01 di pengerang - Google Blog Search |
Pindah kubur <b>di Pengerang</b>, mayat ditanam 15 inci | KeadilanDaily <b>...</b> Posted: 31 Dec 2012 11:49 PM PST KUALA LUMPUR 1 Jan : Badan Bertindak Pengambilan Tanah Pengerang (Mantap) mendedahkan, kontraktor yang terlibat memindahkan kubur di Pengerang 'menanam' mayat dalam liang lahad sedalam 15 inci sahaja. Malah, pihak berkuasa agama Johor, Jabatan Kesihatan, Polis, ketua dan imam kampung tidak memantau kerja pemindahan, kata Timbalan Pengerusi Mantap, Mazlan Aliman dalam facebooknya semalam. Laporan polis telah dibuat di Balai Polis Sungai Rengit dan aduan kepada pihak berkuasa agama Johor agar kerja mengorek kubur dan memindah mayat dihentikan serta merta. "Realiti sebenarnya sangat menyedihkan. Tapak baru di Plot PTD 54492 dekat Punggai dalam keadaan becak, bergenang air dan tanah lembik. Mayat yang ditanam pula hanya kedalaman 15 inci sahaja! "Ia diukur sendiri oleh Skuad Pemantau NGO Pengerang diketuai Zaaba (Abdul Samad)," kata Mazlan. Jelasnya, lesen menggali semula mayat di bawah Seksyen 10(B) Enakmen Perkuburan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor dikeluarkan kepada PIJ Holdings Sdn Bhd. "Skuad pemantau telah menegur secara baik kontraktor terbabit, namun jawapan balas sangat menyedihkan. Langsung tiada sensitiviti agama! "Kita akan dedah pembohongan kontraktor dan menggesa hentikan sama sekali kerja gila mengorek dan memindah semua tanah perkuburan," kata Mazlan yang kesal dengan kejadian tersebut. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=42123 |
CELAH GELEGAR: Dayangku Intan 'lawan' Azalina <b>di Pengerang</b> Posted: 18 Apr 2013 11:21 PM PDT PENGERANG - Bukan di Pontian, tetapi penyanyi popular era 80-an Dayangku Intan, disahkan menjadi calon di Parlimen Pengerang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Pengesahan itu dibuat Ketua Cabang PKR Pengerang, Mat Daud sekaligus, penyanyi dengan nama sebenarnya Dayangku Intan Tengku Abdul Hamid bakal bertemu dengan calon dari Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Azalina Othman Said. Menurutnya, Dayangku Intan yang sudah mula menetap di Pengerang menerima surat watikah pencalonan daripada pucuk kepimpinan bagi kerusi Parlimen Pengerang di Kuala Lumpur semalam. Beliau berkata, pihaknya juga sudah melakukan kempen bersama-sama Dayangku Intan bagi memperkenalkan calon Parlimen itu kepada penduduk di sekitar Sungai Rengit. "Dalam tempoh seminggu ini kita sudah giat bergerak mengedarkan risalah, dalam masa sama kita berkempen sekali untuk memperkenalkan Dayangku Intan kepada penduduk sekitar sini. "Setakat ini penduduk sama ada Melayu ataupun Cina menerima baik kehadiran beliau, malah kita juga menerima respons yang positif daripada masyarakat setempat. "Malah bagi memperkenalkan lagi beliau kepada penduduk, kita juga telah menggunakan poster gambar beliau yang ditampal pada kenderaan bagi berkempen," katanya kepada Sinar Harian. Ketika mengulas mengenai calon bagi kerusi Dun Tanjung Surat, Mat Daud berkata, hingga kini masih belum ada nama rasmi yang dipilih oleh pihak kepimpinan. Bagaimanapun katanya, Ketua Ranting PKR Sungai Rengit, Hasnul Ahmad adalah antara nama yang dikhabarkan akan bertanding bagi kerusi tersebut. "Kita berharap pada kali ini kita dapat mengubah kepada sebuah kerajaan yang baru," katanya. |
You are subscribed to email updates from di pengerang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan