Ahad, 14 April 2013

di negeri johor - Google Blog Search

di negeri johor - Google Blog Search


Sultan mahu NGO <b>di Johor</b> sentiasa bekerjasama demi <b>...</b>

Posted: 13 Mar 2013 02:24 PM PDT

Posted on March 14, 2013, Thursday

JOHOR BAHARU: Sultan Johor Sultan Ibrahim semalam meminta semua badan bukan kerajaan (NGO) di negeri itu sentiasa bekerjasama dan bersatu padu demi kemakmuran negeri Johor.

Titah baginda anggota NGO juga perlu bersama-sama bekerja kuat agar masa depan Johor lebih terjamin.

"Janganlah hidup berpe-cah-belah, jangan bergaduh sesama sendiri dan jagalah negeri ini," titah baginda pada majlis menerima menghadap wakil 60 NGO kaum India daerah Johor Baharu, di Istana Pasir Pelangi, di sini.

Baginda yang berkenan meluangkan masa kira-kira sejam bersantap bersama hampir 200 wakil NGO itu turut melahirkan kegembira-an dan berbesar hati dengan kehadiran mereka.

Titah Sultan Ibrahim, baginda juga mahu wakil NGO dari kaum Melayu dan Cina berkunjung ke istana bagi berkongsi gambaran kehidupan rakyat di negeri itu.

Selain itu, baginda juga mahu ada wakil daripada kaum Melayu, Cina dan India dalam urusetia sempena program Kembara Mahkota Johor yang dijangka diadakan selepas Pilihan Raya Umum Ke-13.

"Setakat ini belum difikirkan tema untuk program kali ini tetapi saya mahu pergi ke tempat yang belum dilawati. Atur cara kembara kali ini nanti akan lebih menumpukan program kebajikan," titah baginda.

Sementara itu, wakil kum-pulan NGO terbabit, M. Soorianarayanan berkata pihaknya mengambil berat pesanan Sultan Ibrahim yang mahukan pelbagai NGO sa-ling bekerjasama.

Soorianarayanan yang juga Pengerusi Persatuan Penjaja India Johor Baharu berkata kesemua NGO kaum India di negeri itu juga sentiasa menjunjung taat setia kepada Sultan Johor. — Bernama

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads