01 di segamat - Google Blog Search |
Misteri perigi ajaib <b>di Segamat</b> ~ www.Zon2u.Com Posted: 04 Mar 2013 10:45 PM PST Perigi berusia 20 tahun dikatakan sentiasa penuh dan pernah melimpah. SENAI – Sebuah perigi lama yang sudah tidak digunakan di sebuah surau di Kampung Melayu Raya, Segamat, di sini menimbulkan tanda tanya penduduk setempat apabila sentiasa dipenuhi air sehingga melebihi paras tanah digali. Ketua Kampung, Idris Mohd Yunus berkata, perigi berusia lebih 20 tahun itu sudah tidak digunakan lagi selepas surau berkenaan dilengkapi dengan kemudahan paip air sejak kira-kira 15 tahun lalu. Bagaimanapun katanya, perigi yang sentiasa ditutup dianggap sebagai ajaib apabila penduduk mendapati ia sentiasa dipenuhi air berbanding perigi lain yang kebiasaannya hanya dipenuhi air pada paras bawah tanah. "Kejadian ini sudah lama berlaku dan ramai penduduk menganggapnya sebagai perigi ajaib kerana air dari perigi ini akan penuh sehingga ke paras pembetung yang dibina setinggi lebih dua kaki dari paras tanah. "Malah air dari perigi ini akan melimpah keluar terutamanya pada musim hujan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini, semalam. Idris berkata, kejadian itu dianggap sebagai salah satu kebetulan dan perigi itu masih dijaga rapi walaupun sudah lama tidak digunakan. "Selain daripada keadaan airnya yang sentiasa penuh, tiada kejadian aneh lain yang berlaku membabitkan perigi itu. "Ini mungkin satu kebetulan dan kami menganggapnya sebagai salah satu tanda kebesaran ALLAH," katanya. |
You are subscribed to email updates from di segamat - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan