Khamis, 27 Jun 2013

01 di kahang - Google Blog Search

01 di kahang - Google Blog Search


Surat terbuka untuk pengundi <b>di Gelang Patah</b> - Malaysia Today

Posted: 06 May 2013 12:50 PM PDT

http://3.bp.blogspot.com/_eUQhOOjQA4w/S0lO-AqDwsI/AAAAAAAABNc/DxXd9JjkhQM/s200/mansor-puteh.gif 

Surat terbuka kepada pengundi di Gelang Patah, Johor: Syabas kerana telah lantik Lim Kit Siang dan DAP sebagai wakil mereka. Harap mereka boleh terus majukan kawasan ini.

Adalah diharapkan juga bahawa pemimpin Barisan tidak akan masuk-campur dalam pentadbiran dan pembangunan kawasan-kawasan dan negeri-negeri yang dikuasai oleh parti pembangkan dan biarkan mereka laksanakan segala janji-janji dalam manifesto yang mereka telah beri kepada pengundi berkenaan.

Mansor Puteh

Pengundi di Gelang Patah telah buat keputusan untuk beri sokongan mereka kepada Lim Kit Siang dari Parti Tindakan Rakyat atau DAP dalam Pilihanraya Umum ke-tiga-belas atau PRU-13 yang diadakan pada 5 Mei lalu.

Ini hak mereka. Dan mereka telah buat keputusan dalam PRU lalu yang mereka mahukan Lim Kit Siang dan DAP sebagai wakil dan pemimpin mereka.

 

Sebagai seorang yang dilahir dan dibesarkan luar dari kawasan ini ramai percaya beliau boleh melihat Gelang Patah dari kacamata baru untuk tahu apa yang baik untuk penduduk di dalamnya.

 

Inilah peluang yang beliau telah dapat untuk membuktikan tentang ketokohannya dalam mentadbir sebuah kawasan parlimen di sebuah negeri yang dikuasai oleh Barisan Nasional.

 

Manalah tau dalam masa yang terdekat peningkatan pendapatan purata semua penduduk di kawasan Gelang Patah boleh melonjak dan adanya banyak perusahaan bertaraf antarabangsa yang boleh beri peluang pekerjaan untuk setiap anak muda dalam kawasan ini supaya mereka tidak terdesak untuk pergi ke Singapura atau Kuala Lumpur untuk mendapatkan pekerjaan di sana.

 

Contoh yang paling baik ialah Kelantan yang mana telah ditadbir oleh kerajaan PAS yang mana telah memajukan negeri ini sehinggakan ramai anak negeri mampu dan mempunyai kelayakan untuk tinggalkan negeri ini untuk bekerja di Kuala Lumpur.

 

Dan di Pulau Pinang yang mana telah dikuasai oleh DAP sejak lima tahun lalu telah juga menampakkan kemajuan bilamana ramai anak negeri khusus yang berbangsa Melayu mampu untuk tinggalkan negeri Pulau Pinang untuk bekerja di Kuala Lumpur dan juga di Singapura.

 

Jadi, beban Barisan Nasional kepada mereka telah habis dan mereka kini boleh mengharapkan Kit Siang dan DAP untuk memajukan kawasan ini mengikut sesuka hati mereka.


Dan adalah diharapkan penduduk di kawasan ini akan terus dapatkan Kit Siang dan DAP untuk selesaikan segala masalah yang mereka akan alami dalam masa lima tahun sehingga PRU-14.

 

Sama juga seperti di kawasan-kawasan parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang mana telah jatuh kepada parti DAP, PAS dan juga PKR.

 

Ternyata pengundi di kawasan-kawasan ini telah membuat keputusan yang amat bijak untuk pilih mereka, yang mereka rasa boleh beri sumbangan yang teramat besar kepada mereka dan pembangunan dalam kawasan-kawasan ini, supaya ia boleh menjadi contoh yang baik kepada kawasan-kawasan dan juga negeri di mana Barisan Nasional berkuasa.

 

Adalah diharapkan juga bahawa pemimpin Barisan tidak akan masuk-campur dalam pentadbiran dan pembangunan kawasan-kawasan dan negeri-negeri yang dikuasai oleh parti pembangkan dan biarkan mereka laksanakan segala janji-janji dalam manifesto yang mereka telah beri kepada pengundi berkenaan.

 

Sebab tidak ada guna untuk Barisan masuk-campur dalam pentadbiran dan pembangunan dalam kawasan dan negeri-negeri yang dikuasai oleh parti pembangkan seperti Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang, sebab pengundi di negeri-negeri ini telah buat keputusan untuk bergantung dari parti dan pemimpin mereka.

 

Adalah diharapkan Barisan juga tidak akan pedulikan Pulau Pinang dan biarkan negeri ini maju ikut sesuka hati penduduk dan pemimpinnya tanpa memohon sebarang dana dari mana-mana pihak, sebab kerajaan pusat harus tumpukan perhatian kepada negeri-negeri yang dikuasainya sahaja.

 

Kalau tidak, tidak guna diadakan pilihanraya umum untuk melantik pemimpin diperingkat kebangsaan dan negeri, kalau pihak yang menang itu khususnya di peringkat negeri tidak berbuat apa-apa dan mengharapkan dana dari kerajaan pusat yang mempunyai beban untuk mentadbir negeri-negeri yang mahu kepimpinan mereka.

 

Ramai orang percaya Kit Siang baik untuk Gelang Patah seperti yang dimahukan oleh pengundi di sana, dan rasa yakin beliau boleh memajukan kawasan ini ikut perancangan yang telah beliau susun, yang mana boleh memberi banyak faedah kepada penduduknya supaya Gelang Patah boleh jadi contoh yang baik untuk seluruh Negeri Johor dan juga Negara.

 

Yang benar,

Mansor bin Puteh


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads