Rabu, 3 April 2013

01 di pasir gudang - Google Blog Search

01 di pasir gudang - Google Blog Search


50000 orang anak muda peenuhi stadium <b>di pasir</b> - Tun_Telanai

Posted: 06 Mar 2013 05:37 AM PST



ANAK-ANAK MUDA JOHOR SUDAH MULA TOLAK UMNO!!!!!!

Rakaman gambar sebagai bukti berbicara bukan cerita pakai air liur basi punya.

Utusan dok kelentong satu dunia kata melebehi 5,000 anak muda hadir hakikatnya.. sekitar 500 orang saja walau pun siap ada kugiran dan konsert lagi..Baju T percuma dengan disediakan makanan nasi bungkus dan minuman air mineral.

Parlimen Pasir Gudang Ins'ya Allah bakal tumbang ketangan Pakatan rakyat.. Ini disebabkan janji MB Johor pasal nak beri geran tanah dah 25 tahun masih tergantung tidak bertali.

Ini kali rakyat Johor akan ajar para pemimpin UMNO yang kurang ajar kepada rakyat Johor.  Layan rakyat Johor macam warga bangsat.

Jangan UMNO ingat dan berangan-angan Johor sebagai kubu kuat UMNO dan deposit tetap pada PRU 13 akan datang.

Rakyat sudah bijak menilai.. UMNO bakal berlayar jauh dari Johor.

UMNO Online - BN Sambut Hasrat Kit Siang Cuba Nasib <b>Di Pasir</b> <b>...</b>

Posted: 28 Mar 2013 03:50 AM PDT

Kategori Dari Bahagian

BN Sambut Hasrat Kit Siang Cuba Nasib Di Pasir Gudang

PASIR GUDANG, 28 Mac –  Barisan Nasional (BN) Pasir Gudang tidak gentar jika veteran DAP Lim Kit Siang mahu bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Jaya pada pilihan raya umum ke-13 ini.

Malah kata Pengerusinya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, mereka mengalu-alukan Lim bertanding di situ jika penasihat DAP itu sanggup menerima malu ditolak pengundi kawasan Parlimen Pasir Gudang.

"BN Pasir Gudang akan jadikan keputusan Lim (bertanding di DUN Johor Jaya)sebagai pecaturan paling tidak tepat yang pernah dibuatnya," katanya  di sini, hari ini.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang diminta mengulas mengenai desas-desus Lim sedang 'mengintai' kerusi DUN Johor Jaya yang terletak dalam kawasan Parlimen Pasir Gudang, selain bertanding di kerusi Parlimen Gelang Patah.

Kerusi DUN Johor Jaya disandang Tan Cher Puk daripada MCA yang mengatasi Md Nasir Ab Wahab (Parti Rakyat Malaysia) dengan majoriti 10,488 undi pada pilihan raya umum 2008.

Mengenai kenyataan Anggota Parlimen Ipoh Timur itu bahawa pakatan pembangkang yakin akan merampas kerusi Parlimen Gelang Patah, Johor Baharu dan Pasir Gudang, Mohamed Khaled berkata itu hanya 'cakap-cakap' bagi melemahkan semangat BN.

"Rakyat pun tahu siapa sebenarnya juara mereka dan kita mempunyai hubungan yang rapat dengan masyarakat berbanding pembangkang yang hanya pandai mengambil kesempatan," katanya.

Lim dalam ceramahnya di Taman Desa Harmoni di sini malam semalam, berkata pakatan pembangkang mampu menawan semua kerusi termasuk kerusi DUN di bawah ketiga-tiga kawasan parlimen itu.

Berita Bertarikh Pada 28 March 2013 6:50 PM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads