Rabu, 15 Mei 2013

01 di tebrau - Google Blog Search

01 di tebrau - Google Blog Search


Pahang Daily Online: Isteri Timbalan Ketua Setiausaha Maut <b>...</b>

Posted: 12 May 2013 10:00 AM PDT


[Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Datuk Zaidon Asmuni bersama dua anaknya cedera parah, manakala isterinya maut dalam kemalangan di Kilometer 157.9 Lebuh Raya Utara Selatan dekat Tangkak di sini, malam tadi. Dalam kemalangan kira-kira jam 11.40 malam itu, Zaidon, 57, mengalami patah tangan dan cedera di kaki, dua anaknya yang masing-masing berusia 21 dan 12 tahun cedera di bahagian badan, manakala Datin Halimah Awaludin, 55, mati di lokasi. Mayat Halimah dihantar ke Hospital Tangkak di sini, manakala Zaidon dan dua anak termasuk pemandunya yang berusia 22 tahun menerima rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar. Ketua Polis Daerah Ledang, Superintendan Harun Idris, berkata kemalangan dipercayai berlaku apabila Proton Perdana V6 dinaiki empat beranak bersama pemandunya itu hilang kawalan ketika dalam perjalanan ke arah selatan. Katanya, berikutan itu, kereta berkenaan merempuh sebuah treler dari arah belakang sebelum berpusing dan melanggar pembahagi lebuh raya. Akibat kemalangan itu katanya, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian sementara yang lain mengalami kecederaaan terus dihantar ke HPSF. "Keluarga Zaidon ketika itu dipercayai dalam perjalanan dari Putrajaya ke Batu Pahat. Kereta itu remuk teruk tetapi semua mangsa tidak tersepit akibat pelanggaran itu," kata beliau ketika dihubungi semalam]. sumber

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads