di negeri johor - Google Blog Search |
Jalan Biar Ke Depan: SENARAI PASAR MALAM <b>DI NEGERI JOHOR</b> Posted: 06 Mar 2013 06:42 PM PST SENARAI PASAR MALAM SETIAP HARI DI NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM. #ISNIN Taman Teratai Kampung Melayu Kota Jaya (Kota Tinggi) Bukit Indah Permas Jaya (PJ1) Kota Masai Century Garden (KSL City) Tmn Perling (Jln Layang) Parit Raja (Batu Pahat) Taman Rinting Endau (Mersing) Bandar Pontian Stadium Muar Jalan Bacang (Kota Masai) Ulu Tiram #SELASA #RABU #KHAMIS #JUMAAT #SABTU #AHAD Ayer Hitam Pasar Seri Sulong (Batu Pahat) Sri Medan (Batu Pahat) Permas Jaya (McD) Jementah (Segamat) Paloh (Kluang) Taman Nira (Batu Pahat) Parit Jawa Tanjung Agas Sungai Rengit Stadium Larkin nibong taman daya Label : Senarai pasar lambak pasar malam di daerah johor bahru, senarai pasar malam di daerah kota tinggi, kulaijaya, senai, senarai pasar malam si kawasan larkin skudai bandar baru uda nusajaya tebaru pasir gudang, senarai pasar malam di daerah batu pahat, senarai pasar malam di daerah muar, senarai pasar malam di daerah segamat. |
Sultan mahu NGO <b>di Johor</b> sentiasa bekerjasama demi <b>...</b> Posted: 13 Mar 2013 02:24 PM PDT Posted on March 14, 2013, Thursday JOHOR BAHARU: Sultan Johor Sultan Ibrahim semalam meminta semua badan bukan kerajaan (NGO) di negeri itu sentiasa bekerjasama dan bersatu padu demi kemakmuran negeri Johor. Titah baginda anggota NGO juga perlu bersama-sama bekerja kuat agar masa depan Johor lebih terjamin. "Janganlah hidup berpe-cah-belah, jangan bergaduh sesama sendiri dan jagalah negeri ini," titah baginda pada majlis menerima menghadap wakil 60 NGO kaum India daerah Johor Baharu, di Istana Pasir Pelangi, di sini. Baginda yang berkenan meluangkan masa kira-kira sejam bersantap bersama hampir 200 wakil NGO itu turut melahirkan kegembira-an dan berbesar hati dengan kehadiran mereka. Titah Sultan Ibrahim, baginda juga mahu wakil NGO dari kaum Melayu dan Cina berkunjung ke istana bagi berkongsi gambaran kehidupan rakyat di negeri itu. Selain itu, baginda juga mahu ada wakil daripada kaum Melayu, Cina dan India dalam urusetia sempena program Kembara Mahkota Johor yang dijangka diadakan selepas Pilihan Raya Umum Ke-13. "Setakat ini belum difikirkan tema untuk program kali ini tetapi saya mahu pergi ke tempat yang belum dilawati. Atur cara kembara kali ini nanti akan lebih menumpukan program kebajikan," titah baginda. Sementara itu, wakil kum-pulan NGO terbabit, M. Soorianarayanan berkata pihaknya mengambil berat pesanan Sultan Ibrahim yang mahukan pelbagai NGO sa-ling bekerjasama. Soorianarayanan yang juga Pengerusi Persatuan Penjaja India Johor Baharu berkata kesemua NGO kaum India di negeri itu juga sentiasa menjunjung taat setia kepada Sultan Johor. — Bernama To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names. |
You are subscribed to email updates from di negeri johor - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan