01 di labis - Google Blog Search |
DAP hadapi masalah <b>di</b> Johor,calon <b>di</b> Parlimen <b>Labis</b> tidak <b>...</b> Posted: 17 Apr 2013 03:00 PM PDT DAP mengumumkan barisan calonnya petang semalam bagi kesemua enam kawasan Parlimen dan 14 kerusi DUN di Johor, kecuali kerusi Parlimen Labis. Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, yang juga calon bagi Parlimen Gelang Patah, enggan mendedahkan sebab calon Labis itu tidak dinamakan. "Ia akan diumumkan tidak lama lagi," itu sahaja yang dikatakannya apabila ditanya "mengapa tidak ada nama calon" semasa majlis pengumuman calon DAP di Kulai. Ditanya sama ada bekas senator S Ramakrishnan akan dicalonkan di kubu kuat BN itu, Lim memberi jawapan yang sama. Selasa, nama tiga calon MCA Johor tidak diumumkan sehingga pagi ini disebabkan oleh pertelingkahan dalaman. BN mencalonkan timbalan menteri pertanian dan industri asas tani, Datuk Chua Tee Yong untuk mempertahankan Labis. Menurut Lim, rundingan dengan PKR berhubung kerusi di Johor telah selesai dan DAP akan bertanding enam kerusi Parlimen dan 14 kerusi negeri, walaupun DAP pada mulanya menuntut tujuh kerusi parlimen. Pada tahun 2008, DAP bertanding di enam kerusi Parlimen dan 12 DUN. Ditanya mengenai sasaran DAP Johor dalam pilihan raya umum 5 Mei depan, Pengerusi DAP negeri itu, Dr Boo Cheng Hau berkata ia berharap memenangi separuh daripada 14 kerusi DUN, tetapi dia tidak memberi apa-apa sasaran bagi kerusi Parlimen. Selain Labis, kejutan lain adalah calon untuk Pekan Nenas, Yeo Tun Siong. Lim enggan memberi penjelasan mengenai perubahan secara tiba-tiba itu, selain daripada mengatakan ia adalah berdasarkan "pertimbangan strategik" |
You are subscribed to email updates from di labis - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan