Isnin, 18 Mac 2013

01 di pontian - Google Blog Search

01 di pontian - Google Blog Search


Dalang curi kereta <b>di Pontian</b> ditahan – Perak Today

Posted: 22 Jan 2013 10:30 PM PST

Dua Proton Waja dicuri suspek yang berjaya dirampas polis.

PONTIAN – Seorang lelaki dipercayai dalang kegiatan curi kereta di daerah ini ditahan di sebuah rumah di Taman Desa Molek, dekat sini, awal pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Zahaliman Jamin berkata, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian diketuai Inspektor Mohd Hanif Abd Rashid bersama beberapa anggotanya ke rumah tersebut kira-kira jam 2.30 pagi untuk melakukan intipan.

Menurutnya, setibanya di rumah itu suspek berusia 39 tahun dilihat berada di dalam sebuah kereta Proton Waja dalam keadaan mencurigakan.

"Apabila polis menghampiri kereta tersebut dan meminta suspek keluar, dia bertindak melarikan diri seterusnya dikejar polis dan berlaku pergelutan sebelum suspek akhirnya berjaya ditangkap.

"Hasil siasatan didapati nombor pendaftaran kereta Proton Waja tersebut palsu dan dipercayai dicuri. Suspek turut mengaku telah mencuri beberapa kereta di sekitar daerah Pontian untuk dijual kepada orang lain," katanya pada sidang media di IPD Pontian, di sini, semalam.

Zahaliman berkata, suspek kemudiannya membawa polis ke sebuah rumah di Taman Cahaya Kota Putri, Masai, Pasir Gudang di mana terdapat sebuah lagi kereta Proton Waja dengan nombor pendaftaran palsu yang telah dijual kepada seorang pembeli.

Katanya, ketika serbuan dilakukan sekitar jam 3 pagi di rumah itu, polis berjaya menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 30an yang merupakan pembeli kereta tersebut.

"Hasil pemeriksaan di rumah terbabit, polis turut menemui beberapa jenis dadah antaranya heroin, syabu dan pil ekstasi.

"Pihaknya percaya tangkapan ke atas suspek telah berjaya menyelesaikan beberapa kes curi kereta di daerah ini," katanya.

Beliau berkata, kedua-dua lelaki terbabit kini ditahan reman untuk disiasat di bawah Seksyen 379A(1) Kanun Keseksaan.

- SINAR HARIAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads