01 di segamat - Google Blog Search |
Persaingan sengit antara Menteri dan bekas Menteri <b>di Segamat</b> <b>...</b> Posted: 26 Sep 2012 04:16 AM PDT Oleh LAU PHEK YEN KUALA LUMPUR, 25 September : Percaturan politik di Parlimen Segamat, Johor semakin rancak dan panas menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) melibatkan tiga parti iaitu MIC , PKR dan DAP. The Malaysian Times (TMT) difahamkan bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Chua Jui Meng yang juga merupakan Pengerusi PKR negeri Johor turut mengintai peluang untuk bertanding di Segamat mewakili pembangkang pada PRU-13 walaupun kerusi tersebut ditandingi DAP sejak dulu lagi. Penyandang Ahli Parlimen Segamat Datuk Seri Dr. S. Subramaniam yang juga Timbalan Presiden MIC yakin MIC tetap akan dapat mempertahankan kawasan tersebut yang diwakili oleh parti itu sejak 1982. Bagaimanapun beliau yang juga Menteri Sumber Manusia berkata, tidak pasti sama ada beliau akan bertanding di kawasan Segamat ataupun tidak. "Saya tidak pasti di mana saya akan bertanding pada PRU-13 yang akan datang. Perdana Menteri yang menentukan siapa yang akan bertanding dan kawasan mana yang akan kami bertanding. Oleh itu, kami tidak tahu apa-apa pun sebelum diumumkan. "Tambahan,saya tidak tahu siapa dari parti pembangkang yang akan bertanding di kawasan Segamat. Saya tidak mahu membuat sebarang ramalan teta pi biasanya DAP yang akan bertanding bagi kawasan tersebut," katanya ketika dihubungi The Malaysian Times (TMT) di sini hari ini. Nama Dr.Subramaniam mula menyerlah dalam kepimpinan politik MIC selepas disenaraikan sebagai calon untuk Parlimen Segamat pada 1999 setelah bekas Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu ketika itu menyingkirkan nama Datuk S. Subramaniam (kini Tan Sri Subra) yang juga penyandang Ahli Parlimen Segamat (bekas Timbalan Presiden MIC ) di saat – saat akhir sebagai calon untuk Parlimen Segamat setelah memperkenalkan seorang lagi Subramaniam untuk kawasan tersebut. Setelah menang dengan bergaya pada PRU 1999, Dr. Subramaniam berjaya turut mempertahankan Segamat dengan majoriti 2, 971 undi pada PRU 2008 walaupun negara dilanda tsunami politik. Segamat merupakan antara tiga parlimen yang berjaya dipertahankan oleh MIC pada PRU 12 , selain Tapah dan Cameron Highlands yang mana ramai pemimpin utama MIC tersungkur termasuk Datuk Seri S. Samy Vellu di Sungai Siput , Datuk Seri G. Palanivel ( Hulu Selangor ) dan Datuk S. Sothinathan di Teluk Kemang. MIC mempunyai satu rekod yang cemerlang dan baik di Segamat sejak bekas Timbalan Presiden MIC Datuk Subra mula bertanding di sana sejak 1982 sehingga 2008 walaupun negara dilanda pernah dilanda pelbagai krisis politik. Walaupun Dr. Subramaniam tidak dapat 'mengesahkan' pencalonanya untuk penggal ketiga di parlimen Segamat, TMT difahamkan Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberi 'lampu hijau' kepada Subra untuk mempertahankan kawasanya untuk PRU 13 berdasarkan prestasinya yang amat baik selama ini. Namun berdasarkan situasi politik terkini , agak sukar sekali untuk membaca percaturan politik di Parlimen Segamat pada PRU-13 disebabkan suasana politik negara yang dilihat semakin kritikal saban hari serta pendekatan pihak pembangkang cuba mempengaruhi pengundi bukan melayu di Johor sejak kebelakangan ini. Parlimen Segamat merangkumi sejumlah 44, 973 pengundi yang mana seramai 47 peratus Cina, 43 peratus Melayu dan 10 peratus India. Selain nama Chua Jui Meng, nama Penasihat DAP Lim Kit Siang turut dikaitkan mengintai peluang bertanding di negeri Johor khususnya di parlimen Segamat disebabkan pengaruh pengundi Cina yang dapat "mengugat" peluang BN dikawasan tersebut. TMT turut menghubungi Chua Jui Meng selaku Ketua PKR Johor serta Pengerusi DAP Johor Dr. Boo Chung Hau untuk mendapatkan pandangan mereka tentang perkembangan tersebut yang turut menjadi perhatian politik negara. Komen Chua Jui Meng Chua Jui Meng menyatakan bahawa beliau akan bertanding untuk mencapai kemenangan bagi parti PKR tetapi tidak dapat memastikan kawasan yang bakal ditandinginya di PRU-13. "Saya tidak pasti saya akan bertanding di Segamat atau tidak,parti yang akan menentukan di mana saya akan bertanding. Jika saya diberi peluang untuk bertanding, saya akan mencuba sedaya upaya untuk mencapai kemenangan. Saya tahu cara untuk mendapat kemenangan", katanya. Jui Meng yang merupakan bekas Naib Presiden MCA Berkata , beliau tidak takut untuk bertanding dengan sesiapa sahaja di Segamat sekiranya diberikan peluang untuk bertanding oleh pucuk pimpinan parti. "Saya tidak takut dengan siapa akan saya bertanding, saya hanya takut tiada pesaing," ujarnya. Komen DAP Pengerusi DAP Johor, Chung Hau pula menyatakan bahawa DAP masih belum menentukan calon bagi kawasan Segamat kerana senarai calon bagi PRU-13 masih belum dimuktamadkan lagi . "Kami akan membuat pertimbangan dari semua segi sebelum membuat keputusan dalam soal pemilihan calon. Biasanya, kami akan mendapat pandangan dari semua pihak," kata Chung Hau. Chung Hau juga menyatakan bahawa DAP Johor tidak mahu memberikan sebarang ulasan mengenai khabar angin yang menyatakan Penasihat DAP Lim Kit Siang akan bertanding di Segamat di PRU-13 yang akan datang. TMT turut dimaklumkan bahawa DAP yakin dapat menang di kawasan Segamat. "Kami yakin untuk menang di kawasan Segamat sedangkan kami hanya kalah dengan majoriti yang kecil iaitu sebanyak 2, 971 undi pada PRU 2008 . Justeru , tidaklah begitu sukar untuk mengalihkan sokongan kepada DAP dan kami yakin dapat melakukanya ," ujarnya. Sumber- sumber tertentu turut memaklumkan kepada TMT bahawa kepimpinan Pakatan Rakyat sedang mengkaji senario di parlimen Segamat bagi memastikan calon yang terbaik dipilih dikalangan mereka untuk menewaskan BN pada PRU- 13 nanti. Walaupun DAP difahamkan berpeluang untuk bertanding semula di Segamat, PKR turut dikatakan berminat di Segamat ataupun mana – mana dua Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Buloh Kasap ataupun Jementah. Pada PRU 2008, BN turut memenangi DUN Buloh Kasap dengan majoriti 4, 466 menerusi calon UMNO , Othman Jais yang menewaskan calon Pas. Manakala di DUN , Jementah calon BN , Lee Hong Tee dari MCA menewaskan calon DAP dengan majoriti 1, 306 undi – TMT Category: Bahasa Malaysia |
CETUSAN MINDA...BINGKISAN NUBARI: <b>Segamat</b> Dalam Kenangan Posted: 02 Jan 2013 06:44 PM PST Pada 27 Disember 2012 yang lalu, saya berpeluang melaksanakan tugas rasmi di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Cawangan Segamat. Satu taklimat tentang penulisan dan penerbitan diadakan di sana bagi memberi pendedahan kepada para pensyarah UiTM untuk berkarya dan menulis dalam bidang penulisan buku umum. Usai melaksanakan tanggungjawab tersebut, saya mengambil kesempatan berlegar-legar di sekitar bandar Segamat. Tempat pertama yang ditujui pastinya kediaman rasmi kami sekeluarga semasa tinggal di Segamat sekitar tahun 80-an. Kebetulan emak meminta saya ke sana kerana ingin menyampaikan hadiah kepada teman lamanya, makcik Rahmah. Saya disambut mesra oleh makcik Rahmah dan anak-anaknya Nadia dan Nabila. Makcik Rahmah merupakan teman akrab emak semasa di Segamat. Suaminya (arwah) merupakan guruku semasa aku bersekolah di Sek. Temenggong Abdul Rahman (STAR), Segamat. Siap makan minum barulah saya beralih ke haluan lain. Sebelum bertolak balik ke Johor Bahru, saya sempat menghubungi seorang rakan sekolah rendah yang masih mesra dengan saya. Rohaizaa Leman, teman sekelas semasa di STAR begitu sudi menemani malam saya dengan cerita-cerita menarik, gelak-gelak santai, kisah-kisah lucu, fakta-fakta suprise! Wow!!! Tak sangka ya...kami bertemu kembali setelah 24 tahun terpisah. Masing-masing sudah berkahwin dan beranak-pinak. Keseronokan bertemu Rohaizaa saya anggap sebagai tuah yang selepas ini entah bila lagi kami akan berjumpa. Terima kasih sekalung budi buatnya. Segamat, meninggalkan kenangan yang sangat indah kepada saya dan pastinya kepada keluarga saya keseluruhannya. Di situlah saya bersekolah, bermain, bersantai dengan kawan-kawan sepanjang tempoh tumbesaran kanak-kanak. Memang indah zaman kanak-kanak lantaran kami masih suci tanpa hasad dengki, pangkat dan harta. |
You are subscribed to email updates from di segamat - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan