01 di skudai - Google Blog Search |
100ribu sambut Anwar <b>di</b> Sutera Mall <b>Skudai</b> Johor ~ Gendang Perang Posted: 01 May 2013 05:39 PM PDT Gambar-gambar ini membuktikan bahawa BN sudah pun tewas sebelum pilihanraya umum13 pada 5 Mei ini. Usaha PR sekarang adalah menentang SPR. SPR sahaja mampu menjadi penghalanmg kepada PR untuk menakluk Putrajaya dan mengembalikan rakyat Malaysia kepada kehidupan yang sepatutnya. Bermacam-macam andaian dibuat untuk menolak persepsi bahawa PR sudah memenangi PRU13. Ramai yang mengakui bahawa kehadiran besar di program PR bukan bermakna undi untuk pakatan. Termasuk juga DS Anwar Ibrahim. Bagi gua.... Perkara yang belum berlaku adalah sokongan itu belum direalisasaikan dalam bentuk undi.. kita tungguuuuuu! Cuba fikir sejenak... mana ada manusia bodoh yang hendak memberi publiciti kepada musuh? kalau ada pun kehadiran spy-spy BN dalam ceramah PR tidak mungkin lebih dari 500 orang. Mereka adalah di kalangan para blogger, mata-mata gelap dan unit risikan BN sendiri untuk mendapat maklumat bagi kegunaan organisasi masing-masing. Selebihnya adalah penyokong tegar Pakatan Rakyat yang dahagakan perubahan. Ingin hidup lebih baik daripada era BN. Fikirkan diri anda sendiri, mahukah anda berada di program Barisan Nasional jika anda seorang penyokong Pakatan Rakyat. Bagi diri gua sendiri " gua pasti akan berasa malu apabila dilihat memberi publisiti kepada musuh dengan menghadiri program mereka.. Lu apa macam? Kita tunggu sidang media pendedahan Anwar Ibrahim esok. Beliau akan dedah sykt penerbangan yang kendali rakyat asing ke Kuala Lumpur dipercayai akan berfungsi sebagai pengundi hantu. Sutera Mall, Skudai, Johor Kredit foto kpd KBUTTV3, ABU dan Salahuddin Ayub Ini pula dari blog omak kau Semoga jumlah dalam semua himpunan ini diterjemah kepada undi Ini Kali lah!! Terkini Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pihaknya mempunyai bukti berhubung kemasukan mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) melalui penerbangan sewa khas. Pihaknya juga mendapat maklumat mengenai kenaikan mendadak kemasukan Mengikut pengiraan pihaknya, sebanyak 16 penerbangan dibuat dari Sabah dan Sarawak ke Semenanjung Malaysia menggunakan jumbo jet iaitu sebanyak 4,500 penumpang tiba di KLIA setiap hari bermula 25 April hingga 1 Mei. Ini bermakna sebanyak 40,500 orang tiba di KLIA dalam tempoh ini. "Dokumen dari MAS ada penerbangan banyak sekali yang dimport khas termasuk jumbo jet 747 dari Kuching dan Kota Kinabalu ke KLIA. "Kita dapat maklumat penerbangan ini diuruskan oleh JPM dan ada tandatangan menteri. "Ini dibimbangi dilakukan untuk pilihan raya pada 5 Mei ini," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PKR bersama pemimpin PAS dan DAP, dekat sini hari ini. |
You are subscribed to email updates from di skudai - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan