Selasa, 9 April 2013

01 di segamat - Google Blog Search

01 di segamat - Google Blog Search


Suara Ketam: PRU13 - Jui Meng Disah Calon <b>Di Segamat</b>

Posted: 08 Apr 2013 10:14 AM PDT

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebentar tadi baru sahaja mengesahkan mantan Menteri Kesihatan, Datuk Chua Jui Meng sebagai calon untuk PKR di kerusi Parlimen Segamat pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 ini.

Kerusi tersebut sebelum ini ditandingi oleh DAP. Pengumuman tersebut sekaligus menamatkan spekulasi berhubung kawasan mana yang akan diberikan DAP kepada PKR setelah mereka mengambil kerusi Parlimen Gelang Patah yang tradisinya ditandingi wakil parti 'keluarga Anwar Ibrahim' itu, iaitu PKR.

Yang pastinya, Jui Meng yang sebelum ini kecewa kerana tidak dicalonkan di Gelang Patah setelah puas bekerja keras untuk Pakatan Rakyat di kawasan tersebut selama ini, terus dikecewakan lagi apabila diletakkan pula di kawasan yang pimpinan Pakatan sendiri akui tiada peluang untuk mereka menang iaitu di Segamat.

Sekarang ni Ketam baru je dapat port..so full update menyusul kemudian..huhu..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads