01 di pengerang - Google Blog Search |
Haram Undi Dayangku Intan <b>Di Pengerang</b> | kedah69ers Posted: 18 Apr 2013 07:07 PM PDT Rakyat mahukan pemimpin yang berwibawa bukannya bekas penyanyi untuk meneraju rakyat. Pakatan haram memang telah membuktikan betapa hampeh nya mereka dalam mentadbir. Sekarang mereka telah menukar arena politik sebagai arena hiburan kedua semata-mata untuk menutup kebangsatan pentadbiran mereka. Bekas penyanyi popular era 80-an Dayangku Intan yang dah tak laku lagi "recycle" sebagai calon PKR di Parlimen Pengerang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Pengesahan itu dibuat Ketua Cabang PKR Pengerang, Mat Daud sekaligus, bekas penyanyi dengan nama sebenarnya Dayangku Intan Tengku Abdul Hamid bakal bertemu dengan calon dari Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Azalina Othman Said.
Beliau yang sudah mula menetap di Pengerang di sebuah chalet di Pengerang sejak 14 April lalu menerima surat watikah pencalonan daripada pucuk kepimpinan bagi kerusi Parlimen Pengerang di Kuala Lumpur semalam. Dalam tempoh seminggu ini mereka sudah giat bergerak mengedarkan risalah, dalam masa sama berkempen sekali untuk memperkenalkan Dayangku Intan kepada penduduk sekitar Sungai Rengit. Malah bagi memperkenalkan lagi beliau kepada penduduk, mereka juga telah menggunakan poster gambar beliau yang ditampal pada kenderaan bagi berkempen. Difahamkan Dayangku Intan juga telah mula menetap. Dayangku Intan memang tidak berpengetahuan dalam pentadbiran malahan beliau bukan seorang berkelulusan tinggi maka kata-katanya memang mencerminkan dirinya. "Saya tak sangka negeri yang terkenal sebagai sebuah negeri yang kaya-raya(Johor), pesat membangun rupa-rupanya indah khabar dari rupa," ujar artis Dayangku Intan kepada HaraMkah. Katanya, rakyat negeri itu walaupun kawasan bandar hidup mereka begitu dhaif, lebih miskin dari masyarakat Kelantan. "Saya heran media dan pemimpin BN dok kutuk Kelantan kononnya negeri itu dikatakan miskin, rakyat susah, tetapi sepanjang tiga minggu Intan di beberapa kawasan di negeri ini, sebenarnya indah khabar dari rupa. "Negeri kaya, kaya dengan rasuah nak buat apa, tentu tak berkat,"ujarnya. Menurutnya, dengan pendapatan RM150 sebulan sumbangan kerajaan negeri, mana mencukupi untuk mereka menyara hidup sebulan, apa lagi dengan harga barangan keperluan semakin tinggi. Sambungnya, berlainan Kelantan negeri miskin tetapi rakyatnya kaya raya kerana keberkatan pemimpinnya yang berlandaskan Islam disamping menjaga harta rakyat. Sedar atau tidak wahai Dayang bahawa begitu ramai rakyat Kelantan terpaksa berhijrah demi mencari rezeki kerana teruk dan bangsatnya pentadbiran PAS Kelantan. Sedar atau tidak kadar aids yang tertinggi adalah di Kelantan. Sedar atau tidak pusat pelacuran hanya 500meter dari ofis Nik Aziz. Namun kita memang tahu kebodohan Dayangku Intan. Dia bukannya tau apa-apa, sekadar baca skrip sahaja. |
JALAN PULANG: PECAH BERITA! Penyanyi TERKENAL Dayangku <b>...</b> Posted: 18 Apr 2013 06:14 PM PDT Nampaknya golongan artis tempatan mula mendapat tempat dalam arena politik negara apabila seorang lagi dicalonkan untuk bertanding kerusi parlimen di selatan tanah air. Penyanyi terkenal era 80-an, Dayangku Intan Tengku Abdul Hamid sah dicalonkan untuk bertanding di parlimen Pengerang menentang BEKAS menteri pelancongan, Azalina Othman Said selaku BEKAS penyandang. Pengesahan itu dibuat Ketua Cabang KEADILAN Pengerang, Mat Daud dalam satu sidang media semalam. Dayangku Intan dijangka akan memberikan tentangan sengit walaupun sebelum ini dikhabarkan akan bertanding di parlimen Pontian menghadapi cabaran ketua penerangan Umno, Ahmad Maslan. Menurutnya, Dayangku Intan yang sudah mula menetap di Pengerang menerima surat watikah pencalonan daripada pucuk kepimpinan bagi kerusi parlimen itu di Kuala Lumpur semalam. Beliau berkata, pihaknya juga sudah melakukan kempen bersama-sama Dayangku Intan bagi memperkenalkan calon parlimen itu kepada penduduk di sekitar Sungai Rengit. "Dalam tempoh seminggu ini kita sudah giat bergerak mengedarkan risalah, dalam masa sama kita berkempen sekali untuk memperkenalkan Dayangku Intan kepada penduduk sekitar sini. "Setakat ini penduduk sama ada Melayu ataupun Cina menerima baik kehadiran beliau, malah kita juga menerima respons yang positif daripada masyarakat setempat. "Malah bagi memperkenalkan lagi beliau kepada penduduk, kita juga telah menggunakan poster gambar beliau yang ditampal pada kenderaan bagi berkempen," katanya. Difahamkan Dayangku Intan juga telah mula menetap di sebuah chalet di Pengerang sejak 14 April lalu. Ketika mengulas mengenai calon bagi kerusi DUN Tanjung Surat, Mat Daud berkata, hingga kini masih belum ada nama rasmi yang dipilih oleh pihak kepimpinan. Bagaimanapun katanya, Ketua Ranting KEADILAN Sungai Rengit, Hasnul Ahmad adalah antara nama yang dikhabarkan akan bertanding bagi kerusi tersebut. "Kita berharap pada kali ini kita dapat mengubah kepada sebuah kerajaan yang baru," katanya. Azalina yang dicalonkan semula di saat-saat akhir oleh suami BEKAS perdana menteri, Rosmah Mansor setelah Mahathir terbang ke London mewakili negara ke upacara pengebumian bekas perdana menteri Britain, Margaret Tatcher dijangka sudah bersedia mempertahankan bekas kerusinya buat penggal ketiga berturut-turut. Dayangku Intan yang juga pengerusi biro kesenian KEADILAN berkata beliau akan memastikan kebajikan penduduk Pengerang sentiasa terpelihara dan berusaha supaya projek berbahaya kilang RAPID dikaji semula atau dihentikan. Penyanyi yang berasal dari Johor ini sudah banyak mencipta nama di zaman kegemilangannya termasuk mencungkil bakat baru seperti Erra Fazira hingga berjaya selaku antara primadona filem negara. Seorang lagi bekas artis terkenal, Wan Aishah Wan Ariffin dari PAS pula sudah sah diumumkan bertanding di parlimen Jempol menentang BEKAS menteri besar Negeri Sembilan, Isa Samad. Inilah senarai terbaru calon Pakatan Rakyat setelah dikemaskini jam 9 pagi tadi. JALAN PULANG SENARAI TERKINI CALON PAKATAN RAKYAT (Dikemaskini 19 Apr 2013 - 0900 hrs) Perlis Indera Kayangan (3 kerusi) P 001 - Padang Besar - Azamhari Mahmood (PAS) Kedah Darul Aman (15 kerusi) P 004 - Langkawi - Ahmad Abdullah (KEADILAN) Kelantan Darul Naim (14 kerusi) P 019 - Tumpat - Kamaruddin Jaffar (PAS - penyandang) Terengganu Darul Iman (8 kerusi) P 033 - Besut - Riduan Mohd Noor (PAS) Pulau Pinang Pulau Mutiara (11 kerusi) P 041 - Kepala Batas - Afnan Hamimi Taib Azamudden (PAS) Perak Darul Ridzuan (24 kerusi) P 054 - Gerik - Norhayati Kassim (PAS) Pahang Darul Makmur (14 kerusi) P 078 - Cameron Highlands - M Manogaran (DAP - bertukar dari parlimen Teluk Intan) Selangor Darul Ehsan (26 kerusi) P 092 - Sabak Bernam - Dr Abdul Aziz Bari (KEADILAN) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan (13 kerusi) P 114 - Kepong - Dr Tan Seng Giaw (DAP - penyandang) Negeri Sembilan Darul Khusus (8 kerusi) P 126 - Jelebu - Aiman Athirah Al-Jundi (PAS) Melaka Darul Azim (6 kerusi) P 134 - Masjid Tanah - Mohd Nasaie Ismail (PAS) Johor Darul Takzim (26 kerusi) P 140 - Segamat - Dr Chua Jui Meng (KEADILAN) Sabah Negeri Di Bawah Bayu (25 kerusi) P 167 - Kudat - Rahimah Majid (KEADILAN) Sarawak Bumi Kenyalang (31 kerusi) P 192 - Mas Gading - Mordi Bimol (DAP) Nota: Senarai ini belum muktamad melainkan sudah disahkan oleh pemimpin tertinggi parti masing-masing. Jalan Pulang tidak bertanggungjawab jika ada kesilapan kerana senarai ini dikemaskini dari semasa ke semasa. Jika ada sebarang maklumat terbaru yang disahkan, sila emel ke cheannst@gmail.com |
You are subscribed to email updates from di pengerang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan