01 di kulai - Google Blog Search |
PRU13: 'Tawar RM100,000 beli petugas DAP <b>di</b> <b>...</b> - Rakyat Marhaen Posted: 03 May 2013 09:42 AM PDT Calon DAP bagi Parlimen Labis, S Ramakrishnan hari ini mendakwa bahawa beberapa petugas utama jentera pilihan raya beliau telah ditawarkan sehingga RM100,000 untuk mensabotaj kempennya. "Petugas kempen saya menerima beberapa panggilan dari nombor- "Mereka berkata, anda tidak perlu untuk menyertai MIC atau IPF (Barisan Progresif India), hanya tubuhkan sebuah NGO dan kami boleh membantu anda dalam apa jua cara yang anda mahu," kata Ramakrishnan (kiri) dalam satu sidang akhbar di Labis, Johor hari ini. Beliau menambah bahawa terdapat tiga insiden seumpama itu, dan Salah seorang daripada mereka, N Genash (kiri), berkata panggilan pertama ialah pada 29 April yang menawar kepadanya RM50,000 dan jumlah itu dinaikkan kepada RM70,000 dan kemudian menjadi RM100,000. "Dia adalah seorang lelaki Cina yang tidak memperkenalkan dirinya, dia minta saya berhenti bekerja untuk Ramakrishnan. "Dia memanggil saya 13 kali dan kali terakhir adalah pada 1 Mei apabila dia meminta saya bertemu dengan beberapa orang BN. "Saya memberitahu mereka walaupun mereka bunuh saya, saya akan kekal dengan DAP," kata Genash (kiri), yang juga bekas ketua Pemuda IPF Labis. 'Petugas saya dalam ketakutan' Katanya, petugas tersebut tidak dapat tidur kerana menerima banyak panggilan pada tengah malam dan kerana ini adalah sebuah pekan kecil, jadi orang takut. "Saya terpaksa meyakinkannya beberapa kali sebelum beliau mahu membuat laporan polis," kata Ramakrishnan, sambil menambah bahawa ia hanyalah tawaran tanpa ancaman. |
You are subscribed to email updates from di labis - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan