Selasa, 7 Mei 2013

01 di pasir gudang - Google Blog Search

01 di pasir gudang - Google Blog Search


Isamuddin Isa: Kempen <b>Di</b> hari-hari Terakhir Parlimen <b>Pasir Gudang</b>

Posted: 03 May 2013 11:34 AM PDT


Alhamdulilah, hari ini aku mengutip satu lagi pengalaman berharga dengan berkempen secara rasmi di Parlimen Pasir Gudang. Seperti yang lain sedia maklum, aku adalah penyokong Barisan Nasional.. Hari ini aku mengikuti calon Dun Permas Jaya, dalam siri kempennya..

Banyak yang aku belajar pada malam ini. Dari segi koordinasi, bekerjasama, crowd control dan cara berpidato orang Johor.. Malam tadi kami berkempen di sekitar Masai dan Perjiranan 10 Pasir Gudang. Dalam perjalanan ke Perjiranan 10, aku terserempak dengan Calom Parlimen Pasir Gudang, Hajah Normala Bt Abdul Samad. Sopan santun orangnya, wakil wanita yang diketengahkan BN bagi memperkasakan wanita di Negeri Johor seterusnya negara Malaysia.

Apa yang menarik perhatian aku adalah berkenaan cara Dato Seri Khaled Nordin, Calon Dun Permas Jaya berpidato. Pidatonya bersahaja dan tenang. Tak perlu meninggikan suara atau menjerit-jerit untuk menarik perhatian pendengar. Isu dan hujah serta aku janjinya sahaja sudah boleh membuatkan orang ramai bertepukkan.. Lawak jenaka ringannya juga tidak melampau-lampau hingga menghina pihak lawan dapat menarik perhatian..

Bila ditanya kepada mereka yang lebih veteren, katanya ini lah style orang Johor berpidato, xpayah menjerit mahukan orang tepuk tangan, biar isi pidato kita sendiri yang menarik perhatian mereka. Nampaknya style pidato ini tidak ada pada aku, aku harus mempelajarinya, ini kerana seperti kata orang BN yg lebih veteren, ini adalah gaya pidato orang Johor.. Tak perlu jerit, sekadar highlight kan fokus pidato kita, pasti hadirin sendiri akan memahaminya. (style pidato aku selalunya tinggi kan suara sikit untuk tarik perhatian)

Apa pun terima kasih kepada BNYV Johor yang memberi aku peluang ini. Esok adalah kempen terakhir yang aku mampu sumbang untuk Parti ini.. Semoga sumbangan yang kecil ini dapat memenangkan parti ini. Barisan Nasional Youth Volunteer (BNYV) Johor adalah badan kesukarelawan muda yang menyokong Barisan Nasional. Semua gerak kerja kami dilakukan secara sukarela agar rasa perjuangan dan sayangkan parti itu dapat disemai dalam kalangan kami.. =)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads