Rabu, 10 April 2013

01 di pengerang - Google Blog Search

01 di pengerang - Google Blog Search


BLOG JOHOR: 01 <b>di pengerang</b> - Google Blog Search

Posted: 17 Mar 2013 03:55 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

IdaMan: Ugutan Bunuh NGO <b>Pengerang</b>, Laporan Polis Telah <b>Di</b> Buat

Posted: 15 Feb 2013 12:00 AM PST

Pengerusi Gabungan NGO Pengerang, Anis Afida Mohd Azli menemui sebuah batu nisan tergantung di pagar rumahnya

Beberapa ahli jawatankuasa Gabungan NGO Pengerang telah menerima batu nisan yang tertera nama mereka pada pagi semalam ekoran penentangan mereka terhadap Projek Pembangunan Kompleks Bersepadu Petroleum Pengerang (PIPC) di Pengerang.

Menurut pengerusi Gabungan NGO Pengerang, Anis Afida Mohd Azli, beliau menemui sebuah batu nisan tergantung di pagar rumahnya dengan maklumat seperti berikut:

Al-Fatihah
Anis Afida Binti Mohd Azli
Lahir Pada 25 April 1988
Kembali Ke Rahmatullah Pada Hari Jumaat
15 FEB 2013
Bersamaan 4 Rabiulakhir 1434
Amin

Gabungan NGO Pengerang merupakan antara NGO yang menentang projek PIPC sejak awal tahun lalu. NGO tersebut turut disokong oleh parti komponen Pakatan Rakyat.

Projek ini ialah projek kedua terbesar di Johor selepas projek Rapid di Johor yang bertujuan untuk membina rangkaian pengedaran gas dan minyak.

"Pada hemat saya, perbuatan ini lebih kepada ugutan bunuh. Hal ini kerana batu nisan adalah tanda perkuburan yang lebih sinonim untuk individu yang telah meninggal dunia," kata Anis dalam satu kenyataan media hari ini.

Selain Anis, seorang penduduk Pengerang yang dikenali sebagai Yahaya Maspie dan setiausaha cabang PKR Pengerang Taufik Tahir turut menerima ugutan sama.

Batu nisan untuk Taufik telah dihantar ke bilik gerakan PKR Pengerang di Kampung Teluk Ramunia.

Ekoran itu, satu laporan polis telah dipanjangkan kepada bahagian siasatan jenayah Ibu Pejabat Daerah Kota Tinggi dan Ibu Pejabat Kontinjen Johor.

Sementara itu Anis turut menegaskan bahawa ugutan bunuh yang diterimanya tidak menggentarkan beliau dari pada meneruskan perjuangannya.~ fmt

Terima batu nisan <b>di</b> pagar rumah, NGO <b>Pengerang</b> diugut bunuh <b>...</b>

Posted: 23 Feb 2013 10:47 PM PST

JOHOR 24 FEB: Pengerusi Gabungan NGO Pengerang, Anis Afida Mohd Azli berdepan ugutan bunuh apabila satu batu nisan digantung di pagar rumahnya di Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor.

Anis menyedari perkara itu ketika keluar dari rumah pagi tadi dan segera memberitahu ahli keluarganya.

Sebelum itu, katanya, beliau menerima panggilan daripada dua rakan dalam gabungan NGO berkenan memaklumkan mereka menerima batu nisan.

421476_342804922494712_2021898565_n"Saya keluar rumah, saya nampak batu nisan tergantung di pagar rumah.

"Saya tak terkejut sangat sebab sudah terima panggilan dari dua orang rakan saya memberitahu hal yang sama," katanya dipetik Harakah Daily hari ini.

Batu nisan itu lengkap bertulis nama Anis dan tarikh kematian pada 15 Februari 2013.

Ekoran itu, Anis akan membuat laporan polis di Balai Polis Bandar Penawar bersama dua lagi rakannya itu.

"Saya tak tuduh sesiapa cuma saya dalam perjalanan ke balai polis untuk buat laporan dan saya serah kepada polis untuk buat siasatan," katanya yang juga Timbalan Pengerusi Ameerah Zon Selatan.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=45828

mayat sedalam 15 inci <b>di Pengerang</b>,Johor? - Akak dibalik pintu

Posted: 01 Jan 2013 12:03 AM PST

Terkejut bila saya baca kenyataan disebuah blog tentang kejadian ini..

Ini kisahnya:

Untuk pengetahuan, pendedahan yang saya buat mengenai kerja2 mengorek kubur dan memindah mayat berlaku di Tanah Perkuburan Islam Kg Jawa Laut, Kg Jawa Darat dan Kg Sebong yang terletak di Parlimen Pengerang.



Ahli Parlimennya ialah Dato' Seri Azalina Othman Said, juga Ketua Umno Bahagian Pengerang.

Lesen untuk menggali semula mayat di bawah Seksyen 10(B) Enakmen Perkuburan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor dikeluarkan kepada PIJ Holdings Sdn Bhd.


Mengikut kenyataan Penolong Pengarah Wakaf, Majlis Agama Islam Johor, Mustapahayuddin Abd Halim, syarat yang perlu dipatuhi untuk tapak tanah kubur yang baru ialah samada ia mesti lebih luas daripada tapak yang hendak diambil atau nilai tanah tapak kubur baru itu mesti lebih tinggi daripada tapak sedia ada atau kedua2nya.

Realiti sebenarnya sangat menyedihkan. Tapak baru seperti dlm lesen di Plot PTD 54492, Punggai, becak, bergenang air dan tanah lembik. Mayat yang di tanam pula hanya kedalaman 15 inci sahaja!

Ia diukur sendiri oleh Skuad Pemantau Ngo Pengerang yg diketuai sdr Zaaba.

Kerja pemindahan yang sepatutnya dipantau hingga selesai oleh Pihak Berkuasa Agama, Jabatan Kesihatan, Polis, Ketua Kampung dan Imam terbabit telah tidak dilakukan.

Skuad pemantau telah menegur secara baik kontraktor terbabit, namun jawaban balas sangat menyedihkan. Langsung tiada sensitiviti agama!

Laporan polis dibuat pada 25 Dis lalu di Balai Polis Sg Rengit dan aduan juga dilakukan kpd Pihak Berkuasa Agama agar kerja2 mengorek dan memindah mayat2 dihentikan serta merta!

Susulan dari episod menyedihkan ini, 4 Jan ini, saya akan mengiringi deligasi penduduk Pengerang dan Ngo2 untuk menyerahkan memorandum bantahan kepada Mufti Johor. Kami mohon penjelasan dan tindakan segera dari pihak Mufti.

Dakwa kontraktor itu kubur tanpa waris. Skuad Pemantau akan menyegerakan referandum menjejaki waris2 semua 11 tanah perkuburan Islam di kampung2 yg terlibat. Kita akan dedah pembohongan Kontraktor dan membuat gesaan agar hentikan samasekali kerja gila mengorek dan memindah semua Tanah Perkuburan!

Kita yakin majoriti waris tidak akan setuju kubur dan mayat keluarga mereka diperlaku demikian.

Rakyat boleh nilai sendiri, macamana akhlak Kerajaan Johor mengurus mayat2 tersebut. Adakah mereka boleh berlepas tangan?

Sumber: sisibukit.blogspot.com


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads