Isnin, 1 April 2013

01 di kahang - Google Blog Search

01 di kahang - Google Blog Search


Kit Siang Bertanding <b>Di Gelang Patah</b> | MyNewsHub

Posted: 18 Mar 2013 08:36 AM PDT


JOHOR BAHARU — Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim
hari ini mengumumkan penasihat DAP Lim Kit Siang akan bertanding di kawasan
parlimen Gelang Patang pada Pilihan Raya ke-13.

Beliau membuat pengumuman tersebut dalam ucapannya pada Perhimpunan Pakatan
Rakyat di Taman Sutera di sini.

"Jika Lim Kit Siang mahu menjadikan Gelang Patah sebagai "base" untuk kita
memenangi pilihan raya dan menawan Putrajaya, saya bagi sokongan," katanya.

Sebelum itu Anwar mengakui terdapat perselisihan faham di antara DAP dan
Parti Keadilan Rakyat mengenai kerusi tersebut yang ditandingi calon Keadilan
pada 2008.

Namun masalah itu dapat diselesaikan melalui rundingan di antara kedua belah
pihak demi memastikan situasi menang-menang dapat dicapai dan setiap rakyat
"dapat merasakan bahawa mereka cukup diwakili di semua kawasan," katanya.

Anwar turut mengingatkan semua ahli Pakatan Rakyat agar mengelakkan
perselisihan di dalam soal pembahagian kerusi kerana "kita bukan mahu menawan
Johor sebagai DAP, Keadilan dan Pas tetapi sebagai Pakatan Rakyat".

Lim dalam ucapannya selepas itu mengakui bahawa bertanding di Gelang Patah
merupakan ujian paling besar dalam hidupnya.

"Selamat atau tidak, berjaya atau tidak, tapi kalau anda sudah bersedia,
kami akan bersedia untuk membawa perubahan," kata anak kelahiran Johor itu yang
juga bapa kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Beliau menyasarkan untuk membawa kemenangan 18 kerusi parlimen di selatan
Semenanjung iaitu 15 kerusi di Johor, satu di Melaka dan dua di Negeri Sembilan
sebagai usaha untuk menawan Putrajaya.

Lim turut menegaskan bahawa kalau Pakatan Rakyat dapat menawan Putrajaya,
DAP akan bertanggungjawab dalam memelihara hak kepentingan orang Melayu
sebagaimana PAS akan menjaga hak kepentingan kaum bukan Melayu. — BERNAMA

Iklan Teks:

Artikel Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads