Rabu, 5 Jun 2013

01 di johor bahru - Google Blog Search

01 di johor bahru - Google Blog Search


(seram) kisah benar banglo villa nabila <b>di johor</b> <b>...</b> - ammboi dot com

Posted: 29 May 2013 07:00 PM PDT

(Seram) Kisah Benar Banglo Villa Nabila Di Johor Bahru | Semalam ammboi ada siarkan mengenai Misteri Villa Nabila. Hari ini terjumpa pula artikel yang disiarkan dalam satu portal hiburan mengenai Kisah Benar Villa Nabila. Jelas laporan tersebut, ia adalah kiriman pembaca laman berkenaan. Jadi ini adalah salah satu kisah benar la (jika pengirim tu tak tipu).

Jom layan cerita kiriman Faten dari Semenyih dibawah:

villa nabila johor bahru

Tak tau kenapa tiba-tiba hati ni tergerak nak on blog migonline. Tujuannya cuma nak tengok perkembangan artis kesukaan saya, Farid Kamil. Nak tau jugak apa perkembangan lepas mendirikan rumah tangga ni kan. Tapi, saya terbaca info yang dikeluarkan oleh migonline tentang sebuah rumah yang dipanggil Villa Nabila. Rasanya tak ramai yang tau pasal kisah disebalik Villa Nabila ni.

Saya ada pengalaman yang saya takkan lupakan sepanjang hayat ni tentang Villa Nabila. Lima tahun yang lepas, ketika tu umur saya baru menjangkau 20 tahun. Saya dan empat lagi kawan-kawan sekolej tergerak nak buat kerja gila (memang kami selalu buat) untuk pergi ke Villa Nabila memandangkan waktu tu kami berlima tengah cuti sem dan jalan-jalan ke rumah salah sorang dari kami yang tinggal di Johor. Nama kawan saya ni S.

Pada suatu malam, S menceritakan tentang kisah disebalik Villa Nabila. Kami semua tertarik dengan kisah yang terjadi dalam villa tersebut (walaupun tak tau betul ke tidak). Teman lelaki saya (sekarang dah jadi suami saya) D mencadangkan kami semua ke villa tersebut kerana S ada cerita tentang beberapa peristiwa yang dialami oleh orang ramai yang ada minat yang sama dengan kami. S cakap, barang siapa yang masuk ke villa tersebut dan menyahut nama Nabila sebanyak tiga kali sememangnya akan nampak bayangan seorang kanak-kanak perempuan di situ.

D dengan terujanya ajak kami semua ke villa tersebut. Keesokan harinya, S bawa kami semua ke villa tersebut. Suasana takdelah seperti gambar yang ditunjukkan oleh migonline (5 tahun yang lepas villa tu takdelah bersarang sangat). Kami lalu kat semua kawasan yang dikeluarkan oleh migonline. S bawa kami semua masuk ke dalam villa tersebut. Oleh kerana kami semua pergi pada waktu siang jadi takde la rasa takut yang amat sangat. Cuma teruja sebab nak tau betul ke tidak kisah Nabila ini atau sekadar urban legend.

D mula menyahut nama Nabila. D memanggil nama Nabila sebanyak tiga kali tapi tiada apa yang berlaku. D dan saya merasakan bahawa ini semua hanya gurauan penduduk setempat sahaja. Kami semua duduk di situ dan bersembang tentang hal-hal biasa seperti apa nak buat lepas cuti sem, tentang subjek yang bakal kami ambil sem depan dan tentang lecturer-lecturer yang meminta-minta!!!!!!

Hati saya tergerak tentang kesahihan kisah Nabila. Begitu banyak persoalan dalam fikiran saya masa tu. Alang-alang dah sampai ke situ, takkan takde apa-apa. Tiba-tiba saya rasa meremang. Bulu roma saya menegak. Tubuh saya rasa seram sejuk. Saya fikir ianya cuma perkara biasa saja sebab kita masuk ke tempat keras. Jadi, saya tak beritahu hal ini pada D, S mahupun kawan-kawan yang lain. Sedang kami bersembang lagi (saya dah tak menyampuk apa-apa) tiba-tiba saya terdengar suara kanak-kanak sedang ketawa tapi bunyinya tidak terlalu jelas di telinga saya cuma sayup-sayup. Saya jadi confuse tiba-tiba. Siapa pulak yang gelak macam kanak-kanak ni? Saya pandang ke arah kawan-kawan saya. Tapi semuanya masih bersembang dan bergelak ketawa macam biasa. Takde pula kedengaran seperti gelak kanak-kanak.

Saya mula rasa tidak sedap hati. Saya seperti dapat merasakan sesuatu yang berbeza di situ. Tubuh saya meremang dan seluruh badan saya rasa sakit (rasa macam demam urat). Saya bangun dari situ dan mula berjalan-jalan. Saya berdiri tidak jauh dari kawan-kawan saya berada. Saya melihat sekeliling kawasan. Tiada apa yang pelik.

Tiba-tiba, ada satu perkara yang terlintas di fikiran saya. Saya period ketika itu. Perasaan saya mula tidak menentu. Saya dapat rasa kehadiran Nabila di situ (jika bukan Nabila pun tentunya ada makhluk lain). Saya menuju ke arah D dan ajak D pulang. Kawan-kawan yang lain mula pelik. Saya beritahu D dan yang lain bahawa saya period dan tak sesuai untuk ada di kawasan seperti itu. D dan yang lain setuju untuk pulang demi mengelakkan sebarang kejadian pelik berlaku.

Semasa kami berjalan menuju ke luar dari kawasan tersebut, saya sempat menoleh ke arah perigi yang terletak di dalam villa tersebut. Saya nampak seorang kanak-kanak yang memakai gown berwarna biru (putih maybe sebab nampak kotor dan pudar), bertocang dan mengangkat tangan pada saya. Saya terasa seluruh badan saya kejang dan seram sejuk.

Saya yakin kanak-kanak tersebut adalah Nabila. Mata saya tidak lepas dari memandang matanya. Matanya nampak sayu dan bergenang. Wajahnya nampak macam baru lepas menangis. Tiba-tiba rasa takut dalam hati saya hilang dan timbul rasa sedih. Tak tau kenapa. Saya terus berjalan keluar dari villa tersebut (walaupun tak mampu nak berjalan dah).

Saya tidak menceritakan hal ini pada sesiapa selepas kejadian itu sehinggalah hari pertama saya berkahwin dengan D barulah saya menceritakan hal ini padanya. Kisah ini saya akan bawa hingga akhir hayat saya. Cuma yang menjadi persoalan saya adalah, kenapa kanak-kanak secomel itu kelihatan begitu sedih? Apa yang telah terjadi padanya? Apakah kisah sebenar di sebalik Villa Nabila ini? Hanya tuhan yang tahu. Al-Fatihah untuk Nabila dan semoga rohnya dicucuri rahmat tidak kira dimana ia berada.

Sekian,

Faten.

Semenyih.

Emm.. Jika benar apa yang Faten ceritakan, maka banglo itu memang ada kisah misteri. Namun kenapa masih tiada pihak 'berkenaan' buat siasatan? Atau kes ini sudah lama dan telah tutup buku? Jika anda ada cerita lagi menarik dan benar jom kongsikan bersama pembaca disini. Kemungkinan ianya akan mengukuhkan dakwaan bahawa banglo Villa Nabila sememangnya 'BERHANTU'?

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads