Khabarkini: Guru Tiga Beranak Nahas Maut <b>Di Mersing</b> Posted: 25 Apr 2013 01:35 AM PDT MERSING - Tiga beranak maut manakala seorang lagi parah selepas kereta jenis Proton Iswara Aeroback yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori tunda dalam kemalangan ngeri di Kilometer 33 Jalan Mersing-Kota Tinggi dekat sini semalam. Kejadian pukul 4 petang itu mengakibatkan seorang guru, Abd. Razak Pid, 43, dan dua anaknya, Adibah Taqqiah, 14; dan A'fiqah Ihsanniah, 11, maut di tempat kejadian. Seorang lagi anak Abd. Razak, Alimulhilmi, 9, cedera ringan dan kini dirawat di Hospital Mersing. Difahamkan, sebelum kejadian empat beranak tersebut dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Taman Sri Pantai di sini dari Johor Bahru selepas selesai berkursus. Jarak antara dua tempat itu kira-kira 125 kilometer. Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Superintendan Zulkiple Hashim berkata, sebelum kejadian, dia sedang mengawal lalu lintas tidak jauh dari tempat kejadian bagi menyambut kedatangan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail Sultan Iskandar ke sini. Katanya, ketika bertugas dalam keadaan hujan lebat, dia terdengar bunyi dentuman kuat tidak jauh dari tempat dia berkawal sebelum bergegas ke situ. - Kosmo! Laporan myMetro: "Kali terakhir saya bertemu empat mangsa tiga hari lalu, apabila arwah anak membawakan nasi dan tomyam untuk makan malam bersama sebelum memberitahu mereka semua akan ke Johor Bahru. "Bagaimanapun, saya tidak menyangka itu kali terakhir saya menemui arwah anak dan dua daripada tiga anaknya sebelum mereka terbunuh dalam kemalangan," kata Noriyah Imman, 79, ibu Guru Penolong Kanan Sekolah Menengah Kebangsaan Anjung Batu, Abd Razak Pid, 44, yang maut bersama dua anaknya dalam kemalangan di Kilometer 33 Jalan Mersing-Kota Tinggi, di sini, petang semalam. Dalam kejadian jam 4 petang itu, Proton Iswara dipandu Abd Razak bersama tiga anaknya, Adibah Taqqiah, 14, Afiqah Ihsanniah, 11 dan Alimul Helmi, 9, dalam perjalanan pulang dari Johor Bahru ke Mersing sebelum dipercayai hilang kawalan lalu bertembung sebuah trak tunda. Akibat pertembungan itu, Abd Razak yang juga duda, Adibah dan Afiqah meninggal dunia di tempat kejadian manakala Alimul Helmi patah tangan kanan dan dikejarkan ke Hospital Mersing untuk mendapatkan rawatan kecemasan. "Saya tidak sangka itu makan malam terakhir kami ketika dia datang ke rumah saya di Taman Sri Pantai, dekat sini, sebelum mereka maut dalam kemalangan itu. Ketika itu, arwah anak hanya memaklumkan akan ke Johor Bahru untuk menghadiri kursus ditemani tiga anaknya itu. Laporan Berita Harian 26.4.2013
Suasana pilu menyelubungi Tanah Perkuburan Islam Mersing, di sini, apabila jenazah tiga beranak yang maut dalam kemalangan petang kelmarin dikebumikan dalam satu liang lahad, pagi semalam. Jenazah guru, Abd Razak Pid, 44, bersama dua anak perempuannya, Adibah Taqqirah, 14 dan Afiqah Ihsanniah, 11, dikebumikan kira-kira jam 9 pagi, dalam suasana pilu dengan kehadiran sanak-saudara, guru, pelajar dan kenalan mangsa. Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang di Kilometer 33 Jalan Mersing-Kota Tinggi, petang kelmarin, mangsa bersama dua anaknya itu terbunuh selepas kereta mereka bertembung dengan sebuah trak tunda. Seorang lagi anak mangsa, Alimul Helmi, 9, yang cedera parah kini menerima rawatan di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru selepas dipindahkan dari Hospital Mersing. Terdahulu, jenazah tiga beranak itu disembahyangkan di Masjid Taman Sri Mersing dengan kehadiran lebih 700 orang, termasuk pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Anjung Batu dan kakitangan Pejabat Pelajaran Daerah serta penduduk setempat. Abang mangsa, Sadon Pid, 47, mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menziarahi dan membantu sehingga jenazah adiknya dan dua anak saudaranya selamat dikebumikan. Meskipun bersedih, keluarga kami reda dengan tragedi yang menimpa. Saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang tampil membantu sehingga jenazah selamat dikebumikan pagi ini (semalam), katanya. - Berita Harian |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan