Rabu, 15 Mei 2013

01 di pasir gudang - Google Blog Search

01 di pasir gudang - Google Blog Search


TERKINI KES <b>DI</b> TAMAN CENDANA <b>PASIR GUDANG</b>.

Posted: 25 Mar 2013 12:30 AM PDT

JOHOR BAHRU - Sekumpulan penduduk bertindak menyerang asrama yang menempatkan pekerja asing di Blok 20, Taman Cendana, Pasir Gudang petang kelmarin selepas berang apabila seorang remaja tempatan dan bapanya dibelasah beberapa pekerja berkenaan.

Kejadian kira-kira pukul 6.30 petang itu bermula apabila remaja lelaki belasan tahun itu bersama bapanya dibelasah sekumpulan lelaki warga Nepal selepas remaja berkenaan menegur perbuatan mereka yang mabuk di sebuah pasaraya, kira-kira 300 meter dari asrama berkenaan.
Timbalan Ketua Polis Johor, Datul Ismail Yatim berkata, bapa remaja berkenaan kemudian membawa sekumpulan lelaki tempatan yang tinggal di perumahan mereka ke asrama tersebut sehingga mencetuskan rusuhan.
"Dalam kejadian tersebut, seramai 11 lelaki warga Nepal telah dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk mendapatkan rawatan manakala remaja berkenaan telah mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis sambutan Hari Polis ke-206 peringkat negeri Johor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di sini pagi tadi.
Menurut Ismail, berikutan kejadian itu, pihaknya telah menahan empat lelaki termasuk dua warga Nepal dan menemui beberapa batang kayu yang dipercayai digunakan dalam serangan tersebut.
Katanya, asrama tersebut menempatkan kira-kira 200 warga Nepal serta beberapa keluarga dari India yang bekerja di tiga kilang berhampiran di Pasir Gudang.
Jelasnya, pihaknya akan terus memantau kawasan ter babit kerana bimbang kejadian serupa akan berulang dan kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads