Sabtu, 27 April 2013

01 di pagoh - Google Blog Search

01 di pagoh - Google Blog Search

Lagi samseng Umno ganggu ceramah Izzah <b>di Pagoh</b> <b>...</b>

Posted: 17 Jul 2012 02:09 AM PDT

PAGOH 17 Julai: Kemaraan Pakatan Rakyat (Pakatan) ke Johor tidak mampu dibendung oleh Umno BN. Buktinya pada ceramah dihadiri Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar di Felda Pagoh malam tadi turut diganggu sekumpulan samseng Umno.

Mereka yang memakai baju Umno dan Jati termasuk kanak-kanak diupah membuat provokasi dengan mengibarkan bendera serta menyanyikan lagu Umno semasa ceramah berlangsung.

Kumpulan itu turut melaungkan sorakan 'tibai' dan 'liwat', malah kain rentang yang tertulis "PKR tiada di hati kami, hanya Umno di hati kami dan jangan ganggu kawasan kami" juga dikibar.

Provokasi menjadi lebih panas sebaik Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai mengambil tempat untuk berucap. Bagaimanapun, gangguan berjaya dihalang oleh petugas Unit Amal.

Dalam ucapannya, Izzah meminta hadirin tidak takut dengan provokasi murahan Umno itu.

"Saya minta agar rakyat tidak perlu takut dengan provokasi murahan kerana kejadian ini sering berlaku apabila Pakatan Rakyat mengadakan ceramah. Umno jangan ingat negara ini milik mereka…Negara ini kepunyaan rakyat, jadi suara rakyat seharusnya dihormati.

"Pimpinan Umno sewajarnya mendidik penyokong mereka agar menghormati majlis orang. Jika tidak suka seseorang atau tidak suka parti Pembangkang, mereka seharusnya tidak menghina, mengaib orang lain kerana Islam tidak ajar kita buat demikian," tegas Izzah.

Beliau juga mengajak seluruh rakyat Johor membuat perubahan pada PRU13 nanti.

"Di Selangor, pelbagai kejayaan dikecapi dalam tempoh empat tahun Pakatan memerintah.

"Rakyat Selangor bagi warga emas 60 tahun ke atas menerima Skim Mesra Usia Emas (SMUE) sebanyak RM2,500, sumbangan tersebut diberikan kepada waris apabila ibubapa mereka meninggal dunia untuk urusan jenazah, kenduri dan sebagainya.

"Bantuan Pendidikan sebanyak RM1,000 bagi pelajar yang dapat melanjutkan pengajian ke IPT dan pelbagai lagi inisiatif yang diberikan untuk kesenangan semua rakyat Selangor," jelas Izzah.

Beliau berkata, Pembangkang akan menunaikan segala janji apabila berjaya memenangi pilihan raya nanti.

"Sekiranya kita berjaya tawan Putrajaya PRU13 nanti, pendidikan percuma akan diberikan kepada semua mahasiswa, tol akan dihapuskan, gaji minima RM1,100 dan harga petrol diturunkan.

"Kita harap rakyat Johor buat perubahan besar dengan menolak kezaliman Umno yang memerintah lebih dari 50 tahun, amalan rasuah dengan pemberian pelbagai kemewahan kepada kroni dan rakyat yang terus tertindas harus dihentikan," kata beliau.

Sebelum ini, ceramah Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pekah Kuah, Langkawi turut diganggu samseng upahan Umno dan berjaya ditangkap oleh Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Kedah, Angah Habib.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=32936

METAL ROCK WORLD: BANYAK NI JE PENYOKONG PAKATAN <b>DI</b> <b>...</b>

Posted: 24 Apr 2013 03:00 AM PDT

Tan Sri Mahyuddin Yassin  terus mendapat sokongan padu daripada lebih 2000 penyokongnya yang berarak ke pusat penamaan calon di Kompleks Sukan Pagoh. Tan Sri Mahyuddin Yassin bersama calon DUN  JORAK (N.08) Datuk Dr Shahrudin bin Md Salleh dan calon DUN BUKIT SERAMPANG (N.07) Haji Ismail Mohamad telah tiba ke pusat penamaan calon tepat puku l 9.00 pagi bersama lebih 2000 penyokong BARISAN NASIONAL.
Teriakan penyokong BARISAN NASIONAL telah menenggelamkan bunyi suara penyokong PKR dan PAS. Walaupon Tan Sri Muhyiddin Yassin telah di ejek oleh penyokong PKR dan PAS Tan Sri Muhyiddin tetap melambai tangan kea rah penyokong pakatan. Sorakan demi sorakan dan nyanyian pelbagai lagu semangat dari penyokong BARISAN NASIONAL selama 2 jam lebih telah 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads