Rabu, 1 Mei 2013

01 di pengerang - Google Blog Search

01 di pengerang - Google Blog Search


Addin: Penyanyi Dayangku Intan Bertanding Menentang Azalina <b>Di</b> <b>...</b>

Posted: 18 Apr 2013 11:04 PM PDT

Nampaknya golongan artis tempatan mula mendapat tempat dalam arena politik negara apabila seorang lagi dicalonkan untuk bertanding kerusi parlimen di selatan tanah air.

Penyanyi terkenal era 80-an, Dayangku Intan Tengku Abdul Hamid sah dicalonkan untuk bertanding di parlimen Pengerang menentang BEKAS menteri pelancongan, Azalina Othman Said selaku BEKAS penyandang. Pengesahan itu dibuat Ketua Cabang KEADILAN Pengerang, Mat Daud dalam satu sidang media semalam.

Dayangku Intan dijangka akan memberikan tentangan sengit walaupun sebelum ini dikhabarkan akan bertanding di parlimen Pontian menghadapi cabaran ketua penerangan Umno, Ahmad Maslan.

Menurutnya, Dayangku Intan yang sudah mula menetap di Pengerang menerima surat watikah pencalonan daripada pucuk kepimpinan bagi kerusi parlimen itu di Kuala Lumpur semalam.

Beliau berkata, pihaknya juga sudah melakukan kempen bersama-sama Dayangku Intan bagi memperkenalkan calon parlimen itu kepada penduduk di sekitar Sungai Rengit.

"Dalam tempoh seminggu ini kita sudah giat bergerak mengedarkan risalah, dalam masa sama kita berkempen sekali untuk memperkenalkan Dayangku Intan kepada penduduk sekitar sini.

"Setakat ini penduduk sama ada Melayu ataupun Cina menerima baik kehadiran beliau, malah kita juga menerima respons yang positif daripada masyarakat setempat."Malah bagi memperkenalkan lagi beliau kepada penduduk, kita juga telah menggunakan poster gambar beliau yang ditampal pada kenderaan bagi berkempen," katanya.

Difahamkan Dayangku Intan juga telah mula menetap di sebuah chalet di Pengerang sejak 14 April lalu.Ketika mengulas mengenai calon bagi kerusi DUN Tanjung Surat, Mat Daud berkata, hingga kini masih belum ada nama rasmi yang dipilih oleh pihak kepimpinan.

Bagaimanapun katanya, Ketua Ranting KEADILAN Sungai Rengit, Hasnul Ahmad adalah antara nama yang dikhabarkan akan bertanding bagi kerusi tersebut."Kita berharap pada kali ini kita dapat mengubah kepada sebuah kerajaan yang baru," katanya.

Azalina yang dicalonkan semula di saat-saat akhir oleh suami BEKAS perdana menteri, Rosmah Mansor setelah Mahathir terbang ke London mewakili negara ke upacara pengebumian bekas perdana menteri Britain, Margaret Tatcher dijangka sudah bersedia mempertahankan bekas kerusinya buat penggal ketiga berturut-turut.

Dayangku Intan yang juga pengerusi biro kesenian KEADILAN berkata beliau akan memastikan kebajikan penduduk Pengerang sentiasa terpelihara dan berusaha supaya projek berbahaya kilang RAPID dikaji semula atau dihentikan.

Penyanyi yang berasal dari Johor ini sudah banyak mencipta nama di zaman kegemilangannya termasuk mencungkil bakat baru seperti Erra Fazira hingga berjaya selaku antara primadona filem negara.

Seorang lagi bekas artis terkenal, Wan Aishah Wan Ariffin dari PAS pula sudah sah diumumkan bertanding di parlimen Jempol menentang BEKAS menteri besar Negeri Sembilan, Isa Samad.Inilah senarai terbaru calon Pakatan Rakyat setelah dikemaskini jam 9 pagi tadi.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads