Sabtu, 25 Mei 2013

01 di parit raja - Google Blog Search

01 di parit raja - Google Blog Search


My Official Blog: Homestay <b>Parit Raja</b>

Posted: 17 May 2013 10:04 PM PDT


No. 2, Jalan Universiti 13, Taman Universiti, Parit Raja 86400, Batu Pahat, Johor.

Homestay Parit Raja, Homestay Harmoni adalah sebuah homestay baru di Parit Raja. Homestay ini merupakan sebuah homestay/ rumah tamu/ rumah persinggahan yang terletak di Taman Universiti, Parit Raja, Batu Pahat.

Homestay ini menawarkan penginapan ala rumah yang selesa pada harga yang amat berpatutan. Homestay ini terletak di lokasi strategik iaitu berhampiran dengan Tutti Frutti, Universiti Tun Hussien Onn (UTHM), Kolej Kemahiran Tinggi MARA, Kolej Jururawat Masyarakat, Pekan Parit Raja, kedai makan seperti Mc Donalds dan Restoran Al-Azhar, pasar mini, masjid, surau, mesin ATM dan bank seperti Maybank, CIMB, Public Bank dan BSN.

Kedudukan Homestay Harmoni adalah terletak di antara perjalanan Batu Pahat - Air Hitam. Homestay Harmoni juga terletak 2 KM (5 minit) dari UTHM. Perjalanan yang perlu diambil untuk sampai Homestay Harmoni sekiranya dari Bandar Batu Pahat adalah mengambil masa lebih kurang 30 minit (20 KM) dan 15 minit dari Pekan Air Hitam (15 KM). Bagi para pengguna Lebuhraya Utara - Selatan, mereka perlu memasuki ke persimpangan lebuhraya Air Hitam / Batu Pahat untuk sampai ke Homestay Harmonii.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
En Sham (012-736 3269)Pn Wati (012-740 9224)
En Fazil (012-769 5985)

N.22 <b>Parit Raja</b> - Datin Azizah Zakaria teruskan legasi suami - Dimensi

Posted: 20 Apr 2013 05:03 AM PDT

Datin Azizah Zakaria, 58, isteri Timbalan Pengerusi Tetap Umno itu bertanding di (DUN) Parit Raja.
BN Johor juga menurunkan dua calon adik-beradik, Mohd Azahar Ibrahim dan Norshida Ibrahim.
Mohd Azahar, 41, ialah penyandang kerusi DUN Tenang manakala Norshida, 38, muka baharu, disenaraikan untuk bertanding di kerusi DUN Buloh Kasap.
Azizah berkata beliau terkejut dengan keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman menampilkannya bertanding di Parit Raja menggantikan Datuk Aziz Kaprawi, yang bertanding di Parlimen Sri Gading.
"Nama saya sebelum ini tidak tersenarai, baik di peringkat cawangan mahu pun bahagian, menyebabkan saya agak terkejut apabila dimaklumkan terpilih untuk menjadi calon DUN Parit Raja.
"Ini kerana saya telah pun masuk 58 tahun tahun ini, sedangkan pucuk pimpinan selama ini melaungkan untuk memberi peluang kepada golongan lebih muda. Bagaimanapun, saya berterima kasih atas kepercayaan yang diberikan ini," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Beliau berharap dapat meneruskan legasi darah pejuang Umno yang mengalir dalam keluarganya dengan membela nasib rakyat, dibantu tunjuk ajar suaminya.
Ditanya mengenai reaksi suaminya, beliau berkata Mohamad menyambut baik dan sedikit pun tidak berkecil hati dengan keputusan pucuk pimpinan menggugurkan beliau daripada senarai calon pada pilihan raya kali ini.
Azizah merupakan Ketua Wanita Umno Bahagian Seri Gading dan Bendahari Wanita Umno Johor
Sementara itu, Mohamad ketika ditemui Bernama selepas majlis pengumuman calon di sini hari ini menerima dengan hati terbuka keputusan yang dibuat oleh pucuk pimpinan.
"Saya telah enam penggal berkhidmat dengan rakyat, hendak berkhidmat dengan rakyat tidak semestinya jadi wakil rakyat, jadi sekarang kita beri peluang kepada muka baharu untuk jadi wakil rakyat," katanya .
Sementara itu, Norshida, anak kelima daripada sembilan beradik, yang juga Ketua Pergerakan Puteri Umno Johor, berkata beliau akan menggunakan pengalaman dalam politik sejak 2001 menggalas tanggungjawab yang diberikan itu.
"Saya akan berusaha untuk meningkatkan kepercayaan pengundi terhadap BN dan bekerja keras bagi memastikan kemenangan parti," katanya yang juga Ketua Pergerakan Puteri Umno Bahagian Segamat.
Mohd Azahar atau lebih mesra disapa Tok Ai, 41, berkata pengalaman pertama bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Tenang pada 2011 akan digunakan untuk "bertarung" mempertahankan DUN tersebut.
"Ini tanggungjawab saya kepada pengundi. Kita akan meneruskan pembangunan yang berlaku di Tenang selain menarik lebih ramai pengundi khasnya pengundi muda menyokong BN," katanya yang merupakan anak ketiga. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads