Sabtu, 27 April 2013

01 di lok heng - Google Blog Search

01 di lok heng - Google Blog Search


Breaking news: LIM KIT SIANG buat u-turn <b>di Gelang Patah</b>? | The <b>...</b>

Posted: 17 Apr 2013 09:07 AM PDT

April, 17: Khabar angin bertiup kencang LKS sedang menimbang keputusannya bertanding di Parlimen Gelang Patah untuk menentang MB Johor, DS Ghani Othman.

LKS sedar dia tidak akan mampu untuk menang tanpa sokongan bangsa Melayu yang dijangka tidak akan membenarkan LKS bertapak di Johor apa lagi selepas melihat keghairahan Singapura untuk membantunya.

LKS mempunyai dua hari lagi sebelum membuat keputusan muktamad.

Difahamkan beberapa kerusi DAP belum diisi bagi membolehkan LKS mengubah pendirian.

Addin: Petanda Ghani Othman Bakal Di Talkinkan <b>Di Gelang Patah</b>

Posted: 21 Apr 2013 06:50 PM PDT


Setelah Lim Kit Siang berjaya menawan perasaan Cina Johor malam tadi dalam satu perhimpunan di sini, jelas kelihatan beliau bermaksud untuk membantu menembusi populasi Melayu di negeri kelahiran Umno itu untuk Pakatan Rakyat (PR) dalam Pilihan Raya 2013.

Tidak seperti di negeri disebelah utara, parti pembangkang telah berkali-kali gagal untuk menang besar di negeri paling selatan Malaysia itu.

"Parti Melayu dalam pembangkang terpaksa bekerja keras untuk mendapatkan sokongan daripada komuniti Melayu di Johor, jadi kehadiran Kit Siang di selatan Johor terutamanya, telah mengubah situasi," kata Ibrahim Suffian, pengarah eksekutif Merdeka Center.

Penentangan Johor terhadap PAS dan PKR menurut Ibrahim, berkait dengan sejarah. Negeri yang independen itu sudah biasa menguruskan urusan sendiri lama dahulu dan ia merupakan negeri terakhir dimasukkan dalam pemerintahan penjajah Inggeris.

Ia telah mendirikan tembok agama yang kuat sehingga tidak memberikan ruang kepada rakan parti Islam dalam PR PAS untuk bertumbuh di Johor oleh kerana sekolah agama didanai dan diuruskan oleh kerajaan negeri. Sebagai tambahan menurut Ibrahim, PAS dilihat sebagai pengaruh dari utara.

Tetapi lima tahun selepas Pilihan Raya 2008, perubahan jelas sudah dirasakan di Johor.

Isu dibangkitkan oleh PR sepanjang beberapa tahun lalu sudah boleh diterima oleh golongan muda dengan melihat kepada reaksi ribuan yang berhimpun di tempat letak kereta terbuka Sutera Mall untuk mendengar Kit Siang, pengerusi DAP negeri Dr Boo Chang Hau dan naib presiden PAS yang merupakan calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nusajaya, Salahuddin Ayub untuk bercakap.

Anak kepada penasihat DAP itu dan penyandang Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng diberikan sambutan hangat termasuk dengan letupan mercun sebaik sahaja beliau tiba selepas 11 malam dari Kluang.

Dua ribu kerusi plastik berwarna merah yang disediakan berhampiran dengan pentas terbuka penuh dan ribuan lagi berdiri sepanjang empat jam program tersebut.

Lawan Kit Siang, calon BN Datuk Abdul Ghani Othman memulakan kempennya dengan kecil-kecilan dimana lebih kurang 400 orang dilaporkan hadir di programnya di Kangkar Pulai malam tadi.

Apa yang menarik dalam hadirin Cina yang bersemangat malam tadi adalah sejumlah keluarga hadir dengan tiga generasi.

Ramai memakai topi berbentuk maskot DAP burung kenyalang bernama "Ubah". Semua ini dijual di khemah yang terletak dipinggiran selain t-shirt partisan semua warna dengan pelbagai mesej seperti: Ubah Bersama Kit Siang 2.0 dan Ini Kalilah.

Seorang relawan wanita muda di salah satu meja di bawah khemah putih di sana, Jenni Sin berkata, ramai Cina Johor bekerja di Singapura dan berulang-alik setiap hari di Tambak Johor bukan kerana terpikat kepada republik itu, tetapi kerana boleh mendapat gaji yang lebih baik.

Mereka tidak gembira dengan politik Singapura dan merindui untuk bekerja di Malaysia dan menanggung keluarga, kata wanita berumur 27 tahun itu — mempunyai empat adik beradik, salah seorang yang berulang alik setiap hari ke Kota Singa dan menambah kesemua adik beradiknya enggan menjadi warganegara Singapura.

Cina Johor sedar mengenai kemungkinan perubahan yang mungkin menyebabkan impian mereka untuk masa depan lebih baik tercapai, bukan sahaja buat generasi mereka, tetapi anak-anak mereka, kata peniaga wanita yang bekerja di sini tidak seperti adik beradiknya.

"Bagi Du Du, ibunya akan lawan," kata Sin sambil menunjukkan gambar anaknya memegang kad bertulis dalam bahasa Cina, "Pulanglah untuk mengundi", yang dicetak di T-shirtnya

Ibrahim dari Merdeka Center mengatakan langkah DAP di Johor telah membangkitkan masyarakat Cina.

"Kit Siang bertanding di Gelang Patah dan mengetuai kempen DAP di Johor telah menyeronokkan komuniti Cina dan menunjukkan mereka serius untuk berkembang dan mendekati mereka," kata Ibrahim.

"Kehadiran Kit Siang dalam meningkatkan sokongan Cina untuk Pakatan telah membantu merapatkan jurang untuk parti-parti pembangkang bagi mencapai matlamat mereka," tambah beliau.

Ibrahim menambah Melayu di Johor tiada masalah tinggal bersama masyarakat Cina akan tetapi sentimen perkauman telah dieksploitasi oleh mereka yang berkuasa untuk menimbulkan ketakutan.

Tetapi ia adalah krisis dilihat dicetuskan oleh Pendaftar Pertubuhan yang enggan untuk mengiktiraf pemegang jawatan parti dipilih pada 48 jam sebelum hari penamaan calon semalam, secara tidak sengaja meningkatkan kempen PR di Johor untuk pilihan raya 5 Mei.

Tindakan pemimpin DAP mengumumkan secara terbuka mereka rela bertanding di bawah logo bulan PAS, walaupun terdapat perbezaan ideologi, membantu meyakinkan Melayu Johor bahawa DAP bukan "chauvinis", kata Ibrahim.

Zulkifli Mat Isa, 48 adalah diantara orang Melayu yang dilihat disebalik ribuan masyarakat Cina dalam ceramah malam tadi, membuktikan pemerhatian penganalisis yang berpengkalan di Kuala Lumpur itu.

Lelaki kelahiran Pulau Pinang yang kini merupakan pengundi Pasir Gudang memberitahu The Malaysian Insider, Melayu Johor sekarang sudah berubah pandangan.

"Kerana Lim Kit Siang. Dia bapak ketua menteri Pulau Pinang," kata Zulkifli.

"Dulu, orang ingat DAP cauvinis. Sekarang, dah tau. Kat Pulau Pinang, takde huru-hara pun," katanya mengenai huru-hara yang sering ditakutkan oleh pemimpin BN jika PR menang pilihan raya umum ke 13.

Pereka dalaman itu berkata sokongan Melayu Johor meningkat, walaupun mereka tidak secara terbuka seperti Cina; mereka menutup mulut tetapi membuka mata dan mendengar maklumat yang diperolehi atas talian.

"Sekarang, dah ubah. Kerana orang dah sedar. Anything but Umno," katanya.

Selain Zulkifli yang mengakui sebagai ahli PKR terdapat dua orang kawannya di Sutera Mall, mereka sebahagian daripada Melayu di sini malam tadi, termasuk empat anak muda di bawah bayang-bayang lori berhampiran dengan pentas utama.

Satu atau dua yang masih lagi kelihatan seperti remaja dilihat memakai pakaian DAP.

"Melayu pun sudah tahu. Dulu, orang tak berani pakai ini pun," katanya, tentang topi besbol DAP berwarna merah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads