Sabtu, 1 Jun 2013

01 di endau - Google Blog Search

01 di endau - Google Blog Search


<b>Di</b> Mata Ku: Perkhemahan Taman Negara <b>Endau</b> - Rompin (Selai)

Posted: 23 May 2013 05:01 AM PDT

Sebenarnya aktiviti perkhemahan merupakan aktiviti keluarga aku, objektif aktiviti keluarga ini adalah untuk merapatkan lagi hubungan kekeluargaan aku. Selain itu juga kami mengambil langkah melakukan aktiviti ini untuk melapangkan fikiran dari kekusutan memikirkan hal-hal seharian juga untuk merehatkan minda yang letih bekerja.

Aktiviti ini kami lakukan pada bulan Febuari yang lepas, tanggal 12 February 2013. Perancangan telah dilakukan dalam sebulan sebelum dengan melakukan perjumpaan dengan pihak Pengurusan untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang tempat perkhemahan yang ingin kami adakan itu. Selepas itu kami merancang semua hal, dari segi peserta dan segala kelengkapan. Bermulalah pencarian khemah untuk berlindung pada ahli keluarga yang tidak mempunyai lagi khemah. Dua hari sebelum, kami sekeluarga telah berkumpul di rumah ibu tercinta untuk membeli kelengkapan makanan.
Tiba hari yang dinantikan, Kami bertolak dari rumah seawal jam 7.00 pagi dan tiba di pejabat pengurusan sekitar 8 pagi. Pendaftaran dilakukan dahulu sebelum kami dibawa masuk dengan menaiki kenderaan 4x4 yang telah ditempah awal. Punggahan barang-barang keperluan dilakukan dan dimuatkan semula ke dalam kenderaan yang telah kami tempah tadi.

Perjalanan bermula, dengan melalui perkampungan orang asli dan tapak pembalakan. Satu perjalanan yang agak menyeronokkan juga kerana keadaan jalan yang agak licin kerana cuaca hujan dan berliku-liku. Sebenarnya kenderaan persendirian juga boleh memasuki kawasan tersebut, tetapi tidak digalakkan kerana keadaan jalan masuk yang tidak sempurna.

Tiba di kawasan tapak perkhemahan dalam keadaan yang basah kerana hujan masih lagi turun dari pagi. Dan kami terpaksa menanti tapak perkhemahan kosong dahulu kerana sebelum itu terdapat beberapa kumpulan yang telah berkhemah. Kami menunggu kira-kira satu jam hingga dua jam. Setelah mereka siap mengemas tapak dan keluar dari tapak perkhemahan, kerja-kerja kami pun bermula. Bergotong royong untuk memasang khemah, walaupun di dalam hujan tapi kekecohan membuatkan kami terlupa keadaan yang agak sukar memasang khemah dalam keadaan yang basah.

Semasa kerja pemasangan khemah, dapur masak dan tong gas tiba, dan dihantar oleh pihat pengurusan, Sebenarnya ada pondok (dapur) disediakan dan juga ruang makan siap dengan meja makan, Keadaan itu menjadikan keselesaan untuk menyediakan makanan bagi 10 orang ahli keluarga. Ibu aku pula mula melakukan tugas mengemas dapur bersama-sama sahabat aku Mohammad fitri Norsalim. Dan mula memasak kerana hari hampir gelap.

Selesai memasang khemah, kami menjamu minum petang yang telah disediakan. Terasa lepak (keletihan) juga. Selesai minum petang, masing-masing mengambil langkah untuk berehat dikhemah dengan berbaring dan juga membersihkan diri. Bilik air dan tandas juga disediakan bagi kemudahan pengunjung.


Untuk menunaikan solat pula, surau telah disediakan. Oleh itu, tidak terasa sukar untuk mencari kawasan bersih untuk menunaikan solat lima waktu. Macam biasa, aktiviti dilakukan hanya untuk keluarga, jadi aktiviti tidak seperti kumpulan perkhemahan yang lain yang penuh dengan jadual. Malam itu, hanya duduk bersantai dan berbual juga bergurau sesama ahli keluarga sahaja.
Keesokkan paginya, aktiviti mendaki ke kawasan air terjun. Kami dimaklumkan bahawa terdapat 7 air terjun dan jeram yang terdapat di Hutan Simpan Endau Rompin (Selai) ini. Pemandu arah (seorang orang asli) bertanyakan bagaimana untuk kami melakukan aktiviti ini. Perbincangan bersama ahli keluarga dilakukan dan kami telah membuat keputusan untuk mendaki satu air terjun dan seterusnya. Bermaksud, kami akan mendaki hingga ke kawasan air terjun yang pertama dan berehat seketika, dan akan bertanyakan kepada ahli keluarga yang lain sama ada ingin meneruskan pendakian atau turun kembali ke tapak perkhemahan.  Keadaan ini dilakukan utnuk mengelak ahli keluarga mendapat kecerderaan.

Pendakian bermula, Memandangkan ada ahli keluarga yang wanita dan juga mempunyai berat badan yang agak berat, perjalanan kami berlangsung dengan perlahan. Ditambah pula hari hujan, dan keadaan denai terlalu licin. Kami mendaki sehingga ke kawasan air terjun yang ke tiga sahaja kerana terdapat ahli keluarga yang tidak daya meneruskan perjalanan.

Perkhemahan ini berlangsung selama tiga hari dan dua malam sahaja. Keadaan malam pertama agak terang sedikit di kawasan tapak perkhemahan kerana terdapat generator yang ditempah oleh kumpulan perkhemahan lain, manakala malam kedua kami menggunakan pelita ayam sahaj. Keadaan menggunakan pelita ayam lebih memuaskan kerana tidak mempunyai bunyi bisin genarator dan dapat menikmati suasana hutan di malam hari. 

Aku cuba cari semula fliers tentang hutan simpan ini kemudian untuk pengetahuan semua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads