Ahad, 26 Mei 2013

01 di segamat - Google Blog Search

01 di segamat - Google Blog Search


DATOK CHUA JUI MENG BAGAIKAN SELEBERITI <b>DI SEGAMAT</b> <b>...</b>

Posted: 03 May 2013 05:48 AM PDT

Written on May 3rd, 2013 by Aboo Muaz

seleberiti bersama peminat 1

Sambutan rakyat Parlimen Segamat dari berbilang kaum amat ketara. Di setiap pelusuk daerah yang kami sampai, masing-masing mengambil kesempatan untuk bergambar dengan CALUN P140 Parlime Segamat, Dato Chua Jui Meng.

Tanpa mengira usia, kedudukan dan tahap kehidupan, mereka mengharapkan PERUBAHAN dalam negara tercita kita Malaysia.

Gambar-gambar menceritakan segala-galanya…

DSCN0452

DSCN0392DSCN0155

CJM - BS 3

CJM - BS 1

You can leave a response, or trackback from your own site.

Greenblacks: Anwar Kantoi <b>Di Segamat</b>, Tak Ada Orang Dengar <b>...</b>

Posted: 24 Apr 2013 11:11 PM PDT


Jom baca...

Kedatangan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Segamat untuk membantu kempen calon parti itu, Datuk Chua Jui Meng malam tadi telah menarik lebih 20,000 orang - perhimpunan politik terbesar pernah disaksikan di bandar itu sejak kebelakangan ini.

NONEAnwar (kiri) mengakui Chua telah bekerja keras di Gelang Patah 
selama bertahun-tahun atas arahan PKR tetapi telah diminta memberi laluan selepas pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang berhajat untuk menerajui "serangan" di Pakatan di Johor.

Sambil memuji kepimpinan Chua yang bersedia mematuhi keputusan yang sukar itu dan bersetuju untuk bertanding di Segamat, Anwar menyeru penduduk di situ supaya menyokong bekas menteri berkenaan.

Segamat, katanya, telah menjadi sebuah kawasan pilihan raya yang sangat penting, selain daripada Gelang Patah. 

"Kita mahu menang," tegas Anwar dalam ceramahnya di Kampung Abdullah di tengah-tengah bandar Segamat.

Orang ramai yang menyambut ketibaan Anwar seperti seorang bintang rock, teruja dengan jenaka dan kata-kata sindiran beliau terhadap kerajaan BN.

Sementara itu seorang penduduk, Sudirman Suramat, 64, berkata ia merupakan perhipunan terbesar pernah disaksikannya sejak lebih 60 tahun tinggal di Segamat.

[Baca berita penuh]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads