ads

Jumaat, 12 April 2013

01 di tebrau - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

01 di tebrau - Google Blog Search


BLOG JOHOR: 01 <b>di tangkak</b> - Google Blog Search

Posted: 16 Mar 2013 07:22 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

MUT SHAHIDAN: MENGETEH <b>DI</b> PEKAN <b>TANGKAK</b>

Posted: 16 Dec 2012 05:35 AM PST

Salam Ahad 16 Disember 2012 Alhamdulillah sekembalinya daripada Tangkak trip kedua minggu ini membawa saya,suami dan tiga orang bakal guru SUFI(SmarTop Subur Fitrah Integrated) Pre School Tangkak ke majlis perkahwinan anak saudara suami saya Shahir Saufi di Bangi. Hampir terlupa saya tarikh ini kerana terlalu memikirkan SUFI Tangkak dan proses memulakan sesi persekolahan 2013. Apa pun sepanjang saya berada di Tangkak misi yang diletakkan dapat di capai,alhamdulillah.Saya dan teman seperjuangan yang berada di Tangkak selama lebih 5 hari mula memahami budaya masyarakat pekan kecil Tangkak dan sudah mula merasai nikmat MENGETEH'(minum teh sambil bersembang panjang)kerana tanpa di sedari kami banyak menyelesaikan masalah yang di hadapi sambil minum teh. "Nothing is lost' merupakan tagline setiap perbincangan kami berhubung 'jihad' memulakan SUFI. Kami merujuk kaedah umat lslam di Gaza yang sentiasa ceria dan hidup dengan semangat juang sekalipun di musnahkan berkali-kali oleh musuh laknatullah zionis yahudi.Kata orang jatuh dan bangun berkali-kali demi memperjuangkan matlamat yang di sasarkan merupakan tanda orang yang yakin dan tidak mudah menyerah. Berbalik kepada 'MENGETEH' saya menalipon seorang adik yang terkenal dengan kegigihannya di Tangkak sampai mampu membangun sebuah banglow 13 bilik di atas gunung kaki gunung ledang untuk minum teh dengan saya dan teman. Kami pun berbincang tentang IHES/QGDP dan cita-cita melahirkan generasi lslam sebagi penerus jihad kebenaran.Sentuhan seorang kakak amat berkesan, beliau terus memulakan langkah membantu premis taska di baikpulih,mulanya dengan merobohkan bangunan wakaf yang hampir menyembah bumi, kemudian membuat pagar, memasang pintu besi sekolah, membaiki bocor di atap bangunan dan beliau terus menyahut seruan kami membuat bangunan dapur di sebelah belakang tadika. Berbekalkan RM3K dan kemudian 1K sumbangan seorang adik yang lain kini bangunan tadika/taska sudah berupa. Oh ya kakak saya dengan sumbangan 1.2K, RM300 tambahan untuk membayar seorang kontraktor wanita mengecat semula dalam dan luar tadika turut berperanan. Sign board di infaq keluarga seorang lagi adik di Shah Alam masih menunggu penghantaran. Proses 'MENGETEH' mudah berlaku kerana seorang lagi adik saya merupakan tuan punya gerai makan yang terkenal di pekan Tangkak. Kehadiran kami dua tiga wanita di tengah-tengah lelaki yang 'MENGETEH' tidak janggal kerana pelanggan tahu kami adik beradik. Selain halal bersalaman kami biasa berpelukan mesra di hadapan pelanggan. Saya kira ia hasil kemesraan yang ditinggal arwah bapa kami yang suka juga 'MENGETEH' di warung-warung kopi dengan teman-temannya. Teringat saya lawatan di Laska Pelang Belitong...kota 1000 WARKOP (warong kopi) di pekan langgar/Manggar? Begitulah budaya masyarakat pekan kecil, masa bukan di kejar...masa malah mewah sekali untuk bersosial sambil menonton pertandingan bola dan national geography. Budaya pekan kecil mengajar kami kena berbaik dengan semua orang, jangan sekali menyinggung kerana akibatnya mungkin parah kalau hati dah marah...santaulah, sihirlah, maut pun jadi. Tanpa sedar kami 'modify' banyak kaedah 'terjah' yang biasa berlaku di kota besar dengan semangat bersabar, go slow but firm...alhamdulillah dengan izin Allah misi yang kami datang selsai di jalankan. Tanggal 15 Disember taklimat guru-guru SUFI dan pendaftaran pelajar berjaya di adakan dan lepas sehari di buka pendaftaran kami mencongak selesa di mulakan sesi persekolahan 2013. Buku rujukan mengajar, temuduga bakal guru, latihan guru dan rumah sewa sementara beres di usahakan,juga uniform pelajar. Saya memang tabik kakak saya yang lebih 10 tahun menguruskan pra sekolah bersendirian sebelum ini. Bagaimana beliau melakukan semua urusan bak lipas kudung!! Tiba pada saya semua orang saya seru..suami, ahli kohatsa, teman-teman, sukarelawan dan siapa sahaja yang saya kenal menyumbang kerja yang saya lakukan...dengan semangat SYURA supaya berkat,mudah-mudahan insyaAllah. Budaya yang negatif pun tak kurang terserlah sejak kami 'berkampong' di pekan Tangkak. Satu ketika seorang pencari rumah sewa dengan nada marah-marah menalipon saya bertanya saya berada dimana kerana katanya adik saya memberitahu saya ada di Tadika dan dia mencari saya tiada untuk menunjukkan sebuah rumah sewa. Rupanya bila bersua peribadi ini aneh sedikit. Saya namakan dia 'DISGRUNTLED'(orang yang sering tidak puashati)kerana setiap yang keluar dari mulutnya semua 'masam' dan negatif. Katanya tadika yang saya sedang usahakan kepunyaannya kerana dia yang memohon peruntukan RM100K tiba-tiba kakak saya 'sabotage'. Bila memberitahu kakak saya beliau mengucap panjang, kerana katanya peribadi ini sentiasa bermasalah dan suka mencari salah orang tidak terkecuali ahli keluarganya sendiri. Takut saya di buatnya lantas cepat-cepat saya batalkan temujanji nak melihat rumah sewa. Sms saya pun dia tak jawab...harap-harap dia tidak 'DISGRUNTLED' dengan saya dan suami, susah kami nanti nak tinggal lama di Tangkak. Akhir kalam adik saya menyebut inilah lawatan saya paling lama ke Tangkak. Selalunya habis perjumpaan atau majlis terus saja pulang KL/Shah Alam. Berita baik katanya kerana dapat selalu'MENGETEH'. Saya pula berat hati,makin bertambahlah gula dalam darah saya dan susahlah nak turunkan berat badan kalau selalu 'MENGETEH'. Tengoklah apa perkembangan SUFI, doa saya ia sukses dan sasaran tiga tahun saya nak mulakan SMARTOP SUBUR FITRAH INTEGRATED/INTERNATIONAL PRIMARY SCHOOL'InsyaAllah..doakan berjaya,itu pun jika di panjangkan umur dalam keberkatan, ameen.

Jawatan Kosong <b>di</b> Majlis Daerah <b>Tangkak</b> (MDT) Johor - Feb 2013

Posted: 08 Feb 2013 12:00 AM PST

PENGEDAR HERBALIFE <b>DI TANGKAK</b>, MUAR DAN SEGAMAT

Posted: 07 Mar 2013 03:42 AM PST

Berita baik kepada mereka yang berada di sekitar kawasan Tangkak, Muar dan Segamat hubungi pengedar Herbalife di kawasan tersebut di talian : Suzana - 01115393409

Treler terbalik <b>di</b> Lebuhraya Utara-Selatan, <b>Tangkak</b>, Johor

Posted: 14 Mar 2013 09:58 PM PDT

Treler terbalik di Lebuhraya Utara-Selatan, Tangkak, Johor - Sebuah treler terbabas lalu terbalik di Kilometer 158 Lebuhraya Utara - Selatan dekat Tangkak, Johor kira-kira jam 10 pagi tadi mengakibatkan laluan tergendala dan sesak dengan kenderaan.

Difahamkan kemalangan di laluan arah ke utara itu tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa dan kerja-kerja mengalihkan treler berkenaan sedang giat dijalankan. - Sumber

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG JOHOR

Copyright 2010 All Rights Reserved