Isnin, 13 Mei 2013

01 di segamat - Google Blog Search

01 di segamat - Google Blog Search


Addin: Bukti Pembelian Undi <b>Di Segamat</b> Di Dedahkan

Posted: 13 May 2013 08:49 AM PDT

KUALA LUMPUR 13 MEI: Calon KEADILAN bagi Parlimen Segamat, Datuk Chua Jui Meng mendedahkan, terdapat pembelian undi yang menyebabkan kehadiran pengundi sehingga 85 peratus pada pilihan raya umum 5 Mei lalu.
Menurutnya, daftar pemilih di Segamat mencatatkan 47,115 pengundi, dan kehadiran lebih 85 peratus pada hari mengundi menimbulkan keraguan.
Jelas Naib Presiden KEADILAN itu, separuh daripada jumlah 90 peratus tersebut melibatkan pengundi anak muda iaitu dari saluran 5 dan 6.
"Kita ada bukti berkenaan perkara itu, dan kita tidak menolak kemungkinan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pun terlibat," katanya yang enggan mendedahkan bentuk bukti tersebut kerana ia masih di bawah siasatan.
"Sememangnya Segamat ada penipuan. Ia perlu disiasat dan setakat ini semua bukti sudah pun kita serahkan kepada Rafizi (Ramli) untuk tindakan selanjutnya," jelas Jui Meng yang juga Pengerusi KEADILAN Johor.
Parlimen Segamat merupakan antara 27 kawasan yang disenaraipendek untuk siasatan lanjut berhubung isu penipuan pilihan raya. 
Rafizi yang mengetuai pasukan Siasat PRU 13 hari ini memaklumkan, 237 laporan diterima berhubung isu itu sepanjang minggu ini. ~keadilandaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads