Rabu, 29 Mei 2013

01 di kota tinggi - Google Blog Search

01 di kota tinggi - Google Blog Search


Seram Giler La: Misteri malam <b>di Kota Tinggi</b> (Kisah Seram)

Posted: 27 May 2013 04:19 AM PDT

Misteri malam di Kota Tinggi (Kisah Seram) | Saya Abbi bukan nama sebenar dari johor.. terima kasih kerana k.c mahu menceritakan kisah saya. Di sini saya ingin ceritakan kisah yang amat menghantui hidup saya sampai sekarang.. Walaupun sudah 2 tahun berlalu..

Kisah ini berlaku di kampung saya di Kota tinggi Semenchu. Kami sekeluarga bercuti tenang kan fikiran di kawan kampung. Rumah saudara saya jauh di perdalaman..nak sampai ke rumah nya perlu melalui kelapa sawit yg memakan masa hampir 45 minit. Rumah saudara saya betul betul atas dan tengah laut untuk sampai kesana pula saya perlu melalui titi spanjang hampir 20 meter jauh nya.

Di pendekan cerita,Pada malam nya..ayah saya serta lelaki2 lain turut turun ke laut mengikut pak cik saya memasang jala dan ada yang memancing ikan. Tinggal lah saya bersama mama,makcik saya serta tiga lagi anak nya. Masing-masing sudah terlena dibuai mimpi.dan masing-masing juga perempuan. Pak cik saya seorang pengamal perubatan tradisional.
Seingat saya pada pukul 2pagi saya terjaga kerana kesejukan terkena angik laut. Saya melihat keadaan sekeliling sepi kami tidur hanya di terangi cahaya malam dan lampu minyak tanah saja.kerana belum ada lagi bekalan elektrik.Saya dan mama tidur di luar,Tiba-tiba saya terlihat di atas para rumah saya yang di antara bumbung dan bilik.terlihat seorang perempuan duduk mencangkung.muka nya YA ALLAH

Cuba  bayangkan muka yang hancur seperti sopak luka teruk berulat,.lidahnya terjelir panjang,baju nya berwarna putih..kuku panjang memangil saya macam dia tahu saya terlihat nya..bau nya masya allah..busuk tak terkata.mata nya merah.keadaan saya mengigil takutnya masa itu..bagaikan mahu pengsan.mulut saya membaca ayat kursi tak henti2.dia tetap tak pergi..masa itu pula saya mahu terkencing.saya beranikan diri ke bilik air.tapi benda tu menghadap mengikut mana sahaja saya pergi.lemah lutut saya..terdengar pula dinding kayu di cakar cakar.selepas itu yang lagi menyeramkan saya dia mengilai.yang pelik nya hanya saya yang mendengar,ahli keluarga yang lain tak pula bangun dan tersedar.air mata saya laju mengalir menahan ketakutan..saya cuba kejutkan mama saya tapi tak pula bangun.mungkin keletihan.

Bila saya ke tempat tidur semula saya lihat benda itu sudah hilang..bersyukur sangat2.esok pagi nya saya ceritakan pada pak cik saya dia hanya tersenyum.Cuma pada hari saya mahu pulang magrib nya terlihat perempuan yang sama di celah pokok sawit sedang memerhatikan kereta kami bergerak mahu pulang.anak saudara saya pula menangis meraung umurnya pada waktu itu baru 1tahun.alhamdulilah mama saya sepanjang panjang jalan membaca yasin.di radio pula saya pasangkan surah-surah.benda itu tidak ikut kami pulang..Sampai sekarang saya teringat mukanya...hanya ALLAH maha mengetahui segala kejadianya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads