01 di muar - Google Blog Search |
Macam Macam Ada: 150 pekerja mengganas <b>di Muar</b> Posted: 10 Mar 2013 05:56 PM PDT 10 Mac 2013 Kejadian sekitar jam 3 petang itu dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati pekerja terbabit terhadap pengurusan kilang kerana menangguh pelaksanaan penetapan had gaji minimum yang dijadualkan berkuat kuasa sejak Januari lalu. Saksi kejadian yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad, 33, berkata, keadaan menjadi lebih kecoh apabila 20 pekerja kilang terbabit secara tiba-tiba memasuki pejabat dan menarik keluar pengurus pengeluaran. Menurutnya, tindakan pekerja terbabit disedari tiga penyelia kilang yang kemudiannya cuba membantu pengurus berkenaan, tetapi dihalang dan mereka dikasari dengan beberapa tumbukan dan sepakan. "Keadaan menjadi sedikit tidak terkawal apabila sebahagian daripada mereka membaling batu pada tingkap menyebabkan banyak kaca tingkap pecah dan bertaburan. "Pihak pengurusan ada cuba untuk memujuk mereka supaya berhenti daripada terus mengasari pengurus itu, tetapi tidak berjaya malah suasana menjadi lebih tegang," katanya. Katanya, keadaan itu memaksa pihak pengurusan menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan dan apabila pihak berkuasa tiba, keadaan kembali menjadi terkawal dan pekerja terbabit bersurai. Akibat daripada keganasan pekerja terbabit, pengurus dan penyelia kilang itu yang berusia lingkungan 30an mengalami kecederaan ringan serta lebam pada bahagian muka dan sudah mendapatkan rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) selain membuat laporan di balai polis berhampiran. Usaha Sinar Harian untuk menemu bual dan mendapatkan penjelasan pihak pengurusan kilang berkenaan tidak berjaya, namun mengakui mahu menyelesaikan masalah itu secara dalaman. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan mengakui pihaknya ada menerima laporan berhubung kes itu. "Polis akan tahan mereka yang terlibat untuk siasatan lanjut dan kes disiasat ikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh," katanya. ~ Admin :- Pendatang Asing pulak Buat Kacau..kena pantau segera nie..jgn jadi mcm tahun 1996 di Johor juga..Admin hampir hampir nak turun Johor time tu atas permintaan pertolongan kawan kawan di sana.. |
You are subscribed to email updates from di muar - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan