01 di johor bahru - Google Blog Search |
Macam Macam Ada: Taman Tema Angry Birds <b>di Johor Bahru</b> Posted: 04 Jun 2013 08:32 PM PDT Baca berita ini: Taman Tema Angry Bird di Buka di JBCC Bagus lah.. Cuma pandangan ikhlas aku la, sebagai warga JB.. Kita ni..terlalu pentingkan benda yang palsu.. Aku lebih suka kan sesuatu yang semulajadi..natural...yang dipelihara & pulihara.. ~pinjam gambar dari photoblog aku sendiri yg dah berkurun tak update~ Ni pemandangan sekitar tahun 2011 dari atas bukit, di Masjid Sultan Abu Bakar, JB. Selat Tebrau yang memisahkan JB dengan Singapura, makin lama, makin mengecil. Di tambak sana sini. Dulu masa aku kerja di Hospital Sultanah Aminah, nampak la jugak laut sikit di depan hospital( dari wad lama bangunan bewarna merah). Sekarang ni? Penuh rancak buat flyover entah berapa tingkat, selat tu ditambak pasir. Masin mulut aku, lagi 10 tahun gap antara JB dengan Singapore( di area Selat Tebrau dlm gambar tu) maybe tak sampai 500m kot? Mula mula dibangunkan, macam macam benda ada di situ.. Lepas tu, tahun demi tahun.. Macam macam projek on off ada kat situ...Bulan ni ada attraction A kat Danga Bay, lagi 7 bulan dah lesap attraction A, keluar pulak attraction B... Yang maintain kekal kat Danga Bay, selain restoren makanan laut cina, ialah funfair dia..alahai... ~ pun dari album photoblog aku tu..hahaha~ Setakat nak letak funfair macam ni, sia sia bagi aku la, tambak laut tu. Kat belakang Giant Senawang pun ada funfair tau! Benda/Warisan semulajadi macam pantai, macam hutan paya bakau yang kaya di sekitar Johor Bahru/Pontian tu, tak dijaga...tak dipelihara sebaiknya... Sebaliknya, kita gigih berlumba lumba 'lupuskan' warisan semulajadi ni, demi pembangunan yang macam chipsmore. Jadi besar harapan aku, semoga Taman Angry Bird tu, tak terima 'badi' nasib macam Danga Bay ni... :P |
You are subscribed to email updates from di johor bahru - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan