Rabu, 8 Mei 2013

01 di mersing - Google Blog Search

01 di mersing - Google Blog Search


my life my soul: semalam <b>di mersing</b>

Posted: 24 Mar 2013 06:29 PM PDT

minggu lepas tengah den leka bawak motor tetiba hp den yg duduk di pinggan bergetar2.....ish geli pulak kalau dia bergetar lama2 nie....den pun berhenti motor di tepi jalan dan cuba jawab panggilan yg cuba masuk......ish bukan call tapi mesej rupanya......assalam.....anda dijemput untuk menghadiri majlis penikahan anak saya...XXXXXXX pada XXXXX di rumah saya.....sekian terima kasih......laaa sms dari pak mat rupanya menjemput kenduri anaknya yg bongsu......masyaalah dah lama sungguh den tak balik mersing......den istilahkan balik ke mersing kerana walaupun bertugas di mersing dahulu tak sampai 1 tahun tapi kemesraan den dgn masyarakat disana tidak ada tolok banding berbanding tempat2 lain yg den pernah bertugas.........masyarakat mereka mesra luar biasa.......keakraban, hormat-menghormati, tingkah laku malah cara mereka berfikir den boleh katakan belum lagi tercemar sifat melayu berbanding tempat2 lain yg den pergi.......mereka begitu menghormati jawatan pengajar dan pendidik  malah pekerjaan den yg mengajau sambung besi pun diiktiraf seperti guru2 yg lain........

den dok pikir2 jugak.......hujung bulan nie......ongkos pun tk berapa nk mengizinkan........tapi kalau tak pergi rasa rugi sangat.........almaklum jemputan dari pakmat seolah2 setaraf jemputan taraf VVIP.....kalau tk jengok esok lusa belum tentu dapat ketemu.......den pun bincang dgn kengkawan di tempat kerja yg menuntut dgn cfu din........walau pun den telah direject oleh kumpulan nie......tetapi den ada lesen beso sebab dijemput secara official.........yg budak2 baru menuntut pun belum tentu dijemput jadi kehadiran den depa tk boleh nak pertikai.......muafakat telah dibuat kami berkongsi kereta je bersama orang kanan din .....pian dan lin.....ckgu din pulak tak dapat hadir kerana menyambung pengajian master di batu pahat........

sampai di mersing kami pusing2 sikit pekan tu.......singgah di pantai mengadap pulau batu cawan.......den ceritakan balik pengalaman misteri den sepanjang menetap disini....mereka acuh tak acuh sahaja dgn cerita den almaklum selagi tak mengalami tak akan percaya......sebenarnya di mersing inilah den mula percaya dengan perkara2 aneh dan keujudan alam lagi satu........keujudan hantu , jin, kekuatan2 ghaib yg kita tak dapat melihat juga kisah misteri yg sukar dipercaya disebalik pantainya yg indah serta deretan pulau dan air lautnya yg membiru.........disini tersimpan 1001 misteri yg masih belum tersingkap sepenuhnya.......contohnya aktiviti mencari dan menggali emas giat dijalankan di pantai mersing sekitar tahun 2002 dahulu........sedangkan orang2 mersing telah menceritakan kisan ini pada saya mereka telah melakukan aktiviti itu secara sembunyi2 dari tahun 1960 an lagi.......malah kata mereka ibu atau jumlah emas yg paling banyak berada sekitar pulau mersing berbanding yg dijumpai di kuala sg jamaluang.......

nostalgia dimersing hampir hilang sedikit demi sedikit dgn perubahan arus pembangunan sekitar bandar dan orang2 yg dikenali berpindah ketempat lain .....seperti pengusaha keropok lekor terkenal mak itam di mersing kecik, nasi ayam pak wan di jalan awang daik......mee rebus adik cun di pejabat jkr.......kedai keropok lekor goreng di siapu dan banyak lagi........mereka dan kedai2 mereka hilang ditelan masa........

majlis berlangsung meriah....cuma den lihat pak mat dah tidak segagah dahulu........beliau agak uzur dan tidak dapat berdiri lama........beliau hanya mampu duduk dikerusi sambil menyambut tetamu yg datang dari sekitar kg dan pertubuhan2 silat sekitar mersing dan endau......malah den lihat pertubuhan lian tekpi dari endau juga dijemput membuat pertunjukan........anak buah pak mat dilarang untuk membuat pertunjukan sebab begitulah cara pak mat........beliau terlalu memegang amanah dari guru2 dahulu yg melarang mereka mempamerkan lian waima di majlis perkahwinan anak sendiri.........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads