Rabu, 22 Mei 2013

01 di johor bahru - Google Blog Search

01 di johor bahru - Google Blog Search


Penyokong banjiri himpunan &#39;Black-505&#39; <b>di Johor Bahru</b> ABN News <b>...</b>

Posted: 16 May 2013 12:00 AM PDT

KUALA LUMPUR  - Ribuan penyokong menghadiri perhimpunan kelima 'Black 505' yang berlangsung di Taman Puteri Wangsa, Ulu Tiram, Johor Baru malam tadi.

Perhimpunan itu lanjutan daripada empat perhimpunan yang bermula di Petaling Jaya, Pulau Pinang, Ipoh dan Kuantan.

Sebagaimana yang berlaku pada perhimpunan sebelum ini, kebanjiran penyokong ke perhimpunan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk.

Lokasi perhimpunan tersebut turut ditukar ekoran bantahan daripada pihak polis tetapi telah menarik ramai golongan muda yang tidak berpuas hati dengan keputusan Pilihan Raya Umum ke -13 (PRU13) lalu.

Antara pemimpin pembangkang berucap pada perhimpunan itu ialah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang.

Pada awalnya, Johor bahru dijadualkan sebagai lokasi terakhir perhimpunan, namun Anwar dalam ucapannya malam tadi mengumumkan akan terus mengadakan perhimpunan di Seremban pada Jumaat dan Kota Kinabalu, Ahad.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads