Khamis, 25 April 2013

01 di kota tinggi - Google Blog Search

01 di kota tinggi - Google Blog Search


masam manis: RESTORAN BASER <b>KOTA TINGGI</b> JOHOR

Posted: 14 Apr 2013 07:37 PM PDT


Jika singgah ke Kota Tinggi, tidak lengkap rasanya jika tak pekena Nasi Ayam Baser yang cukup terkenal di Kota Sultan Mahmood mangkat di julang ini. Restoran yang telah di usahakan lebih dari 30 tahun, masih terus utuh walaupun banyak persaingan dari pengusaha-pengusaha restoran lain yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan.

Lokasinya yang terletak di tengah-tengah bandar Kota Tinggi ini sering dikunjungi tidak kiralah dari penduduk setempat maupun pelancong dari Singapura. Selain Nasi Ayam, restoran ini juga terkenal dengan keenakan nasi beriani dan air sirap bandung specialnya. Tidak hairanlah jika ada pengunjung yang datang dari jauh semata-mata ingin melempiaskan hajat merasai  keenakan nasi ayam, nasi beriani dan air sirap bandung Tuan Haji Baser ini.


Kunjungan ita ke Kota Tinggi baru-baru ini tidak ita lepaskan untuk merasai Nasi Ayam yang sering menjadi lokasi pilihan ita setiap kali berkunjung ke daerah ini. Walaupun telah bersarapan dari rumah, ita tetap singgah juga supaya kata orang tidak kempunan atau teringat-ingat bila pulang ke rumah nanti..

Mungkin kedatangan ita pada waktu kemuncak, ketika warga Kota keluar untuk menikmati hidangan tengahari. Oleh kerana itu restoran penuh sesak dengan pelanggan hingga terpaksa tunggu giliran untuk mendapatkan tempat duduk.


Apa istimewanya makanan di sini?
Ita sukakan nasi ayamnya yang lembut, ayamnya yang rangup di luar tapi sangat lembut di dalam.
Kami hanya memesan menu kesukaan kami pada hari itu iaitu satu set hidangan nasi ayam bersama, sayur dan telur goreng. Terdapat bermacam-macam lagi yang boleh dipilih oleh pelanggan antaranya
dan minuman istimewa asam boi limau apple dan sirap bandung Johor Special

uikk.. ni kalau makan semua ada tersandar kekanyangan.. tak boleh nak drive balik dah ni..

Harga makanan di sini sangat berpatutan dengan harga semasa. Layanan juga alhamdulillah sedap mata memandang. Jika berkunjung di restoran beliau di Jalan Ibrahim Kota Tinggi ni, kemudahan tempat meletak kenderaan tiada masalah, ruang parking banyak dan tak perlu berebut-rebut. Mungkin sedikit masalah jika ke Restoran beliau di Jalan Niaga 3 kerana ruang letak kereta agak sukar kerana terpaksa berebut dengan pelanggan yang hendak singgah ke kedai lain yang berhampiran.


Restoran yang telah beroperasai semenjak tahun 1975 ini pernah di landa banjir pada tahun 2006. Namun peristiwa pilu itu sedikit pun tidak mematahkan semangat Tn. Haji Baser yang kerugian hampir beribu-ribu ringgit. Malah beliau bangkit semula dan kini perniagaan beliau terus dikenali malahan beliau telah membuka 5 cawangan  di sekitar Kota Tinggi dan yang paling dibanggakan apabila beliau telah berani menyahut cabaran membuka satu cawangan di luar Johor iaitu di Bandar Puteri Puchong Selangor.
Bangga ita melihat kejayaan anak Johor ini, ibarat kata perpatah di mana ada kemahuan disitu ada jalan. Jangan putus harap untuk terus mencuba!

Kepada yang teringin merasai keenakan Nasi Ayam Baser bersama sepinggan nasi beriani Johor sambil menikmati dinginnya air sirap bandung asli jangan lupa singgah di restoran Baser.


Jalan 5/1 Bandar Puteri 
Waktu perniagaan: 10 pagi ~ 11 malam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads