01 di kahang - Google Blog Search |
Sediakah Ghani akhiri karier <b>di Gelang Patah</b>? - Harakahdaily Posted: 09 Apr 2013 09:55 PM PDT YANG pasti, Ketua ahli Parlimen DAP Lim Kit Siang akan beraksi di Gelang Patah, mengemudi bahtera Pakatan Rakyat merempuh tembok Barisan Nasional sambil mengumpul kerusi parlimen dari negeri Johor bagi membolehkan Parti Keadilan Rakyat, PAS dan DAP menubuh kerajaan baru Putrajaya selepas pilihanraya umum ke -13 nanti. Yang belum pastinya adalah pengerusi Barisan Nasional Johor Datuk Abdul Ghani Othman akan mempertahan Gelang Patah dari jatuh ketangan lawan, walaupun angin bertiup kencang babawa inilah perjalanan politik Abdul Ghani setelah memimpin negeri selatan tanah air sejak 1995. Abdul Ghani (gambar) tidak disenarai mempertahan kerusi Serom kerana dikatakan kepimpinan Barisan Nasional mahu memberi nafas baru dengan mengemuka calon-calon baru dan lebih muda sedangkan beliau telah memegang jawatan menteri besar sejak 1995 lagi. Kalangan pemimpin Barisan Nasional, khusus presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek rela menyerahkan kerusi Gelang Patah yang disandang MCA kepada Umno kerana tidak yakin boleh memberi tentangan kepada Kit Siang. Mereka berpendapat Abdul Ghanilah calon yang paling layak berdepan dengan Kit Siang. Daripada berundur terus dari politik, lebih baik beliau pertahan Gelang Patah; ditakdirkan berjaya menewaskan pemimpin DAP itu, beliau akan menjadi "hero" dan bolehlah diberi ganjaran besar sekiranya BN kekal memerintah di Johor dan diperingkat pusat selepas pilihanraya umum. Hari ini rata-rata di kalangan Umno dan BN sibuk bercakap tentang calon menteri besar Johor yang baru. Nama yang paling popular setakat ini yang disebut-sebut tidak lain dari Datuk Mohamed Khaled Nordin, ahli parlimen Pasir Gudang dan menteri Pengajian Tinggi pada penggal lalu. Sebenarnya nama Mohamed Khaled telah pun disebut-sebut sebagai calon Menteri Besar Johor yang baru sejak dua penggal pilihan raya umum yang lepas, tetapi ia tidak menjadi kenyataan pada saat-saat akhir. (Khalid dan Nur Jazlan...siapa calon MB Johor dari BN) Beliau mempunyai hubungan yang baik dengan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, pertimbangan yang penting bagi mereka yang menaruh harapan mahu menjadi Menteri Besar Johor. Sultan Johor dikatakan lebih condong pada Khaled, yang sama-sama belajar di English College, sekarang ini dikenali sebagai Maktab Sultan Abu Bakar, dibanding dengan nama-nama lain yang dicanang sebagai penganti Abdul Ghani. Walaupun nama-nama seperti ahli parlimen Pulai penggal lalu, Datuk Nur Jazlan Mohamed yang juga anak kepada bekas setiausaha agong BN dan Umno Allahyarham Mohamed Rahmat, naib ketua Pemuda Umno Datuk Razali Ibrahim dan ADUN Kukup penggal lalu Datuk Md Othman Yusof masih lagi menjadi sebutan di kalangan ahli-ahli parti, Umno Johor, khususnya Abdul Ghani dikatakan lebih berminat dengan Adun Pasir Raja penggal lalu, Datuk Dr Adham Baba. Ramai diluar Johor masih ingat siapa Dr Adham, walaupun setelah sekian lama arena politik beliau tertumpu di Johor. Beliau adalah orang yang sama yang ketika menjadi pengerusi biro pendidikan Pemuda Umno pada 2002, telah meminta agar kerajaan bertindak tegas, termasuk menutup semua SRJK(C) dan mewujudkan satu jenis aliran sekolah saja kerana berang dengan pergerakan pendidikan Cina, Dong Jiao Zong, yang menuduh pelaksanaan pengajaran Sains and Matematik dalam Bahasan Inggeris bertujuan menghapuskan identiti sekolah Cina. Cadangan memang boleh diberi tetapi adakah Istana akan perkenan calon yang lain dari Mohamed Khaled? Pakatan Rakyat berhasrat mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri yang sekian lama di terjui oleh Umno/Barisan Nasional. Naib presiden PAS, Salahuddin Ayub, anak jati Johor dibawa turun dengan meninggalkan parlimen Kubang Kerian di Kelantan dan bertanding kerusi DUN Nusa Jaya, salah satu kerusi negeri di Gelang Patah, serta kerusi parlimen Pulai. |
Ada agenda tertentu bertanding <b>di Gelang Patah</b> | ISMAWeb Posted: 20 Mar 2013 09:15 PM PDT BANGI 20 Mac - Setiausaha Biro Politik ISMA, Ustaz Mohd Hazizi Abdul Rahman menyifatkan hasrat pemimpin DAP, Lim Kit Siang untuk bertanding di Gelang Patah, Johor adalah untuk menjayakan agenda tertentu dan bukanlah suatu perkara yang mengejutkan. Katanya, langkah yang diambil oleh Lim Kit Siang ini adalah satu langkah yang sudah dijangka sebenarnya. Itu merupakan strategi DAP untuk menambah kerusi Parlimen bagi pihak mereka. Beliau berkata demikian kerana pernah mendapat maklumat daripada sumber yang dipercayai yang mengatakan orang-orang Cina telah mengatur dan memindahkan pengundi mereka dari kawasan yang sedia sudah kuat seperti Ipoh Timur, Siputeh dan beberapa kawasan lain ke kawasan yang mereka sasarkan. "Jadi antara kawasan yang mereka sasarkan seperti yang diberitahu sumber ialah di Johor iaitu Gelang Patah dan juga Pontian. "Maka oleh sebab itu, tindakan mereka perlu diberi perhatian terutamanya oleh orang Melayu dalam menjaga kepentingan dan hak orang Melayu sendiri dari sudut bilangan kerusi yang akan dimiliki kelak," ujarnya. Jelas Ustaz Hazizi lagi, meskipun Gelang Patah sebelum ini dikuasai oleh MCA, tapi mereka telah mengatur langkah bagaimana untuk menang di situ sebaliknya orang Melayu masih lagi dengan politik menang sorak kampong tergadai iaitu tiada langkah strategik yang diambil seperti mana kaum Cina. Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan media mengenai Lim Kit Siang yang diumumkan sebagai calon DAP bagi kerusi Parlimen Gelang Patah pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) dalam sambutan ulangtahun parti DAP ke-47 di Skudai baru-baru ini. |
You are subscribed to email updates from di gelang patah - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan