Jumaat, 5 April 2013

01 di masai johor - Google Blog Search

01 di masai johor - Google Blog Search


My Rainbow...: Homestay <b>di</b> Kong Kong, <b>Masai</b> (<b>Johor</b>) Untuk Kaki <b>...</b>

Posted: 02 Apr 2013 09:46 PM PDT

Assalamualaikum.....

Last week kita ada onform yang kita ada weekend getaway kan. Sesiapa yang skip, bolehlah intai2 kat SINI yer.

Macam mana nak cerita yer...

Memang tujuan family kami adalah untuk enjoy memancing. Meaning, yang lelaki lah. Yang wanita, of course dok lepak2, masak2 dan makan2 kan....

So, lokasi kali ini adalah pilihan kaki pancing juga iaitu hubby sendiri.

So, bila dah kata untuk memancing, kita perlu ingatkan pembaca bahawa homestay ini BUKAN untuk luxury atau bermewah2. Memang jauh dari itu. Sebaliknya, homestay ini sangat humble. Sangat down to earth. Sangat basic.

And homestay nie memang betul2 dalam kampung nelayan di Kong Kong tu. So, untuk masuk ke rumah nie, anda perlu berjalan di celah2 rumah nelayan yang lain. Sangat back to basic of life.

Tak akan jumpa rumah yang ada air cond, lantai tiles dan bumbung rumah banglo. Tak akan.

So, untuk sesiapa yang dah biasa dengan kehidupan serba selesa dan mewah di bandar, anda pasti tak akan tahan tinggal di sini.

Berlainan dengan kami.

Kami berasal dari kampung. Dah biasa membesar dengan persekitaran di kelilingi oleh alam semulajadi. Dah biasa tidur di bawah atap zink dan di hembus bayu dari kipas duduk atau kipas diri. Tak ada kipas yang kat siling pun dulu.

So, bila kami masuk ke homestay ini, kami betul2 gembira dan excited. Sangat2 selesa untuk kami. Rasa macam kembali ke zaman dulu2 di masa kecil. Dengan lantai kayu dan papan yang ditutup dengan tikar getah, dinding daripada papan, serta bumbung zink; betul2 membuatkan kami rasa seperti di rumah sendiri serta merta. Walaupun sekarang kami semua dah tinggal dalam rumah yang lebih selesa, namun keselesaan homestay ini memang tidak boleh dibandingkan. surprisingly, hubby yang memang membesar sebagai city boy pun langsung rasa tak kekok di sini. Selesa jer hubby tidur atas lantai.  Mari sambung dengan penceritaan bergambar.


 Ini adalah ruang tamunya. Tak lah luas, tapi kalau bentang toto dan tilam, bolehlah 6 orang tidur kat sini.Tengok kusyennya. Macam zaman dulu dengan tikar getah tu kan. Memang kami terus buat macam rumah sendiri. Lepak2, sembang2.... Sebelah kanannya ialah ruang ke balkoni yang menghala terus ke laut. Sebelah kiri ialah ruang bilik dan dapur...
Ini master bedroom. Sebenarnya ini satu jerlah bed room yang ada. Queen size bed dan semuanya sangat selesa. 
Ini pula adalah single bed yang ada di laluan antara dapur ke ruang tamu. Masa kami tiba, ada extra mattress sampai 4. Kami pula ada bawa extra tilam dan bantal. Sampai tak terpakai2 jadinya. 


Inilah rumahnya. Ini hadapan rumah yang menghadap terus ke laut. Masa nie laut surut, so air kering lah. Titi ke atas rumah tu, ada roda di bawahnya. So, bila air pasang, titi tu akan jadi rata dan kurang condongnya mengikut ketinggian air pasang tu. Tiang rumah daripada kayu bakau yang memang terkenal tahan lasak sehinggakan menjadi penampung ombak tsunami.
 Ini pula adalah rumah rakit kepunyaan owner homestay ini sendiri. Ianya bersambung secara terus dengan homestay itu dan menempatkan bot memancing. Sebenarnya, rumah rakit nie memang sangat menarik. Sangat2 menarik. Kejap lagi kita explain.

Ini pula pandangan dari balkoni homestay ke laut dan terus ke rumah rakit. Lady yang berbaju biru tu, adik ipar kita, Molinda. So, nampak tak hubungan rumah dan rumah rakit? Ok, jom masuk rumah rakit. 



Inilah rumah rakitnya. Ada pangkin kat atas tu, yang mana bahagian bawah tu adalah untuk menyimpan bot. Tapi masa ni bot tak adalah sebab dah keluar bawa kaki2 pancing kami.  Siap ada elektrik, ada tv dan washing machine tau, rumah rakit nie.
Ini masih rumah rakit itu. Sebelah kanan, di sebalik dinding switch elektrik tu ialah sebuah bilik tidur. Kepunyaan owner lah kan. Untuk rehat2 dan bersedia untuk memancing.

Owh, duduk di rumah rakit nie, waktu petang sambil membaca memang sangat mengkhayalkan. Langsung tak sedar masa yang berlalu. Rumah rakit nie, floats. So, kita terasa macam beralun2, dibuai2 jer. Aduh, kalau bawa bantal, sure lena lah.... Lembuttt jer alunannya.

So, ada sesiapa yang berani nak pulang ke alam semulajadi? Atau ada sesiapa yang nak adventure sikit, bolehlah cuba homestay ni. Kita macam biasa, menceritakan secara telus pengalaman dan review kita tentang tempat ini.

Kalau ada yang berkenan, bolehlah hubungi ownernya iaitu Encik Haffas di talian 019-7774583.

En Haffas nie, Subhanallah...baikk sangat. Sangat sempoi and very humble. Walaupun menyandang jawatan yang tinggi di syarikat kerjanya, namun perwatakannya langsung tidak menggambarkan begitu.

Oh, kita akan ceritakan pula tentang aktiviti2 kami di sini nanti... Esoklah yer...Insya Allah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads