Khamis, 4 April 2013

01 di kempas - Google Blog Search

01 di kempas - Google Blog Search


BLOG JOHOR: 01 <b>di kahang</b> - Google Blog Search

Posted: 18 Mar 2013 03:29 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Kit Siang: DAP bertanding <b>di Gelang Patah</b>, Bentong | Free <b>...</b>

Posted: 17 Mar 2013 08:21 AM PDT

Selepas pergeseran selama berbulan-bulan, PKR akhirnya bersetuju untuk membenarkan DAP bertanding di kerusi Bentong, Pahang dan Gelang Patah di Johor.

Penasihat DAP Lim Kit Siang mengumumkan perkara itu dalam satu majlis di Batu Pahat petang ini.

"Kami mencapai persetujuan dalam satu pertemuan di antara saya, (ketua umum PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin tertinggi DAP dan PKR lain Isnin lalu," katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi.

Beliau bagaimanapun tidak menamakan calon yang akan bertanding di kedua-dua kerusi berkenaan.

"Jelas bahawa ini bukan satu persoalan mengenai mana-mana individu atau parti politik, tapi sama ada Pakatan Rakyat akan membawa perubahan dalam pilihan raya umum akan datang," katanya.

Kedua-dua parti berkenaan berebut untuk mendapatkan kerusi Gelang Patah sejak Februari lalu.

Dengan jumlah pengundi lebih 100,000 orang, ia merupakan kawasan parlimen yang paling besar.

Ia mengandungi dua kerusi DUN – Skudai yang diwakili Dr Boo Cheng Hau dari DAP dan kerusi Nusajaya oleh Datuk Abdul Aziz Sapian dari Umno.

Short URL: http://www.freemalaysiakini2.com/?p=70937

DIALOG RAKYAT: Kit Siang akan bertanding <b>di Gelang Patah</b>, kata <b>...</b>

Posted: 16 Mar 2013 04:07 AM PDT

KUALA LUMPUR ― Pemimpin kanan DAP Lim Kit Siang akan bertanding di kerusi Parlimen Gelang Patah, Johor pada Pilihan Raya 2013, kata para pemimpin parti komponen Pakatan Rakyat (PR) tersebut hari ini.

DAP juga akan bertanding di kawasan Segamat, Kluang, Kulai, Tanjung Piai, Labis dan Bakri yang dikatakan kubu kuat Barisan Nasional (BN) untuk membantu PR memenangi kerusi pusat dalam pilihan raya paling sengit yang bakal diadakan dalam masa terdekat.

"Kami mahu memenangi kelompok kerusi baru di Johor dan membantu mengambil alih kerajaan pusat kerana situasi 50-50 ketika ini," kata pemimpin parti kepada The Malaysian Insider yang mahu namanya dirahsiakan.

"Walaupun kerusi Gelang Patah dimenangi MCA pada pilihan raya lalu dengan 8,000 ribu, ia berbaloi untuk mengambil risiko tersebut," tambah beliau.

PKR bertanding di Gelang Patah dalam dua pilihan raya lepas tetapi tewas kedua-duanya kepada Ketua Wanita MCA Johor  Tan Ah Eng. Tan mengekalkan kerusinya pada Pilihan Raya 2008 dengan majoriti 8,851 undi, majoriti yang agak kecil berbanding yang 31,666 undi majoriti yang diperolehi pada 2004.

Pengundi Cina membentuk 54 peratus di kawasan tersebut, manakala kaum Melayu dan India pula sebanyak 34 peratus dan 12 peratus secara keseluruhannya.

Cubaan Lim (gambar) untuk bertanding di Gelang Patah yang jaraknya kira-kira 25km dari Johor Baru dijangka memadamkan ketegangan antara DAP negeri dan PKR yang meletus pada bulan lepas.

Pengerusi DAP negeri Johor Dr Boo Cheng Hau telah menuduh pemimpin PKR Johor Datuk Chua Jui Meng sebagai cuba mensabotaj DAP dibahagian selatan tersebut.

Chua, yang juga merupakan bekas pemimpin veteran MCA dan menteri kesihatan dipercayai juga mengintai untuk bertanding di Gelang Patah pada Pilihan Raya 2013 nanti.

"Kerusi yang boleh dimenangi selatan Johor oleh DAP dan PR adalah Gelang Patah, Johor Baru, Tebrau, Kulai, Pasir Gudang dan Pulai," kata seorang lagi pemimpin parti yang enggan namanya didedahkan kepada The Malaysian Insider hari ini.

Lim merupakan MP Ipoh Timur telah merampas kerusi parlimen Tanjung pada 1986 daripada Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan menang kerusi negeri Kampung Kolam tersebut. Pemimpin ulung DAP juga membantu partinya menyapu bersih kerusi negeri lain yang mana terkenal dengan jolokan Pertarungan Tanjung.

Pada Pilihan Raya 2008, pengundi Cina membentuk separuh daripada jumlah pengundi di Segamat dengan kaum Melayu 41 peratus dan India 11 peratus.

PR sangat yakin mereka dapat merampas Segamat atas faktor sentimen penolakkan terhadap kerajaan dikalangan pengundi kaum Cina.

Juga dipercayai pemimpin BN Johor menjangkakan sokongan masyarakat Cina pada tahap 30 peratus, 10 peratus lebih daripada anggaran "yang diharapkan" dan menumpukan peningkatan kepada 40 peratus sebaik sahaja BN negeri memasuki pusingan akhir semasa kempen pilihan raya.

Pemimpin PR berkata mereka yakin untuk memusnahkan kubu BN di Johor dengan bantuan sokongan pengundi masyarakat Cina tetapi mengakui harapan untuk menakluk negeri tersebut agak sukar memandangkan halangan pengundi masyarakat Melayu.

Walaupun berjaya menawak Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Kelantan pada Pilihan Raya 2008, gabungan pembangkang PAS, PKR dan DAP hanya memenangi satu kerusi parlimen dan enam kerusir negeri daripada 26 dan 56 kerusi yang terdapat di Johor.

Sri Mersing: Lim Kit Siang Bertanding <b>di Gelang Patah</b>

Posted: 18 Mar 2013 09:01 AM PDT


TERKINI... Datuk Seri Anwar Ibrahim baru sahaja selesai mengumumkan Lim Kit Siang sebagai calon kerusi Parlimen Gelang Patah pada PRU akan datang.. Lim dilihat sebagai penyelamat.. Ini kerana seperti kita semua sedia maklum kerusi Gelang Patah menjadi rebutan antara Dr Boo Cheng Hau selaku Pengerusi DAP merangkap ADUN Skudai dan Dato Chua Jui Meng yg juga merupakan Pengerusi PKR Johor..
Sebagai jalan selamat, Anwar mengumumkan Lim Kit Siang sebagai calon Gelang Patah.. Lihatlah apa implikasinya nanti.. Mengapa Anwar begitu terdesak hingga mengumumkan Lim Kit Siang sebagai calon Gelang Patah.. Anwar cuba menutup krisis dalaman antara PKR dan DAP Johor dengan cara membawa masuk Lim Kit Siang...
Lupakah Anwar dgn sejarah silam Lim Kit Siang??

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads