01 di desaru - Google Blog Search |
Hidayu's Journal: Hujan <b>di</b> Pantai <b>Desaru</b> Posted: 13 Feb 2013 03:52 PM PST Aku memang jarang berkesempatan nak pulang bercuti ke kampung halaman setiap bulan. Nak balik setiap bulan pun susah jugak. Banyak faktor nak dipertimbangkan. Masa, duit.. Kalau rumah mak ayah aku kat sekitar Selangor ni je, mungkin lah boleh aku nak menjenguk setiap minggu. Tak dapat setiap minggu, kurang-kurang 2 kali sebulan. Tapi dah mak ayah jauh kat Johor sana, memang kena tunggu cuti panjang sikit. Barulah seronok nak balik kampung. Kalau tak, habis masa atas jalan je. Lagipun, bukan nak balik rumah mak ayah aku je. Kampung mertua pun nak balik jugak. Maka, kalau ada masanya sampai 2,3 bulan tak balik Johor, harapnya mak ayah aku paham. Bila sesekali dapat balik, memang seronok. Ekwan lak macam semangat terlebih nak balik Johor kali ni. Siap google bagai apa aktiviti menarik nak buat nanti. Yelah, duduk rumah je pun bosan jugak. Kang kejenya makan je. Elok-elok balik kampung 68kg, balik KL jadik 71kg. Dan sehari sebelum balik laki aku tanya 'Desaru best yang?' Aku jawab je best, walaupun sesungguhnya dah bezaman tak jejak kaki ke sana. Sejak sambung belajar tak pernah pergi kot. Sebab aku rasa Desaru tu sangat jauh. Tu yang bila Ekwan kata 'jauh apanya, 68KM je dari umah mak awak' Aku macam tak boleh terima fakta yang dia bagi. Ohhh.. aku lupa, dah ada highway Senai - Desaru lah.. Ajak adik-adik, dan mereka kata 'jom, BBQ sekali' Dan pagi-pagi Chinese New Year, ke Desaru lah kami sekeluarga. Takdelah pagi sangat, pukul 9 lebih gak baru bertolak. Dalam pukul 11 sampai. Memang kami menjangkakan Desaru akan padat tapi tak sangka seramai itu. Penuh. Dah lah hujan. Memang spoiled the mood sungguh. Melilau lah Ekwan ngan adik aku carik tempat nak ber'BBQ. Nasib baik jumpa satu jambatan/jeti lama. Dapatlah kami berlindung dari hujan dan mengisi perut yang dah lapar tahap maksima ini. Sejuk sungguh. Angin kuat betul. Mengigil-gigil. Terus masing-masing duduk dekat ngan pemanggang. Makan nasik lemak, dengan ayam bakar sambil ditiup angin laut. Memang syiok. muka-muka tak sabar nak tunggu ayam masak budak kecik tu sibuk nak mengipas. tak payah lah Cha, angin semulajadi dah sedia kuat alah, orang tu eksen je lebih. bukan dia pun yang memanggang. ada adik-adik ipar, dia hulur pinggan je lah (: kalau tak dia lah yang hitam-hitam tangan main arang. seronok nampak makan ayam panggang tepi jambatan, tapi frust hujan tak teduh-teduh. macamana nak mandi laut ni. Lama jugak nak tunggu hujan teduh, sampai habis stok ayam daging segala. Tapi sebab dah gian dan tak menyabar, hujan renyai-renyai pun balun terjun laut. Memang sejuk lah, tapi bila masuk laut tak rasalah sejuk angin tu. Kesian kat Eisya lah, tak puas dia mandi laut sebab dia tak tahan sejuk kan. Nak bawak masuk laut sama, ombak kuat. Seronok aku mandi laut kali ni sebab best lawan-lawan ombak, sampai esoknya sakit-sakit pinggang. Memang next time balik Johor kena gi lagi Desaru ni. Nak mandi laut puas-puas. |
Cuti-cuti <b>di</b> Pulai Springs Resorts Hotel, <b>Desaru</b> - ThEy CaLLeD Me <b>...</b> Posted: 08 Apr 2013 09:17 PM PDT Outdated sangat entry ni..tapi apakan daya..ada lagi OUTDATED sangatttt entry yg ter peram.. a.k.a Majlis Cukur Jambul Medina..Apelah OP ni..sangat lambat bagi copy..huhuh So ini entry terakhir cuti-cuti Johor-Singapore.. jom layannnn.. kt sini ade children room..open until 10pm.. Abg Aqil yg tak suka mkn n nk mndi pool je tau..huhuhu three of us..tgk muka Medina..garang kan?? Medina dh tdo dh time ni... Nk bwk Aqil main gelongsor.. Haa lompat2 cam ni Aqil suka.. Haih..budak ni dah bangun pulak..tp panas sangat..so tak bleh rendam ini budak sekali...hihihi Nanny and grand daughter sama tembam..hihihi Momy tgh NIP..Nanny tgh posing..Mak su tgh makan.. Room review: Bilik dia ok..bilik ni jenis studio..Katil double super single bed..kira kalo rasa dia kurus, boleh tido dua org satu2 katil..hihihi..tapi kami juz rapatkan katil dua ni..so jadilah King Size bed..hihih Tido pon selesa..as for me la..tapi for MIL plak...dia kata bantal n tilam dia ade sedikit bau yang tak menyenangkan..which is bau lembab..so agak busuk disitu..huhuhu Ade sofa..two seater..boleh tido n lepak kat sini jugak..hihihi Toilet pon ok..bersih n water pressure pon high..kira puas la kalo nak mandi Oh lupa..bilik air ni pon ade bath tub n ade bilik utk shower jugak tau..kira dua orang boleh mandi dlm satu masa ye..So Medina mandi dengan momy (kat sinki je..)..Dady mandi dengan Aqil..hihih Okla jugak Pulai ni..tapi ok - ok je..as for me yang tak sempat tgk laut la..sebab cuaca panas sangat..VIEW n scenery sangat cantik!!Tapi... Food and beverages nya sangatlah tidak memuaskan langsung!!! Breakfast yang ala ala..service yang lambat..smpaikan nak mintak sudu n garfu pon kena tunggu sampai 10minit.. makanan TAKDE RASA pon!!setakat kentang goreng n salad je la yang ade rasa!!itupun semua nya fast food n ready made..Nasi lemak yang tak lemak langsung..Mee yg berminyak sangat..Omelette yang takde garam n not tasty at all..huhuhu tembikai je la yang sedap kot!!hahahah..so not really recommended in terms of Dining.. Lain2 ok la...takde la best sangat pon!!hihihi..kira cam tak patut je 4star hotel..Upppsss!!kikikiki So kata pg kenduri kahwin kan?? sebab..we arrived at the hall at 1pm..makan-makan..1.40pm..pengantin tak sampai2 pon lagi..Medina dah mengamuk sbb panas n nak susu..sudahnya Momy pon masuk dlm kereta..tunggu dady yang excited nk tgk kawannya bersanding... pengantin lelaki..nampak tak yg baju merah kat hujung tuuu..itulah Dady..tak smepat nk tgk pengantin bersanding pon..kitorang blah je..nk pg Singapore la katakan..eceh.. Selamat Pengantin Baru Aga n Leeza.. Semoga berkekalan hingga ke syurga..amin.. Done: cuti2 ke Johor-Singapore.. |
You are subscribed to email updates from di desaru - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan