatian negara luar dalam aspek pelaburan jangka panjang.

sumber

Cipan, Tapir & Tenuk (C++): Siapa Untung <b>Di Pengerang</b>?

Posted: 21 Jan 2013 02:34 AM PST

Bhai... Nih aper citer kat Pengerang nih... Bukan main gempak itu hari diorang siap kempen dan lancarkan serta sign MOU berbagai di Pengerang.... La nih nampak maca ader tanda-tanda nak terbongkang... Hahaha

BASF ngan Petronas pon tak dapat cari jalan tengah dalam kerjasama... Walhal itu hari beriya-iya kecoh dan gempak pada launching RAPID...

Nampak macam samer jer dengan aper yang telah berlaku kat Mersing... Ala... Projek Laguna Mersing tue ... Yang ini pon terbongkang gak... Macam mana tak terbongkang... Ader puak yang dok berkira-kira untung besar... Laba besar... Belum aper-aper dah bagitau nak pow itu ini begitu begini ...

Bukan kecik punya worang bhai... Level tinggi... Ader kuning lagi... Hahaha.. Nak cakap payah... Tak cakap kalu lagi payah...

Hahaha... Sendiri mau ingat la bhai... Hahaha... Gua rasa lu boleh agak siapa itu orang kan.... Hahahaha... So... Siapa yang untung di Pengerang nih???

Qatar labur AS$5 bilion <b>di Pengerang</b> ABN News | BM

Posted: 29 Jan 2013 01:52 AM PST

KUALA LUMPUR – Qatar bakal meletakkan pelaburan sejumlah AS$5 bilion dolar dalam pembinaan Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang di Johor.

Jumlah itu adalah separuh daripada nilai AS$10 bilion dolar yang diperuntukkan negara itu untuk pelaburan dalam pelbagai sektor di Malaysia.

Pelaburan signifikan di Pengerang itu kelak bertujuan mentransformasikan Malaysia sebagai hab global untuk perdagangan minyak dan gas.

Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang dijangka menjadi pesaing terbaru kepada negara jiran, Singapura, dalam usaha kedua-dua negara menempatkan sektor petrokimia masing-masing sebagai hab serantau.

"Kami sedang berbincang mengenai pelaburan ini. Pelaburan AS$5 bilion dolar itu akan digunakan untuk tempoh 3 sehingga 4 tahun bagi projek di Pengerang", kata Naib Pengerusi Qatar Holding LLC, Hussain Ali al-Abdulla ketika ditemui di Kuala Lumpur pada Selasa.

"Jumlah pelaburan Qatar Holding di Malaysia akan mencecah US$10 bilion dalam pelbagai sektor," tambah Hussain.

Pengerang dijangka mengumpul sejumlah RM170 bilion (AS$55.84 bilion) nilai pelaburan apabila operasi kompleks berkenaan bermula pada 2016.

Kompleks itu bakal menempatkan projek loji Petrokimia dan Penapisan Petronas bernilai  RM60 bilion.

Dalam pada itu, Qatar Holding bakal melabur RM2 bilion untuk membina hotel Harrods di pusat bandar Kuala Lumpur.

Hotel itu bakal dibangunkan dengan kerjasama Jerantas Sdn Bhd, yang dikaitkan dengan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary. – Reuters

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG JOHOR

Copyright 2010 All Rights Reserved