Ahad, 31 Mac 2013

01 di pontian - Google Blog Search

01 di pontian - Google Blog Search


Dalang curi kereta <b>di Pontian</b> ditahan – Perak Today

Posted: 22 Jan 2013 10:30 PM PST

Dua Proton Waja dicuri suspek yang berjaya dirampas polis.

PONTIAN – Seorang lelaki dipercayai dalang kegiatan curi kereta di daerah ini ditahan di sebuah rumah di Taman Desa Molek, dekat sini, awal pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Zahaliman Jamin berkata, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian diketuai Inspektor Mohd Hanif Abd Rashid bersama beberapa anggotanya ke rumah tersebut kira-kira jam 2.30 pagi untuk melakukan intipan.

Menurutnya, setibanya di rumah itu suspek berusia 39 tahun dilihat berada di dalam sebuah kereta Proton Waja dalam keadaan mencurigakan.

"Apabila polis menghampiri kereta tersebut dan meminta suspek keluar, dia bertindak melarikan diri seterusnya dikejar polis dan berlaku pergelutan sebelum suspek akhirnya berjaya ditangkap.

"Hasil siasatan didapati nombor pendaftaran kereta Proton Waja tersebut palsu dan dipercayai dicuri. Suspek turut mengaku telah mencuri beberapa kereta di sekitar daerah Pontian untuk dijual kepada orang lain," katanya pada sidang media di IPD Pontian, di sini, semalam.

Zahaliman berkata, suspek kemudiannya membawa polis ke sebuah rumah di Taman Cahaya Kota Putri, Masai, Pasir Gudang di mana terdapat sebuah lagi kereta Proton Waja dengan nombor pendaftaran palsu yang telah dijual kepada seorang pembeli.

Katanya, ketika serbuan dilakukan sekitar jam 3 pagi di rumah itu, polis berjaya menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 30an yang merupakan pembeli kereta tersebut.

"Hasil pemeriksaan di rumah terbabit, polis turut menemui beberapa jenis dadah antaranya heroin, syabu dan pil ekstasi.

"Pihaknya percaya tangkapan ke atas suspek telah berjaya menyelesaikan beberapa kes curi kereta di daerah ini," katanya.

Beliau berkata, kedua-dua lelaki terbabit kini ditahan reman untuk disiasat di bawah Seksyen 379A(1) Kanun Keseksaan.

- SINAR HARIAN

Nusajaya Kini: Lagi &#39;Janji Tidak Ditepati&#39; <b>di Pontian</b>

Posted: 11 Feb 2013 05:47 PM PST

PONTIAN – PAS Benut mangambil inisiatif sendiri menyiapkan projek memperbaiki sebuah rumah milik seorang ibu tunggal secara bergotong royong.

Menurut Yang Dipertua PAS Pontian, Raden Sarobo Pono, langkah ini dibuat berikutan peruntukan yang dijanjikan sejak tiga tahun lalu tidak ditunaikan oleh pihak berwajib sehingga sebahagian bahan-bahan binaan yang ada kian reput dan tidak boleh digunakan.

"Saya difahamkan, Zainon Salleh, 42, telah menerima bantuan membaiki rumah beberapa tahun lalu berjumlah RM5000, malangnya pihak terbabit gagal menyiapkan seperti yang dirancang," katanya lagi.

Menurut Raden Sarobo lagi, PAS Cawangan Parit Mansor bersama kira-kira 50 orang dari kalangan Unit Amal serta penduduk kampung telah mengadakan aktiviti gotong royong selama dua hari bagi tujuan tersebut.

"Kami hanya menyempurnakan usaha ini dengan mengumpul kira-kira RM 10,000 bagi menyiapkan ruang dapur, bilik air, lantai, dinding, bumbung dan lain-lain," katanya lagi ketika ditemui di Parit Mansor, Benut, dekat sini, baru-baru ini.

Sementara itu, Zainon berkata, dia kesal dengan pihak terbabit yang gagal menyiapkan rumah seperti mana yang dijanjikan.

"Saya kesal dengan dia. Bersimpatilah. Saya ada tiga orang anak. Semuanya masih bersekolah. Yang bongsu pula, kategori OKU (Orang Kurang Upaya).

"Saya hanya dapat bantuan daripada JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat). Itupun khas buat anak. Saya tak dapat. Saya kecewa kerana pemimpin UMNO tak pernah datang menjengok apa lagi membantu.

"Terima kasih kepada PAS yang sudi buat bergotong royong menyiapkan rumah yang sudah tiga tahun terbengkalai," katanya lagi.

Sehubungan itu, bagi meringankan beban ibu tunggal ini, pihak PAS Benut mengambil langkah membantu mendapatkan bantuan daripada agensi berwajib.

**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

saifulam-agrofarm: Kursus Penanaman Cendawan <b>di Pontian</b>,Johor <b>...</b>

Posted: 14 Mar 2013 02:58 AM PDT

Berminat menceburi bidang usahawan berteraskan pertanian khususnya Penanaman Cendawan.Boleh hubungi saya segera     ( SAIFUL AMRI - 0137501589 ).Kursus Cendawan secara praktikal pada 7 April 2013 (Ahad) di Saifulam Agro Farm,Benut,Pontian,Johor.
Ayuh menjadi orang terawal mendaftarnya...!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads