Jumaat, 17 Mei 2013

01 di johor bahru - Google Blog Search

01 di johor bahru - Google Blog Search


Jakel terbesar <b>di Johor Bahru</b> - Utusan Online

Posted: 22 Mar 2013 02:00 AM PDT

Oleh SITI AISHAH YUSOFF
Gambar JEFFRI IRAN

Mohamed Faroz menunjukkan antara fabrik mampu milik untuk semua lapisan masyarakat.

MENERUSI tawaran produk berkualiti pada harga berpatutan serta layanan satu pelanggan satu jurujual, membuatkan gedung tekstil Jakel sentiasa sebati dalam kalangan pelanggan tegarnya.

"Pelanggan yang datang ke Jakel akan dilayan dengan mesra. Polisi satu pelanggan satu jurujual bukan sahaja membantu pelanggan mendapatkan barangan dengan mudah, malah dalam masa yang sama mereka juga dapat mempelajari maklumat dan jenis-jenis kain daripada jurujual," kata Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Mohamed Faroz Mohamed Jakel.

Kini, selari dengan kejayaan gedung tekstil tersebut yang sinonim sebagai pusat sehenti bagi mendapatkan pelbagai jenis fabrik yang berkualiti, Jakel sekali lagi mengorak langkah ke hadapan dengan pembukaan cawangan terbarunya bersebelahan Plaza Angsana Johor Bahru pada 23 Mac ini.

Mohamed Faroz berkata, cawangan ke 20 itu merupakan inisiatif untuk menghargai negeri asal bermulanya perniagaan tersebut iaitu Johor.

"Cawangan terbaru Jakel di Johor Bahru adalah pusat sehenti kedua terbesar selepas di Shah Alam. Premis yang terbesar di selatan tanah air tersebut mempunyai keluasan 60,000 meter persegi dengan 11 unit lot kedai.

"Ini bakal menjadi salah satu mercu tanda baru pemacu ekonomi bagi Wilayah Iskandar.

"Matlamat pembukaan semula ini juga dilihat bakal membawa faedah kepada lebih tiga juta rakyat Johor, malahan warga Singapura yang kerap singgah ke sana untuk mendapatkan pelbagai variasi fabrik yang berkualiti dan dijual dengan harga yang berpatutan," katanya.

Mohamed Feroz berkata, langkah Jakel berpindah ke lokasi baru bersebelahan Plaza Angsana merupakan satu keputusan yang strategik dan tepat.

Katanya, kawasan tersebut merupakan kawasan perniagaan yang sedang berkembang pesat.

"Pembukaan gedung tekstil Jakel juga memberi peluang pekerjaan kepada lebih 350 orang yang yang terdiri daripada penduduk setempat sekali gus menjana kepesatan ekonomi di kawasan itu," katanya.

Ujar beliau, selepas pembukaan di Johor Bahru, dua lagi cawangan terbaru akan dibuka di Ampang dan Bangi sekitar bulan Januari hingga Mac tahun depan dan diikuti dengan pembukaan gedung Jakel di Pulau Pinang.

"Sempena pembukaan cawangan terbaru di Johor Bahru, Jakel akan mengadakan promosi jualan murah dengan potongan harga 70 peratus kepada barangan terpilih.

"Kita juga akan menawarkan separuh harga jualan kain-kain terpilih," katanya.

Tambah Mohamed Faroz, Jakel turut mengadakan Cabutan Bertuah Beli dan Menang bagi menghargai pelanggan setia mereka.

"Antara hadiah yang ditawarkan adalah 22 unit Perodua Viva, 110 unit Samsung Galaxy SIII, 110 unit Samsung Galaxy Tab, 11O unit tv LCD, hadiah bulanan berupa fabrik dan baucer-baucer mingguan untuk dimenangi," katanya ketika ditemui di Wisma Jakel, Jalan Bunus off Jalan Masjid India, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dalam pada itu Mohamed Faroz berkata, sebagai gedung tekstil, Jakel menyediakan 5,000 jenis fabrik dari seluruh dunia termasuk syifon, satin, renda Shantung, lycra, taffeta, organza, sutera Korea dan sutera Itali.

"Terdapat lebih 2,000 corak renda yang menarik dan berwarna-warni untuk memenuhi selera para pelanggan.

"Fabrik yang ditawarkan adalah pelbagai daripada harga serendah RM2.90 semeter ke ratusan ringgit. Fabrik yang dijual diimport dari Perancis, Itali, Turki, Korea, India, Jepun dan Indonesia.

"Konsep rekaan fabrik berkenaan dicipta oleh kumpulan pereka Jakel sendiri dan kemudian dihantar ke negara-negara berkenaan untuk tujuan pemprosesan," katanya.

Ujarnya, Jakel juga menawarkan fabrik untuk langsir dan kemasan katil serta pakaian siap tradisional untuk lelaki dan wanita sehinggalah pelbagai pilihan fabrik menarik untuk bakal pengantin.

Tambahnya lagi, untuk memastikan setiap rekaan dan kualiti produk yang dikeluarkan, suntikan dan gaya dari Eropah menjadi ikutan dalam setiap rekaannya.

"Setiap tahun, Jakel berusaha mengeluarkan rekaan terbaru yang berkualiti dan sentiasa mengikut peredaran zaman yang diilhamkan dari Eropah.

"Seiring dengan perkembangan fesyen pada tahun ini, corak dan rekaan bermotif entnik Afrika menjadi tren dengan penggunaan warna -warna menarik seperti hijau zamrud dan biru diraja," katanya.

Kumpulan Jakel yang baru-baru ini telah dianugerahkan sebagai Leading in Textile Industry dalam Majlis Anugerah Perniagaan Cemerlang Asean 2013 anjuran Asean Retail-Chains and Franchise Federation (ARFF) dilihat sebagai pencetus kejayaan terkini dalam pengiktirafan dan penghormatan kepada pembangunan industri runcit dan francais.

Ini juga merupakan simbol keusahawanan bumiputera yang meletakkan Jakel sebagai perintis bumiputera dalam industri tekstil Malaysia.

Jakel juga yang telah lama bekerjasama dengan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) berperanan sebagai mentor kepada usahawan bumiputera yang berminat dalam perniagaan tekstil telah menyediakan latihan dan bantuan pembangunan kepada usahawan-usahawan terpilih.

Untuk maklumat lanjut mengenai Kumpulan Jakel, sila layari www.jakel .my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads